Wednesday, November 10, 2010

Seminar @ Eastin Hotel : Day 2

Harini topik seminar agak menarik plus penceramah tu pun tak membosankan. Jadi tak banyak la gambar2 mengarut yang sempat kami snap. 
Harini lebih bersemangat dari semalam..semoga semangat ni kekal hingga ke petang. Masa lunch sempat posing with food sekejap...layankan jer la gambar kami tengah makan ni.
 pinggan pertama dah licin
 Penuh makanan kat atas meja..tunggu untuk dingap
 sedap sangat..mcm2 adaaa
 tu diaaa...banyaknya makanan
 concentrate makan
 makan lagi

Seminar @ Eastin Hotel : Day 3

Last day seminar...yess..tak sabar nak habis & balik umah. Petang ni papa balik..tp esok gerak ke penang pula.
Happy sbb seminar dah habis
 tea time 
 aunty mas
 menu for tea time..simple but delicious
Alhamdulillah..seminar berakhir dengan jayanya. Walaupun kadang2 concentration lari entah kemana, mata asyik terasa macam malam jer..disertai dengan suasana yang sejuk dibilik seminar, kami berjaya juga menamatkan hingga ke hari yang terakhir.

Tuesday, November 9, 2010

Seminar @ Eastin Hotel : Day 1

Pagi2 lagi papa dah gerak ke kuantan sbb nak kejar meeting jam 10 pagi. Mama plak kene gerak awal coz nak kene pergi seminar kat eastin hotel. Nasib baik nenek ada, dapatla mama bersiap dengan aman. Before keluar ke ofis, mama hantar Rayyans ke rumah pengasuh dulu. Walaupun nenek ada kat sini, tapi mama takmo menyusahkan nenek nak menjaga Rayyans seharian. Takut nenek tak terlayan dengan karenah Rayyans ni. At least siangnya nenek boleh rehat..kalau2 malam nak kena berjaga..kalau2 Rayyans susah nak tidur.
Mr B hantar mama & aunty mas ke seminar ni. Hari pertama seminar ni agak membosankan plus mama mengantuk yang teramat sangat. Tu la..sapa suruh gi enjoy tak ingat dunia semalam?
orang lain semua tengah kusyuk mendengar
kami berdua pula tengah menahan mata dari tertidur..sudahnya kami asyik dok amik gambar yang ntah apa2 ntah. Gambar gula2 pun jadikk
gambar botol air pun nak amik..tu henfon nenek...mama rembat coz henfon mama bateri kong..x sempat nak charge mlm td
I, me, myself
Dua orang engineer yang main2 dalam seminarBanyak main la mama ni..ok..janji..esok mama concentrate betul2...

p/s : dalam hati risau takut anak-anak bermasalah untuk tidur malam ni

Monday, November 8, 2010

Cameron Highlands

Dalam perjalanan balik, kami singgah kat cameron highlands untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga untuk bawa mek & paksu mat kenal cameron coz diorang tak pernah sampai lagi kat sini. Ini kali kedua Rayyans ke Cameron tapi tak pernah sekalipun lg kami bermalam kat sini. 
Kami tiba di Cameron bila dah tengahari. Cuaca Cameron sekarang dah tak sesejuk dulu. Dah banyak sangat bangunan-bangunan yang baru & tengah dibina...menjadikan lalulintas kat sini agak sesak. Kebetulan tengah cuti sekolah, maka teramatla ramai pengunjung kat sini.
Pada mulanya Toksu keberatan untuk naik ke Cameron Highlands bila memikirkan jalan yang bakal jem, tapi mengalah bila dipujuk oleh anak-anak sedara..heheh...tks toksu
Disebabkan perjalanan yang jauh, bende pertama yang kami cari bila sampai cameron adalah tandas. Hahahha..masing-masing tangki dah penuh.
 Sambil2 tu sempatla memilih2 pelbagai jenis sayur & buah yang ada kat sini. Kat dalam kolam yang kami tengah duduk ni ada anak kura-kura. Beria si Qistina menengoknya.
 Maksu + Pak Su Li + Qistina
 Mama pun dah penat asyik berdukung jer..rehat jap tunggu giliran masuk tandas
 Paksu Mat
 Mek duduk jer..dah tak larat nak jalan katanya
 sweet couple : Kak Dah & Abg Mie
 Melayan anak-anak main
 Mama + Papa + Rayyans
 Letih jalan nampak ada orang jual strawberry coklat..singgah dulu
 emm..sedapnya..Hazim tengok jer tau..Hazim kecil lagi..xleh makan lagi strawberry ni
Pusing2 beli bunga..nenek cakap rasa mcm nak beli semua jer
Dah habis shopping buah & sayur, kami gerak turun ikut tapah. Sempat lagi kami singgah kat tea boh valley untuk minum teh & makan kek...sedap sangat makan dalam suasana yang dingin. Selain tu, sempatla mama beli teh untuk dijadikan souvenier & stok untuk simpan kat umah. Sepanjang perjalanan balik, hujan sepanjang jalan...pemanduan menjadi agak lembap....jam 10 malam baru kami sampai puncak alam. Memang betul2 memenatkan, tetapi mama sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga.

p/s : esok papa kene outstation. mama plak kene gi seminar (ada yg tidur dlm seminar ni karang)

Bukit Merah Lake Town Resort : Day 2

Plan kami hari ini adalah untuk singgah kat Cameron Highlands dulu sebelum bertolak balik. Jadi, sebelum keluar breakfast, kami check out terlebih dahulu untuk menjimatkan masa berulang alik dari apartment ke restoran. Kami antara orang yang terawal breakfast hari ni. Menu biasa jer..mee goeng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam n beberapa jenis kuih muih tradisional.
Rayyans breakfast dengan roti bakar, muffin & coco crunch. Mula2 makan elok jer duduk kat dalam baby chair ni..
Lepas 2, 3 suap makanan masuk mulut, dah meronta-ronta nak turun. Bila mama pagi sudu untuk dibuat main, sudu tu dibaling-balingnya. 
Sambil suap Rayyans sambil suap mulut mama gak. Sejak ada anak ni tak pernah nak impikan makan dengan tenang sambil menikmati keenakan masakan..time makan mesti rush sambil nak mengawal tingkahlaku anak-anak.
Maklong & ayunie yang dah semakin baik demamnya
Toksu sekeluarga
Kat bende ni pun jadikk bergambar
Selepas breakfast kami ambil peluang untuk bergambar sekitar kawasan bukit merah ni. Masa ni air tengah surut..jd x berapa cantik sangat airnya.
Inilah ibu yang melahirkan dan membesarkan kami 6 beradik. Terima kasih mek.
Kami 3 beradik bersama mek tersayang
cinta hati mama
Rayyans with paksu..ni siapa yang pimpin siapa ni?
Maklong, paklong, amierah & ayunie
Inilah keluarga saya yang excited bercuti bersama
Seronok sungguh dapat bercuti bersama keluarga..kalau la tok ayah dapat ikut mesti lagi best. Mama puas hati dapat bawa mek jalan2. Insyaallah, jika diizinkan Tuhan, mama bercita2 untuk membawa mek bercuti setiap tahun. Walaupun destinasinya sekadar dalam negara, tetapi masa yang kami habiskan bersama amatla bermakna.

Saturday, November 6, 2010

Bukit Merah Lake Town Resort : Day 1

Agak lama mama tak bawa nenek bercuti. Kali terakhir kami bercuti satu keluarga pada tahun 2009..ketika mama mengandungkan Rayyans. Alang2 nenek dah ada kat sini, mama plan nak bawa nenek bercuti dan merehatkan fikiran di Cameron Highlands tapi tak dapat nak book hotel..semuanya dah fully booked. Plan changed, kami akan ke Bukit Merah plak..alhamdulillah mama dapat booked apartment..maklong & toksu pun ikut serta, tak nak lepas peluang bercuti bersama keluarga. Toksu bertolak dari Teluk Intan dan kami telah berjanji untuk berjumpa di Bukit Merah.
Pagi2 lg mama dah bangun masakkan bubur nasi untuk Rayyans..sebagai bekalan sepanjang perjalanan nnt. Kami bertolak awal pagi..janji untuk jumpa maklong kat RnR Rawang jam 8 pagi. Kami terpaksa gerak awal coz perjalanan ke Bukit Merah agak jauh. 
Semasa berhenti kami berkesempatan untuk breakfast terlebih dahulu...kami makan mihun goreng yang maklong masak & bawak dari rumah. Bila dapat makan sekeluarga mcm ni, makan apa pun terasa teramatla sedap...lebih2 lagi bila bonda tersayang ada di sisi.
Rayyans plak mama suapkan bubur nasi yang mama masak sebelum bertolak tadi. Rayyans sekarang memang kuat makan..jd mama kena bawak bekal untuk elakkan Rayyans meragam sepanjang perjalanan.
Perjalanan ke bukit merah memakan masa hampir 5 jam. Kali ni paksu jadi pemandu kami. Dapatla mama relax skit...Hadif dok ngan papa kat seat depan. Hazim plak menempel ngan mama kat seat belakang. Akibat perjalanan yang agak jauh & kekenyangan, akhirnya Rayyans tertidur sepanjang perjalanan.
Kami tiba di bukit merah sekitar jam 1 tengahari dan terus check in ke apartment. Masing-masing ambil peluang untuk merehatkan dan menyejukkan badan. Kaum2 bapa pula sibuk mengangkut barang-barang dan bekalan yang kami bawa. 
Rayyans pula, masuk jer apartment, terus terkam ke fius elektrik. Budak berdua ni suka sangatla main fius ni...kat bilik ni plak fius kat tempat yang rendah. Suka sangatla Rayyans asyik buka tutup fius tu. Sampai mama pun dah tak larat nak marah..redha jer la.
Malam tadi nenek dah masakkan nasi impit kuah kacang untuk lunch kami semasa kat bukit merah. Nasi impit kuah kacang ni adalah feveret food cucu sulung nenek, aisyah amierah. Kakak mierah awal-awal lagi dah request kat nenek suruh masakkan nasi impit. 
Bila dah berada kat apartment yang sejuk ni, perut mula la bernyanyi minta diisi balik. Masing-masing ambil peluang untuk mengisi dan mengenyangkan perut dengan mihun goreng dan nasi impit. Nyum nyum...bila dapat makan masakan mak mula la tak ingat dunia.
Papa yang cuma jadi co-pilot hari ni pun bila makan tak toleh kiri kanan.
Mama pula sibuk suapkan bubur nasi untuk Rayyans.
Selepas makan kami plan untuk mandi kat bukit merah theme park. Kids semua dah excited bila dengar nak mandi manda. 
Sebelum keluar, mama terlebih dulu tukarkan baju Rayyans...pakaikan baju mandi. Risau juga takut Rayyans terkencing dalam kereta nanti. Tak pasal-pasal semerbak bau kereta.
Mama pun siap tukar baju dari rumah. Leceh kalau nak tukar kat water park nanti. Takut orang ramai sangat. Lepas semua dah tukar baju, barula kami keluar ke waterpark. Nasib baik orang tak ramai sangat, x perlu nak beratur panjang untuk beli tiket.
kat depan pintu masuk
Ayunie yang tak berapa sihat..muram jer sepanjang masa
decoration deepavali
Dua hensem boy mama..suka sangat bila mama lepas jalan sendiri
Amierah & ayunie
 Beratur nak masuk taman air
 Nenek
 Maklong
Paklong

Bila dah terpandang taman air ni, Rayyans mula la tak boleh nak dipegang. Asyik menuju ke tempat air jer. Ini kali pertama mama bawa Rayyans ke taman tema air. Kalau Rayyans buat perangai elok dan tak meragam, lepas ni boleh la mama bawak Rayyans ke taman tema air yang lain pula. Mama ada banyak sangat gambar yang nak dikongsikan bersama...kita layannn dulu.
 suka sangat bila dapat main air..mula2 pakai pelampung dulu
 pastu pelampung ntah kemana dah. Hadif siap berjalan dalam air ni
 mama pun seronok gak.
 kecik2 dulu mama tak berpeluang main gelongsor ni..hehehe
 Kami sekeluarga yang takkan berpisah hingga hujung nyawa
 Four is a magic number
 Dua-dua nak dukung dengan papa
 Maklong with anak-anak dara, amierah & ayunie
 Papa pun tak lepas peluang untuk main gelongsor juga
 Hero mama, Hadif 
Asyik melayan kerenah anak-anak yang seronok main air, tak sedar hari dah nak petang. Hujan pun dah mula rintik-rintik. Kami ambil keputusan untuk berhenti dan tukar persalinan. 
Toksu tiba ke bukit merah sesudah kami mandi manda..tak dapatla Qistina join kembar main air. Perut pun dah mula berbunyi balik...lapar setelah sepetang bermain air. Sebelum balik, kami berkesempatan mengalas perut terlebih dahulu. Alangkah seronoknya kalau Tok Ayah pun ada sekali..tp nak buat macam mana, tok ayah bekerja dan tak dapat nak bercuti. 
Selepas makan, kami balik ke apartment untuk merehatkan diri. Rayyans yang kepenatan terus tertidur...letih sangat agaknya main air. Sebelah malamnya, maklong sekeluarga, toksu sekeluarga & paksu mat keluar pusing-pusing sekitar bukit merah. Papa pula keluar cari dinner untuk kami. Mama plak stay kat apartment ditemani nenek...tak dapat nak keluar sebab Rayyans dah tidur.