Thursday, April 18, 2013

Dating Kat Pantai Jeram

Fuhhh...schedule hari ni pack betul. Pagi petang ada meeting. Kalau ikutkan meeting belah pagi jer. Tapi membawa ke petang. Biasalah, construction site ni banyak la masalah dan isu yang timbul. Pastu setiap masalah tu nak kene setelkan secepat mungkin.


Pagi tadi papa hantar mama ke site office. Orang tu siap amik cuti hari ni nak antar binik gi meeting. Pas hantar mama, papa ke Tesco Kuala Selangor, cuci mata. Nak balik rumah alang-alang katanya. Melepaklah kat Tesco sementara nak tunggu tengahari, sampai mama habis meeting. Sekalik, meeting mama sambung ke petang.

Kesian papa setia menunggu binik. Break lunch hour, mama ajak papa gi lunch kat Pantai Jeram. Mama nak belanja papa lunch kat satu restoran tu, kontraktor pernah ajak weols makan kat situ. Sekali tutup plak restoran tu.

Nasib baiklah ada kedai makan yang buka kat sebelah restoran tu. Walaupun kecik jer kedainya, oklah kan dari kelaparan. Amik ko..mama order air coke. Papa plak minum air kopi amenda tah. 

Lauk lunch kami : tomyam campur, ayam goreng dan kerang rebus. Kerang rebus tu memang sedap...fresh kerangnya. Kat sini memang ada gerai-gerai menjual fresh seafood. Papa dah siap plan nak datang beli ikan wiken ni.

Seronok betul lepak kat tepi pantai. Angin kuat. Boleh tidur dibuatnya. Kalau ikut hati nak jer tidur kat sini. Tapi mengenangkan ada meeting yang perlu attend, gagah juga gi site office. Pas hantar mama, papa ke sini lagi melayan perasaa. Hahaha...

Habis meeting, on da way balik rumah singgah plak kat Cendol Bakar. Pekena cendol pulut durian dulu. Perghh..memang sejuk jer mengalir kat dalam tekak ni. Dengan cuaca yang agak panas ni memang la sesuai pekena cendol.

Kalau dah singgah kat tempat makan, takde maknanya kalau setakat makan cendol semata. Haruslah ada hidangan sampingan. Papa order laksa penang, satu mangkuk kongsi dua orang. Mama masih kekenyangan, bolehlah kongsi dua. Kalau tak jangan harap nak kongsi-kongsi ni.

No comments:

Post a Comment