Sunday, June 22, 2014

Terengganu : Taman Monumen

Terdapat 23 monumen masjid dari pelbagai negara yang menjadi daya tarikan kat TTI ni.

Monumen #1: Masjid Negara dari Malaysia.

Monumen #2: Masjid Kuddus Mina dari Indonesia.

Monumen #3: Masjid Pattani (dalam penyelenggaraan) dari Thailand.

Monumen #4: Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dari Brunei.

Monumen #5: Taj Mahal dari India.

Monumen #6: Masjid Badashi dari Pakistan.

Monumen #7: Kubah As-Sakhra dari Palestin.

Monumen #8: Masjid Besar Samara dari Iraq.

Monumen #9: Masjid Sheikh Lutfallah dari Iran.

Monumen #10: Masjid Abu Nars Pasra dari Afghanistan.

Monumen #11: Masjidil Haram dari Arab Saudi.

Monumen #12: Masjid Alepo Citadel dari Syria.

Monumen #13: Masjid Mohamed Ali dari Mesir.

Monumen #14: Masjid An-Nabawi dari Arab Saudi.

Monumen #15: Masjid Suleiman (dalam penyelenggaraan) dari Turki.

Monumen #16: Masjid Qairawan dari Tunisia.

Monumen #17: Masjid Al-Hamra dari Sepanyol.

Monumen #18: Menara Kalyan dari Uzbekistan.

Monumen #19: Masjid Besar Agadez dari Nigeria.

Monumen #20: Masjid Kul Sharif dari Rusia.

Monumen #21: Masjid Xian dari China.

Monumen #22: Masjid Sultan dari Singapura.

Monumen #23: Kincir Air TTI.

Monumen2 ni bukanlah setakat replika semata2. Kalau agak2 ketiak dah berpeluh jalan, singgah la bilik tayangan untuk sejukkan badan. Kat situ aircond sejuk.

Ada certain monumen terdapat bilik tayangan yang menayangkan video pasal monumen2 tersebut. Tak lama pun tayangannya. Adalah dalam 10 minit jer kot. 

Selain tu terdapat juga ruang pameran. Bahan2 yang dipamerkan semuanya bersangkut paut dengan islam. Sebelah mama ni replika batu bersurat yang dijumpai di terengganu.

Dikatakan serban ni menyerupai serban yang dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W. dari segi bentuk dan juga saiznya.

Hampir separuh hari kami kat dalam taman monumen. Walaupun tak berpeluang menjejakkan kaki ke negara asal monumen2 ni, dapat tengok replikanya pun cukupla.

Terengganu : Taman Tamadun Islam

Taman tamadun islam letaknya kat pulau wan man, bersebelahan dengan muzium negeri terengganu.

Bila nampak signboard ni kat tepi jalan maksudnya kita berada di jalan yang benar. 

Teruskan perjalanan hingga melalui pintu gerbang ni. Maksudnya kita dah sampai kat taman tamadun islam. Sila pandu kereta dan park kat parking lot yang berlambak2.

Gambar ni mama amik kat website tti. Tti terbahagi kepada dua zon, a dan b. Zon a ada taman monumen. Manakala zon b ada bbeteng, river cruise, masjid kristal, convention center, arked dan rumah tetamu.

Kami decide ke taman monumen dahulu. Kat taman ni ada 23 replika masjid yang terkenal dari pelbagai negara.

Sebelum masuk kenalah beli tiket dulu. Kaunter tiket clear jer. Orang tak ramai tak perlu nak beratur lama2. Sebelum beli tiket rajin2 la toleh kiri kanan tengok kot2 ada pakej promotion.

Kami amik pakej 2 in 1 berharga rm33 untuk masuk ke taman monumen dan river cruise. Jimat rm7 per person. Kami datang 7 orang dewasa so dah jimat rm49. Kids bawah umur 6 tahun foc.

Lepas dah beli tiket setiap orang diberi passport. Nanti after melawat taman monumen, passport ni akan dichop membuktikan kita dah step in dalam ni.

Taman monumen memang luas sangat. Kalau sesapa body fit bolehla jalan kaki. Tapi kami semua tak larat nak jalan tawaf satu taman. Kami jalan yang dekat2 jer. 

Pastu beli tiket transportation kat kiosk jualan. Cuaca panas sangat. Kalau jalan kaki mau pengsan kat tengah jalan nanti.

Kat dalam ni ada tram. Tiket tram harganya rm5 per head. Boleh naik unlimited. Nak pusing taman doploh kali pun boleh. Trip tram plak banyak kali. Tak perlu nak tunggu lama2.

Tram akan berhenti sekejap di setiap monumen untuk bagi peluang pengunjung bergambar2. Sepanjang perjalanan ada penerangan ringkas pasal monumen tersebut.

Dah habis tawaf dengan tram, budak2 request nak naik surrey bike ni pula. Kami amik yang 4 seater. Harganya rm40 untuk 45 minit. Tapi rasanya diorang naik lebih dari sejam. Pusing taman monumen lagi sekali secara fun n easy plak.

Mama idokler gigih nak mengayuh basikal macam diorang. Nanti cair semua lemak2 kat badan mama. So papa sewa buggy untuk 5 passenger. Harganya rm60. Kelass ko kak keje driver buggy. Kagum mak.

Kat dalam ni ada juga mini funfair tapi nampak macam tak berfungsi. Takde orang main pun. Pastu keadaan macam tak terurus skit. Satu kekurangan kat situ.

Sementara tunggu trip untuk river cruise, kami bagi rayyans main kat taman permainan dulu. Just to kill some times.

Terengganu : Breakfast

Everybody bangun pagi ni dengan bersemangat waja nak pusing2 kuala terengganu. 

Hari ni mama dah buat itenary dari pagi sampai petang. Larat atau tak jer la badan ni.

Walau apa pun, sebelum keluar kenalah breakfast dulu. Isi bateri secukupnya. 

Breakfast kat cafe resort jer. Setiap bilik didatangkan dengan free breakfast untuk 3 orang. Si kembar foc. 

Menu breakfast biasa2 jer. Ada nasi lemak dan mihun goreng. Janji ada nasi lemak dah ok bagi mama.

Dah kenapa anak bujang mam ni peluk pokok kelapa. Frust bercinta ke? 

Lepak2 selepas breakfast sementara tunggu memer datang. Lepas ni kami akan terus ke taman tamadun islam.

Saturday, June 21, 2014

Terengganu : Steamboat Dinner

Memer yang tengah belajar dekat umt jadi pemandu pelancong kami. Mama bukan tau sangat mana tempat makan menarik kat kuala terengganu.

Malam ni memer bawak kami makan steamboat kat pulau duyung. Ada satu port yang best menurut kata memer. Tapi sayangnya sebab kami datang lambat, dah takde meja kosong.

Bersebelahan steamboat yang glamer tu, ada gak another restoran yang serve steamboat. Masing2 dah penat dan lapar, so malas nak mencari kat tempat lain.

Steamboat ni pun not bad gak. Ada tempat untuk grill sekali. Kuah steamboat lak kuah tomyam. Memang kena la dengan selera mama.

Bahan2 steamboat banyak gak. Ada seafood, daging, ayam, sayur dan segala fishball, meatball semua ada. Puas la makan.

Cuma kat sini kita tak boleh nak pilih bahan2 steamboat sendiri. Bila oder tu dia akan bagi bahan2 steamboat bersesuaian dengan jumlah orang yang nak makan tu.

Kiranya takkan berlaku pembaziran la. Kalau kita amik sendiri confirm sifat tamak sedikit sebanyak ada dalam diri. Amik banyak2 pastu tak habis makan.

Everybody dah lapar, jom kita makan dulu. Kami diberikan 2 dapur so takdelah kelam kabut berebut nak merebus dan menggrill.

Yang penting, thanks to papa sebab belanja kami semua. Lain kali bolehlah belanja lagi ya.