Thursday, October 25, 2012

Cerita Balik Kampung

Hazab betul bila cerita kisah balik kampung ni. Setiap tahun, inilah yang terpaksa kami tempuh. Perjalanan balik kali ni makan masa hampir 16 jam....kebas vontot duk lama dalam kereta. Tu la nasib badan, bilalah nak ada highway ke kelantan ni.

Kami bertolak dari puncak alam pukul 10.30 malam. Memang sengaja bertolak lambat konon jalan dah clear sikit. Kami dah agak jalan akan jem sebab kami balik kira las minit gakla...sehari sebelum raya. Tapi nan hado la jalan nak clear. Dari batu caves nak ke bentong jer amik masa 3 jam. Nasib baiklah malam, anak-anak tido tak meragam. 

Kereta memang banyak gila atas jalan. Nak pecut memang tak dapekla. Pukul 4 pagi kami baru sampai kat Benta. Tak sampai separuhpun jarak perjalanan. Traffic plak jalan cam semut. So we decide daripada dok bersengkang mata drive tapi tak sampai kemana, better we stop dan tido. So we pun tidolah sampai pukul 6 pagi.

Then kami sambung perjalanan...tiba kat gua musang pukul 9 pagi. Kami berhenti rehat, breakfast, mandikan kembar sebelum continue the journey. Kalau ikutkan hari biasa, dari gua musang nak ke kampung mama makan masa 3 jam. Tapi hari ni entah pukul berapa baru sampai rumah ni.

Sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh, layan si kembar main buai dulu.  Akhirnya, pukul 2 petang baru kami sampai kat kampung. Fenatt tu toksah nak cakaplah. Habis lenguh kaki tangan. The best part, balik kampung kali ni ada orang yang tak bertanggungjawab sebarkan sms kononnya ada tanah runtuh kat kuala lipis. Dengan harapan orang takkan lalu jalan tu kot. Tapi hampalah harapan orang tu coz jalan kuala lipis penuh dengan beribu riban kereta.

Wednesday, October 24, 2012

Happy Birthday Mama Jue

Hari ni hari last mama kerja sebelum cuti hari raya. Malam ni dah nak bertolak balik kampung. Apapun, birthday girl perlu diraikan terlebih dahulu. Nak belanja kat hotel 5 star, mama tak mampu. Belanja KFC cukuplah yer birthday girl.

Kononnya nak order KFC Zinger Double Down, tapi tak nampak plak kat papan menu. Pastu kami order set ayam biasalah. Ingatkan promotionnya dah habis. Rupanya masih ada lagi set tu. Entah apa-apa KFC ni. Pamer la betul-betul menu tu. Dahlah beratur lama gila nak order. Hari jumaat sah-sah ramai orang. Kaunter yang bukak cuma satu. Hampeh gila. Dekat sejam beratur baru dapat makan.

Kan birthday girl dah moncong dah..merajuk sebab yang diidamkan tak berjaya dimakan. Pastu kene tunggu lama baru boleh makan. KFC, sila improve servis anda. ***sori jue..ni jer gambar yang ada...

Mek muka still senyum walau hati panas. Excited malam ni nak balik kampung. Pas makan KFC ni nak gi shopping kat bagus cari barang. Ada permintaan nak makan cheese cake raya haji ni. So akanku penuhi permintaan adik-adik kesayanganku.

Tuesday, October 23, 2012

Various Version Of Mihun Goreng

Tau kenapa papa cakap dah bosan dengan mihun goreng? Sebabnya almost everyday kami makan mihun goreng untuk dinner. Kalau tak caya cer tengok gambar-gambar ni....yang bezanya cuma lauk pauk kat dalam tu jer.

Mihun goreng udang dengan beef nugget

Mihun goreng dengan kacang panjang dan daging 

Yang ni plak mama letak fishball, ayam dan carrot. Pastu goreng sayur bayam buat tambah seri.

Mihun goreng isi ayam

Mihun goreng dengan sotong

Mihun goreng with beef n prawn

They really enjoyed bila mama hidang mihun goreng. Rasanya masa mama peknen dulu takdelah setiap hari mama makan mihun goreng sampaikan diorang ni obses sangat dengan mihun. Mama tak sempat hidang lagi diorang dah curi-curi makan.

Monday, October 22, 2012

Nasi Ayam Gemas

Petang ni dating berdua ngan papa kat Restoran Nasi Ayam Gemas. Papa request nak makan nasi. Dah naik bosan katanya setiap malam asyik makan mihun goreng jer. So mama ikut kan jer la. Untuk Rayyans kami bungkus jer mihun goreng. Malam ni mama boleh relax dari bersilat kat dapur.

Kat sini bukan hanya ada menu nasi ayam sahaja, masakan lain yang panas-panas pun ada. Kebiasaannya setiap kali kesini kami mesti order nasi ayam. Tapi kali ni nak ubah selera skit la. First time order masakan panas.

Tujuan papa nak makan nasi, of courselah order nasi kan. Papa order nasi goreng ayam. Taste? Biasa-biasa jer.

Mama plak order mee kungfu. Konon nak lari dari makan mee, meehoon dan yang seangkatan, tapi bila datang sini order jugak mee. Hmmm...tapi mee sedikit masin.

I think next time, i just stick to nasi ayam. Dah terbukti nasi ayamnya sedap. Masakan panasnya plak tak berapa nak kena ngan tekak mama.

Konsert Amal

Malam tadi mama bawak Rayyans untuk tengok konsert...first time dalam hidup diorang ni tengok live orang menyanyi. Bukan konsert besar pun cuma konsert amal dan makan malam yang dianjurkan oleh Rumah Anak Yatim Al-Munirah. Artis jemputan adalah Iwan dan kumpulan UNIC.

Sejak mama terlibat dengan projek pembinaan dewan untuk Anak yatim ni, mereka tak pernah lupa untuk jemput mama jika ada apa-apa event kat sini. Kebetulan kami tak ada apa-apa acara malam ni, so kami dan mama jue sekeluarga turut serta memeriahkan majlis.

Konsert start pukul 9 malam, tapi kami sampai setengah jam awal. Masa tu orang tak ramai lagi. So kami terus makan malam. Alang-alang orang tak ramai lagi ni bolehlah makan dengan tenang. 

Lauknya simple jer. Ada ayam goreng n kari kambing. Simple tapi sedap masakannya. Kalau tak masakan laki ai makan bertambah. Rayyans pun makan banyak gak.

Lepas makan kami terus masuk dewan. Terkebetulan masa masuk tu mama terserempak dengan Hj Faisal, AJK persatuan anak yatim al-munirah ni. Terus Hj Faisal suh kami amik saf depan.....depan sekali koooo....

Konsert dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar-pelajar Tahfiz Al-Munirah. Time ni memang Rayyans kusyuk mendengar dan melihat. Diorang tu memang suka tengok orang main kompang.

Iwan adalah artis pertama yang menyanyi. Time ni Rayyans dah takmo duduk diam dah. Lain betul penampilan Iwan sekarang ni. Jauh berbeza dari zaman dia menyanyi lagu dangdut dulu. Sekarang dia dah berhijrah, dah tukar imej. Nyanyi pun cuma lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan. Alhamdulillah.

Then Kumpulan UNIC gilir-gilir buat persembahan dengan Iwan. Ada lagu yang familiar kat telinga mama tapi sumpah sebelum ni tak tau pun pasal kumpulan nasyid UNIC ni...hmmm...nampak sangat tak layan lagu nasyid kan...

Konsert habis dalam pukul 11 lebih. Pengakhirannya, kami satu dewan beramai-ramai berselawat ke atas Nabi. Rasanya dah lama gila mama tak involve dengan majlis macam ni. Majlis yang penuh dengan keagamaan. Rasanya last time berselawat ramai-ramai adalah waktu sekolah menengah dulu, kat MRSM. Lama gila...forgive me....

Pas habis konsert tentulah acara bergambar dengan artis. Tu pun terkejar-kejar. Dah namanya artis haruslah ramai peminta. Gambar pun tak berapa nak clear. Janji ada wat kenangan cukuplah.

Especially kenangan untuk si Hadif ni. Artis cubit pipi tuu...

Lastly, bergambar dengan UNIC. Orang lain ada CD nak mitak autograph, tapi kami sibuk dok bergambar kat belakang. So far, sesekali mendedahkan anak-anak dengan aktiviti luar amatlah mengujakan...fenatttt mak dok mengejar diorang turun naik stage.

Kenny Rogers

Dah habis shopping pusing-pusing jusco, perut dah start bunyi. Lorr...rupanya dah pukul 3. Patutlah perut lapar. Survey punya survey nak makan apa, end up makan Kenny Rogers. Ayam lagi. Semalam baru je makan ayam kat Nando's. Ada mak kesah???

Dah lama gila mama tak makan kat Kenny Rogers tau. Last makan dulu pun rasanya masa Rayyans baru lahir kot, selepas pantang. Ni Rayyans dah 3 tahun barulah nak melangkah masuk ke Kenny Rogers balik.

While mama sibuk go through the menu, this two kenit plak sibuk membuat disaster kat sini. Dok panjat meja then main lampu. Mesti orang sekeliling annoying dengan peel diorang ni...especially staff kat sini yang nak kemaskan balik segala sepah yang diorang dah buat.

The VIP spot. This is the best place to eat muffin.

Here comes another half to join the other half at the VIP spot.

Abaikan si Rayyans. Meh kita tengok apa yang mama n papa makan. This is my plate. Mama amik 1/4 chicken with fruits, BBQ beans dan aromatic rice.

Papa's plate. Juga 1/4 chicken tapi side dishnya mama tukang pilih adalah mashed potato, salad dan fruits.

Untuk Rayyans plak mama amik set Rollie Bowl yang ada macaroni cheese dan sausages. Nama jer order untuk Rayyans, end up mama jugak tukang perabis. Bila diorang dah main, tak ingat dah nak makan.

Weekend's Activity

Dah berlalu pun wiken. Tak sabar nak tunggu wiken lagi coz this wiken more special. Sebabnya dah nak raya. Mama tak sabar nak balik kampung. Mama akan bercuti dari 25 hingga 30 oktober. Its a longggggg wiken for me. So blog tak berupdate la jawabnya sepanjang minggu depan. Kalau kat kampung tu bz memanjang. Dapat buka Fb pun kira ok dah.

Yang buatkan mama lebih excited menunggu raya haji adalah sebab these 2 people akan naik pelamin. Insyaallah pada hari raya kedua. Semoga semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga rumahtangga yang bakal dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu doa mama buat adik-adik mama yang terchenta.

Lets put aside coming wiken punya story. Kita fokus kepada last wiken punya story dulu. Sabtu lepas kami ke jusco rawang, tujuannya nak cari baju untuk Rayyans sempena kenduri cik nik nanti. Katanya nak kena pakai baju sedondon kaler pink. So haruslah mama mencari baju baru ye dak?? Mama prefer kalau nak bersopping kenalah hari sabtu. Sebab hari ahad tu mama nak dok bermalas-malasan kat rumah jer. Tapi yang tak best shopping hari sabtu takde plastik bag.

The two ni, kalau ke jusco tak sah kalau tak singgah kat Wai Wai Park. Suka sangat main kat sini. Padahal bukan ada banyak mainan sangat pun. Tapi diorang enjoy bila kat sini ramai kawan-kawan. Tapi yang tak bestnya nak berebut mainan. Kalau dah masuk sini, jawabnya susah la nak ajak keluar selagi diorang tak puas main. Hari ni melayang RM28. Tapi tak kisahnlah....janji anak-anak mama happy.

Dan mama pun happy jugak. Dapat bawa balik handbag idaman hati. Beg baru untuk raya haji uolss. Melayang lagi RM kat sini. Baju pink Rayyans lupa plak nak snap gambar. Amboiii hover mama...dah dapat handbag baru terus lupa baju anak.

When They See Their Favourite's Movies

Rayyans ni minat dia lain sikit dari budak-budak lain. Kalau budak lain yang seusia dengan diorang sure minat cerita kartun. Tapi Rayyans ni tak layan sangat cerita-cerita kartun. Diorang prefer tengok movies. Top movie yang diorang suka buat masa ni adalah cerita Hooore...Hoore. Mama terpaksa download cerita kat laptop. Boleh kata setiap malam diorang minta mama mainkan cerita tu.

Layan feeling sesorang dalam gelap. Ada few parts tang lagu diorang dah boleh hafal. Especially lagu hoore..hoore...balik kampung dan lagu ayah ibu. Part Akim nyanyi lagu atas motor besar pastu letak tangan kat kepala tu pun dah jadi ikutan anak bujang mama.

Meh mama bukakan lampu. Sian layan emosi sorang-sorang dalam gelap. Kusyuk sangat tengok cerita tu sampai tak layan mama.

Scene kat atas ni plak, senyap sunyi tanpa suara, tanpa gaduh, tanpa tangis hanya boleh dinikmati bila kat astro ada citer

V
V
V
V
V
V

Hantuuuuu...time ni mama beli cite hantu air kat astro first. So sepanjang harilah dok ulang tayang cerita tu. Naik bosan dibuatnya. Tapi mama redha....sebab rumah aman untuk seketika.

Thursday, October 18, 2012

Breakfast Apa?

Cepatnya masa berlalu. Esok dah jumaat pastu jumpa wiken balik. Tak sabar menunggu wiken. Nak spend time sepenuhnya dengan anak-anak. Sekarang ni Rayyans dah faham yang setiap pagi mama n papa keluar pergi kerja. Tapi sometimes terpacul gak dari mulut diorang 'mama tak payahlah kerja'. Duhai anak, kalau ikut hati memang mama tak nak kerja. Mama nak jer dok rumah, habiskan masa seharian dengan korang. Mama faham, sekarang masa mama agak terhad. Setiap malam cuma ada 3 jam jer masa mama dengan Rayyans, sebelum masing-masing tutup mata untuk tidur.

Wiken cuma ada 2 hari. Dalam masa 2 hari nilah mama cuba sedaya upaya mungkin untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan Rayyans. Bila wiken menjenguk, perkara pertama mama fikir adalah menu apa untuk breakfast bagi anak-anak kenyang. Rayyans ni kalau perut lapar jawabnya sepanjang hari la diorang akan meragam. 

Masak puding roti pun bagus jugak. Makan dengan vanilla sos. Pastu pekena nescafe panas. Hummm...nikmatnya dapat makan semeja dengan ahli keluarga. 

Disertakan dengan telur half cooked.

Laki makan tak toleh kiri kanan.

Sesekali breakfast western style pun menarik jugak. Lari dari kebiasaan nasi lemak, mee goreng, mihun goreng...yang penting lengkap semua zat-zat makanan yang diperlukan. Mana satu pilihan hati? Tepuk dada tanya selera. Dan yang penting tanya tukang masak nak masak apa...

Online Shopping Punya Pasal

Rasanya kawan-kawan memang tau yang mama sukakan dekorasi ala inggeris. So benda-benda yang berbunga-bunga ni memang menarik perhatian mama. Kat FB tu banyak page yang berniaga barang bunga-bunga ni. So bila ada masa terluang mama selalu jugak la menjamu mata.

Satu hari tu, tengah syok-syok menjamu mata, hati terbekenan dengan bathroom set ni. Harganya RM40 termasuk postage. Hati gembira tak terkata bila dapat barang yang kita idamkan. Dalam kepala ni dah berpikir-pikir kat mana nak letak set ni.

The next weeknya, gara-gara nak mencari pasu bunga, mama ke Romantika. Hancus luluh hati ai...sebijik sebijun bathroom set yang mama beli online ritu. Tapi kat sini harga satu set cuma RM19 jer. Uwaaaaa....dah nak rugikan. RM40 tu mama boleh dapat 2 set dah tau. Sakit hati punya pasal, rembat set yang hitam ni kat Romantika.

Set yang beli online ni dah selamat menghuni bilik air kat tingkat bawah. Set yang hitam tu plak mama letak kat master bedroom. Pasni dah tobat dah nak online shopping lagi...