Bonjour ke banjar...bak kata papa. Papa kan orang banjar. Bonjour cafe ni terletak kat dalam Plaza Jelutong, berdepan dengan Jaya Grocer. After shopping, kami singgah sini makan dulu sebelum balik.
Bonjour cafe ni konsep dia layan diri ya. Beratur kat kaunter makanan, pilih dan order makanan, gi bayar, duduk n tunggu waiter antar food.
Sementara tunggu food datang, aktiviti menggedik seperti biasa. Bonjour ni ada gak jual pastry yang ready made. Tu dalam plastik papa beli donut n roti untuk Rayyans.
Decoration cafe boleh tahan cantik gak la. Kat dinding belah atas ada pokok plastik bergayutan.
Dinding dihiasi dengan frame gambar-gambar klasik
Food pula takdelah variety sangat. Basic western food tu ada la. Papa order steak. Ada 2 keping daging lembu yang nipis. Kalau mama makan, sure tak kenyang. Harga set ni RM 9.50.
Mama order Bonjour Curry Mee. Harga semangkuk ni RM 16.80. Diorang guna spagheti, so kurang muak bila makan. Pastu ada 1/4 roasted chicken, telur, terung, kacang panjang dan tauhu kat dalam tu. Kira berbaloi la dengan harga.
Cuma harga air agak mahal. Setin air tu dia charge RM 3.50. Pastu siap ada service charge lagi. Rasanya tang service charge tu patut takde sebab kita beratur order makanan sendiri. Bukan diorang datang amik order kat tempat kita duduk.
Harga pastry plak okla...boleh diterima akal lagi. Roti kacang ni dia tabur badam kat atas tu. Sedap juga rasanya.
Donut pun sedap...lembut jer tekstur dia. Habislah seketul sorang Rayyans makan.
No comments:
Post a Comment