Sunday, March 19, 2017

Cyberview Resort And Spa: Part 4

Cerita percutian 2 hari 1 malam dah jadi drama bersiri kekdahnya. Gambar berlambak2 dalam fon ni. Haruslah mama tempek kat dalam blog. Rugi jer amik gambar banyak2 kalau setakat simpan dalam memori jer. 

Malam tadi anak2 semua tidur lena. Takde adegan mengingau atau meracau tengah malam. Mama risau gak takut hafiy kena kacau ke. Maklumlah tempat yang kita tak pernah pergi kan. Mana tau ada benda2 yang mata kasar kita tak nampak, tapi budak2 boleh nampak. 

Mama bercakap dari pengalaman jer. Sebab sepanjang kami dok hotel, rayyans n hafiy ada pengalaman kena kacau. Tapi kali ni syukur Alhamdulillah, takde perkara2 yang tak diingini berlaku. 

Pagi ni budak2 pukul 830 baru bangun. Penat agaknya mandi pool. Ditambah dengan cuaca sejuk, hujan sepanjang malam, masing2 tidur lena. 

Bila semua dah bangun, kami siap2 nak gi breakfast. Tempat breakfast dekat dengan lobi. So mama panggil buggy untuk hantarkan kitorg ke sana. Kasi chance kat anak2 sebab semalam tak dapat naik buggy. 

Bilik kami ni dapat 2 kupon breakfast. Untuk rayyans kena charge rm15 per head. Tapi yang tak best, tempat breakfast tengah renovate. So kami kena makan kat luar bilik. Agak panas di situ dengan takde kipas bagai. Food selection pun biasa2 jer. 

Lepas breakfast kami jalan kaki jer balik ke bilik. Saja nak exercise kaki sambil sedut udara segar kat sini. Pagi ni ramai budak2 dok mandi pool. Geram jer muka rayyans menengoknya. 

Tapi depa cool jer sebab mama dah bitau pasni nak g tempat mainan. Kami balik bilik terus siap2 untuk check out. Tempat mainan tu berdekatan dengan lobi. Jadi tak perlu kami nak buang masa ulang alik ke bilik. 

Sebelum keluar dari bilik, haruslah bergambar sampai lebam. Semalam tak sempat nak lepak2 mengopi kat beranda sembang hati ke hati dengan papa. Petang semalam kan hujan lebat serta ditambah dengan kehadiran berjuta2 nyamuk.

Jejaka2 pujaan hati mama, anugerah terindah dari Allah buat mama. Kebahagiaan kalian adalah kejayaan bagi mama. Ada rezeki nanti kita cuti2 lagi. 

Saturday, March 18, 2017

Cyberview Resort And Spa: Part 3

Aktiviti petang anak beranak sure la mandi pool. Rayyans dari check in lagi dah dok berzikir kat tepi telinga nak mandi. Bila papa jegil mata, senyap la kejap. Pastu mula la berzikir balik. 


Hafiy ni susah sikit nak amik gambar dia. Kurang bagi kerjasama. Ni gambar paling ok dah ni.

Kalau tak, tunjuk bontot jer kat mama. Hero2 lain semua elok pandang kamera. Dia jer peel lain dari yang lain.

Mula2 kami pergi pool yang paling dekat dengan bilik. Tapi dalam pool penuh dengan daun2 kering. Kansel nak mandi sini.

Pastu menapakla ke kolam paling atas. Ikut kata pekerja hotel, kat sana air lagi bersih.


Pool kat sini ada tiga section. Section kiri kanan untuk budak. Section tengah untuk dewasa. Part yang ada air terjun tu kolam dewasa yang lebih dalam. Kami nak ke kolam yang ada payung putih tu.

Jauh jugakla nak menapak. Tapi dengan suasana kehijauan ni tak terasa pun jauh. Redup jer mata memandang.

Abang2 dah laju ke depan. Tak sabar nak berendam. Suka tengok pemandangan dan kehijauan kat sini.

Si hafiy plak langkahnya asyikla melencong saja. Orang jalan lurus, dia sibukla ke kiri ke kanan.

Berjalan ngan hafiy ni lagi lambat la nak sampai pool. Asyik berpatah balik jer kakinya. Naik tensen dah abang2.

Nampak gaya mama dah kena beli swimming suit lain untuk abang hadif. Dah nampak keketakan kat situ.

Bagi can kat papa jer jaga diorang. Mama melepak kat tepi pool jer. Ingat nak bersantai2 dengan tenang tapi nan hado. Gangguan dari nyamuk membantutkan mood.

Pool ni cetek jer airnya. Bolehla lepas hafiy main sendiri. Lagipun kat pool cuma ada kami jer. Orang lain dah jemu agaknya mandi pool.

Dua anak bujang mama yang semakin membesar. Darjah dua dah tahun. Rasa macam baru jer bersalinkan diorang.

Membuli abang jer kejenya. Tak pasal2 abang kena jadi kuda dalam air.

Tengah2 syok mandi tetiba langit gelap. Hujan rintik2 mula turun siap dengan guruh.

Tak berani nak bagi diorang mandi dalam hujan. So kami gerak balik bilik. 

Jadilah walau pun sekejap jer mandi kolam. Lepaskan gian anak2 lama tak berendam. Towel belang tu memang disediakan dalam bilik 2 helai. 

Sampai jer kat tangga bilik kami, hujan turun selebat lebatnya. Nampak gaya tak dapat nak keluar dinner. 

Pas berenang anak2 kelaparan. Nak keluar makan hujan pulak. So bagi diorang alas perut dengan maggi. Nikmatnya makan maggi selepas swimming ketika hujan.

Cyberview Resort And Spa: Part 2

After check in lepak2 jer kat bilik. Dari lobi nak ke chalet kami boleh tahan jauh gak. Kalau nak jalan kaki memang nangis. 

Boleh pilih samada nak parking kat lobi then minta buggy hantarkan. Kami just drive jer sampai ke bilik. Ikut anak2 diorang suka la kalau dapat naik buggy. 

Kami dapat bilik berdekatan dengan pool. Bilik kami kat tingkat atas. Kena menapak naik tangga la sikit. Apadehal. 

Bilik luaaaaassss sangat. Siap dengan beranda beserta meja kopi mengadap pool. Berbaloi baloi. Memang puas hati mek. 

Masa booking dapat bilik katil twin single tapi masa check in depa upgrade dapat katil queen double. Alhamdulillah. 

Kalau family besar boleh bentang toto. Dahla ada dua katil queen, siap ada sofa bed skali. So malam ni semua orang dapat tidur dengan selesa. 

Perabot semuanya berasaskan kayu jati. Antik. Design katil tu memang unik. Hafiy dok meniti kat part takde tilam pastu siap nyorok bawah katil. 

Tv plak ada la few channel astro. Cuma waktu petang hujan lebat gila, dekat dua jam tv takde siaran. Bosan sebab handfon anak2 tgok utube. So mama amik peluang untuk zzzzz. 

Bilik air puas hati. Cantik dan bersih. Mama suka tiles dinding n lantai. Ala2 kaler rustic. Cam berlumut jer. 

Pantry betul2 kat pintu masuk. Ada cerek dan coffee facility. Peti sejuk juga ada disediakan. Setakat nak masak maggi bolehla. Kalau nak masak nasi goreng bagai memang tak dapatla.

Sejuk jer dok sini sebab di kelilingi pokok menghijau. Cuma satu jer yang tak best, nyamuk banyak gila. Kat bilik ada disediakan ridsect.

Cyberview Resort And Spa: Part 1

Dah habis cuti sekolah baru ada kesempatan nak update cerita awal cuti sekolah ritu. Bawa budak2 g staycation kat cyberview resort and spa, cyberjaya. 

Since beranak tiga ni, mama prefer staycation jer, unless ada pengasuh tambahan. Destinasi samada selangor atau kl. Senang. Jimat mada dan tenaga. Kalau nak vacation jauh2, penat nak melayan budak2 dalam kereta. 

Si kembar tu ok la sebab dah cerdik skit. Cuma tak tahan diorang tu suka gaduh sama sendiri. Dah kecoh kat seat belakang. Last2 papa plak tension nak drive. 

Yang si kecik plak memang la tengah melasak sekarang ni. Dalam kereta asyik kedepan, kebelakang jer. X pun dia mengamuk nak handfon. Travelling 2 jam pun macam 8 jam dok dalam kete. 

Jadilah vacation dekat2 janji dapat happykan anak2. Diorang tak kisah bercuti kat mana pun asalkan dapat tidur hotel dan mandi pool. Memang kriteria mama akan cari hotel yang ada pool. 

Sebabnya bila dah check in malas dah nak keluar2. Kalau rajin pun just keluar dinner jer. Kalau tak, dinner pun papa keluar sorang tapaukan. Makan kat bilik lagi tenteram jiwa raga. 

Huhuhu anak baru tiga dah huru hara. Macam mana la parents yang ada anak lagi ramai. Nak handle anak2 yang macam2 ragam ni boleh menguji kesabaran jugak. 

Friday, March 3, 2017

Nandos

Lepas amik rayyans kat sekolah, kami terus ke aeon mall shah alam. Mama mengidam nak makan nandos. So malam ni dinner kita makan ayam.

Nasib baik esok weekend, rayyans tak sekolah. Jadi malam ni balik lambat sikit pun tak rasa bersalah sangat. Kalau tak kesian rayyans tak cukup tidur nak bangun awal ke sekolah. 

Encik suami layankan aje puan isteri yang mengidam tapi tak mengandung. Dulu bila mengidam nak makan nandos mama kena gi sacc mall. Now ada yang lagi dekat dengan rumah. Dan tempatnya lebih happening. 

Kira2 macam ini first time bawa hafiy makan kat nandos. Minta2 behave la anak mama ni. Mama nak layan makan ayam dengan tenang. 

Untuk rayyans mama orderkan set kids meal iaitu grill chicken tenders. Tapi mama order yang plain. Terus takde rasa apa2. Nak order yang berflavour, takut diorang kepedasan pulak nanti. 

Mama n papa amik set 1/2 chicken dengan 2 side dish. Ayam nandos dah kecik, kalau amik yang 1/4 macam tak cukup jer. 

Taktik nak suruh hafiy diam dan makan elok2 adalah bagi tengok utube. Mata kusyuk pandang fon, tapi tangan menyuap dan mulut tak berhenti mengunyah. 

Wednesday, March 1, 2017

Nasi Daun Pisang

First time makan nasi hidang atas daun pisang. Sesekali mencuba kelainan. Mana tau kena dengan selera mama. 

Kami makan kat restoran MU food corner kat ttdi jaya, shah alam. Owner restoran ni peminat Manchester United agaknya.

Basic set ada nasi kuah campur, peria goreng versi lembik, kacang goreng dan peria goreng versi rangup. Nasi dia menimbun, banyak gila. Harga basic ni rm8.50.

Tapi takkan nak jadi vegetarian plak kan. Haruslah tambah lauk pauk. Hamekk ko sedulang dia tadah lauk kat mama. 

Konpius nak pilih lauk mana. Mama amik lauk kari ikan patin, ayam kicap n pedal n hati goreng. Harga lauk ni kira asing.  

Termenung laki mek nengok juadah atas meja. Boleh habis ke tak makan ni. Hancus papa nak berdiet. 

Memori daun pisang menjadi kenangan (sambil perut bergelek versi amelina n iwan). Beraya sakan la perut mek hari ni.