Happening betul lunch hari ni. Kalau ikutkan, mula tu along n hadi jer yang nak datang lunch. Tetiba angah n tilah pun datang juga. Kali ni menu kami bakar-bakar punya..
Inilah Hadi, bakal menantu papa. Ada orang tu suka tang bakar membakar ni. Jadi kita serah jer kat dia part bakar ikan keli.
Diorang semua suka ikan keli. Cuma mama sorang jer yang tak makan. Ikan keli ni beli yang dah siap siang kat NSK. Kalau nak suruh mama yang siang memang tidak ler. Tak reti.
Bride to be - future husband n wife
Dah habis bakar ikan keli, sambung bakar kerang pulak.
Kerang yang telah dibakar. Nampak berkilat sebab disapu dengan minyak semasa membakar. Ikut kata Hadi, kalau nak lagi sedap sapu dengan santan. Confirm meletopsss..
Sambil bakar, sambil makan. Barulah sedap makan kerang bakar panas-panas. Siap angkut meja keluar tu piknik kat depan rumah.
Masing-masing makan tak henggat donia
Si kecik ni orang dok sibuk makan, dia pun sibuk sama dok main longkang.
Selesai kenduri kerang bakar, weols proceed ngan lunch pulak. Memang keje makan aja ler.
Ni kerang versi yang direbus
Asam pedas ikan pari yang tak berapa pedas
Kangkung goreng
Dari kangkung yang dipetik dari kebun sendiri
Haaa..kantoi. Orang dok makan dia sibuk dok selongkar handbag kakak-kakak. Diorang ni mencari handfon la ni.
No comments:
Post a Comment