Kalau kat construction site, bila nak memulakan projek baru kita panggil pecah tanah. Jadi untuk perasmian guna periuk vision mama ni, kita panggil pecah periuk la (Jangan pecah betul-betul sudah la).
Vision dirasmikan dengan memasak bubur kacang. Acara dimulakan dengan memanaskan santan.
Kemudian masukkan kacang hijau yang telah direbus terlebih dahulu dan gula merah (manisan).
Masak sehingga santan mendidih. Anak-anak sibuk dok bertanya apa dalam periuk tu.
Selama ni mama masak diorang tak nampak isi dalam periuk. Ni periuk see through, banyaklah persoalannya.
Merasalah petang ni tea time makan bubur kacang cicah roti.
Sambil layan lawak ke der 2 kat astro first. Memang gila lawak pecah perut diorang ni. Especially tang Harith Iskander, "gambar teh ais pun letak kat FB". Memang kena atas batang hidung mama. Tapi mama kurang upload kat FB, lebih kepada blog.
No comments:
Post a Comment