After lunch, kami ke Big Red Strawberry Farm (BRSF). Kali ni mama amik peluang untuk masuk jelajah ke seluruh pelosok Cameron Highlands.
Alang-alang rombongan kali ni ramai, boleh la mama melawat dengan senang hati sebab ada orang boleh tolong jagakan Rayyans. Seronok juga vacation ramai-ramai ni.
Aktiviti wajib dalam ni haruslah bergambar depan strawberi besar ni. Pihak ladang memang purposely buat tangga supaya senang pengunjung nak bergambar.
Masing-masing
muka excited. Mana tak, pertama kali masuk sini. Selalunya datang
Cameron takde nak jelajah sampai ke ceruk, just jalan-jalan sepanjang
jalan besar tu jer.
Sesapa nak merasa berbadan strawberry bolehlah sumbat muka kat lubang ni. Si kembar memang suka sangat dapat lepas bebas kat dalam ladang.
Antara aktiviti yang boleh dibuat dalam ni adalah petik strawberry. Tapi kami tak petik kat sini sebab tengok buah-buah strawberinya kecil. Tak menggiurkan.
Selain strawberry, ada salad, pokok kaktus..macam-macam tumbuhan lagi la. Mama suka tengok salad ni, hijau mata memandang.
Another type of salad. Salad ni ditanam secara hidroponik. Segar bugar saladnya. Geram jer nak cabut. Mama tak pasti plak boleh petik ke tak salad ni, macam petik strawberi.
Ni pula salad versi merah. Memang kegemaran mama ni. Letak sos thousand island, kruk krak kruk krak mengunyah. Mama perhatikan banyak bekas hidroponik yang dah kosong. Maybe salad ni dah dicabut n dijual kat cafe kot.
Kat BRSF ni ada cafe yang menjual makanan dan minuman hasil keluaran Cameron Highlands. Kami pun tak lepas peluang nak cuba makanan yang ada kat sini.
Tu dia..ramai orang tengah beratur nak beli makanan. Cuaca kat luar tengah hujan lebat. Masing-masing menghabiskan masa dengan makan, sementara menunggu hujan reda.
This is our food : Strawberry sundae (RM 6.90 each), waffle with ice cream (RM 5.90), strawberry muffin pancake (RM 5.00), fried ice cream (RM 3.90) dan fresh strawberry milkshake (RM 4.90 each).
In another tray : strawberry chocolate drink (RM 3.90), fresh strawberry with cream (RM 4.90) strawberry nya tak nampak dilitupi oleh cream dan set tea and scone (RM 7.90).
Amik koo..dari baju kami hingga ke makanan berkaler pink. Dasar sungguh. Dah la hujan, dok kat tempat sejuk, tak sedar diri gi minum aiskrim dan yang sejuk-sejuk. Pastu mulalah kelam kabut mencari toilet.
Si kecik ni pun boleh tahan jugak menyedut milkshake. Mama suruh kongsi, dia tak mau. Milkshake ni memang manis gila. Sesapa yang ada kencing manis tu takyah le minum. Karang mencanak naik paras gula dalam badan.
Bukti paras gula dalam badan dah meningkat, tengok tahap kehyperaktifan anak anda ya. Habis semua mainan kat tepi cafe ni diorang berdua nak panjat.
Makan sudah, minum sudah, bergambar sudah, so kami nak teruskan perjalanan ke next location. Sebelum keluar, sempat lagi bergambar di celah-celah pokok salad.
Lokasi
BRSF ni agak tersorok, bukan kat main road. Sebelum ni, mama tak pernah
perasan pun ada BRSF. Ni pun mama tau sebab terbaca kat blog. So sebelum
sampai sini, dah siap-siap survey lokasinya kat mana.
BRSF
terletak kat Brinchang. Laluan ke BRSF adalah laluan sama untuk ke
Cactus Valley. Kita akan jumpa Cactus Valley dulu, then drive jer dalam
100 m, jumpalah entrance BRSF. Masuk ke sini adalah percuma.
Parking yang disediakan juga banyak. Tak perlu risau pasal parking. Cuma perlu risau nak menapak turun ke ladang. Pas melawat BRSF, kena pikir nak menapak naik ke parking pulak. Time ni la nak tengok vontot tongek. Hahaha...
No comments:
Post a Comment