Friday, December 9, 2011

Golden Sand Resort Batu Feringghi : Part 5

Esok pagi kami akan bertolak balik ke Shah Alam. Seminar yang mama hadiri telah sampai ke penghujung. Petang ni kami amik peluang untuk pusing-pusing penang sambil mencari biskut tambun dan jeruk untuk dijadikan buah tangan.

Rayyans dua bersaudara ni bila mama sebut jer nak keluar jalan-jalan, terus excited masing-masing.

Kami dah rady untuk keluar jalan-jalan. Sebelum tu pose wajib dulu. Hadif muka serius jer...

Next, photo taking session with papa pulak...amboi Hadif hover plak bukak mulut bila pose ngan papa.

Mirror image..tak dapat bayangkan kalau anak mama ni kembar 4. Kembar 2 pun rasa tak cukup kaki tangan dah.

Sebelum keluar, kami bergambar sekitar reception area. Hai lah Rayyans, mama suh pandang kamera tapi ke lain plak korang pandang.

Mama with hensem boy, Hazim. Dia ni kalau mama nak bergambar sibuk jer nak berkepit dengan mama.

Pose dengan pokok krismas..di setiap ceruk ada pokok krismas. Apahal dengan anak-anak mama ni mulut ternganga jer tu?

Lokasi pertama yang kami tuju adalah Gurney Drive. Kami tak turun pun, just amik gambar dari dalam kereta. Jalan kat sini agak sibuk jadi mama risau takut2 Rayyans berlari ke arah jalanraya.

Gurney Drive ni terletak betul-betul tepi laut. Masa ni air dah start pasang.

Plaza Gurney dari kejauhan


Next agenda kami adalah mencari kedai biskut tambun. Last 2 years masa kami datang ada sederet kedai yang jual biskut tambun dan pelbagai jenis jeruk.


Entah apa silap kami kali ni, pusing banyak kali still tak jumpa tempat tu. Anak-anak pun mula buat hal. Dah bosan agaknya dok lama sangat dalam kereta.

Akhirnya kami pulang ke hotel dengan kehampaan.  Sampai ke sudah kami tak jumpa satu pun kedai yang jual biskut tambun. 

Thursday, December 8, 2011

Golden Sand Resort Batu Feringghi : Part 4

Hari ni seminar mama habis awal. Jadi mama amik peluang bawa Rayyans jalan-jalan kat tepi pantai belakang hotel kami tinggal ni. Kat sini area dia memang cantik sangat..tak puas mata memandang. Jom kita layan gambar-gambar sekitar hotel.

Rayyans dah excited bila nampak kat belakang ni ada swimming pool.

Dua-dua terus tuju ke swimming pool. Masa tu adalah 2,3 orang mat salleh tengan berendam.

Oh tidak..sorry ye sayang...kali ni kita tokleh swimming. Rayyans tengah selsema sekarang ni...tak elok sangat nak berendam dalam air lama-lama.

Kita tengok jer la orang swim yer...Mama lupa nak bawa swimming suit korang. Lain kali jer la kita mandi manda.

Muka sedih bila mama cakap cannot swim...alololo...

Jangan sedih-sedih k...jom kita jalan-jalan kat tepi pantai.

Sebelum tu, pose manja ngan mama dulu.

On da way, ternampak signboard taman herba..salah satu pokoknya ditanam oleh Chef Wan.

Pit stop..ternampak plak swimming pool dicelah-celah pokok. Kesian Rayyans tak dapat mandi.

Laluan ke pantai yang cantik dan redup...mat-mat salleh tengah berjemur

Yeay..kami dah sampai kat tepi pantai. Kat sini banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan. Janji bawak jer duit banyak-banyak.

Jet ski...kami tak main pun. Sewa dia takdelah mahal. Kalau berdua jer ngan papa teringin gak nak naik...berbasahan berdua kat dalam air...auuwwww...

Parachute..yang ni memang menakutkan..even kalau berdua ngan papa pun tak mau terbang tinggi-tinggi..takut tali putus. Pastu bila tengok cara pendaratan yang agak tidak menjamin keselamatan....kecut perut ai.

Banana boat...mama pernah experience naik banana boat kat port dickson. Masa tu kitorang dijatuhkan kat tengah-tengah laut. Rayyans excited betul bila nampak banana boat..terus memanjat kat atas boat ni. Nasib baik ownernya tak marah.

Hadif dah main baling-baling pasir. Habis kepala tu berpasir. Satu hal plak mama nak sikat rambut buang pasir tu.

Tak habis-habis main pasir....takpelah mama bagi chance sekali sekala.

ayorkkk...mama dah marah..dah cekak pinggang...kan mama dah cakap jangan main pasir..jom balik hari dah nak malam ni. Amboi Hadif...dia pun sama cekak pinggang marah Hazim main pasir. Kalau dia yang main pasir takpe plak.

Sebelum balik lepak-lepak minum kopi jap...hehehhe..berangan jer lebih

Tunggu la kejap lagi mama...Hadif nak berjemur sekejap. Nak feeling-feeling macam mat salleh.

Ye lah mama..Hazim pun nak berjemur jugak. Mama tak nak join sekali ke?

Oklah anak-anak...jom la kita balik. Dah nak maghrib ni. Kang tersampuk hantu air plak nanti.

Disebabkan Rayyans tak dapat mandi kat pool tadi, mama bagi chance diorang berendam kat dalam bath tub. Kenmain happy dapat main air.

Happy-happy mandi jangan lupa makan ubat yer sayang mama. Kalau tak makan ubat bila nak baik selsema tu. Muka redha jer telan ubat sebab mama dah kasi peluang main air. Malam ni Rayyans tidur lena akibat kepenatan berjalan di sepanjang pantai.

Tuesday, December 6, 2011

Golden Sand Resort Batu Feringghi : Part 3

Masuk hari ketiga kami sekeluarga di penang...mama sibuk berseminar. Rayyans n papa plak melepak selepak lepaknya kat hotel. Sebelah pagi papa bawa Rayyans jalan-jalan sekitar hotel. Nak jalan jauh-jauh takut tak terkontrol Rayyans nanti.

Papa cerita, driver buggy ni tengah charge bateri kat depan hotel. Hadif dengan selamba tuju kat kereta tu cakap nak naik kereta. So abg driver tu bagi chance kat Hadif posing-posing dengan buggy ni.

Peluk kuat-kuat takut jatuh. Mama pun pernah merasa naik buggy ni coz malas nak jalan kaki gi seminar. Dok kat belakang tu kena pandai-pandai ejas diri..rasa macam nak jatuh terpelanting ke bawah.

Mama suka sangat dengan gambar ni. Pipi Hadif nampak tembam sangat-sangat. Rasa macam nak gigit-gigit jer si bulat mama ni. 

Berangan nak bawak buggy sendiri la tu..tapi sayangnya kaki tergantung..hahaha..tak cukup umur lagilah sayang...

Sebelah malam plak kami tak keluar ke mana-mana coz cuacatak elok...asyik hujan jer. Jadi malam ni kami dok bilik melayan kerenah Rayyans jer.

Semalam Rayyans dah berjaya pow mama belikan 'sodok' ni. So malam ni layan Rayyans main sodok ni jer la.

Dah bosan main sodok, sikat mama plak jadi mainan diorang. Mula-mula baik lah..siap peluk-peluk. Last-last dok berebut sikat tu.

Bila mama ambil sikat tu dan simpan, dua-dua nangis merajuk. Last-last tertidur jua anak bujang mama.

Golden Sand Resort Batu Feringghi : Part 2

Kesian Rayyans berkurung jer dalam bilik seharian. Papa cakap diorang 3 beranak asyik makan tidur jer. Jadi malam ni mama decide bawa Rayyans jalan-jalan kat pasar malam sepanjang jalan batu feringghi ni.

Rayyans bila dengar mama sebut nak keluar jalan-jalan mulalah excited. Terus capai selipar dan tuju pintu bilik.

Jarak bilik kami dengan lif agak jauh. Jalan kaki amik masa 5 minit jugak la. Hadif dah mengada-ngada nak dukung, takmo jalan. Terpaksalah papa dukung si bulat tu. Nasib baik Hazim nak jalan sendiri.

Sebelum keluar sempat pose depan pokok krismas. Mula tu kami plan nak bawa kereta, tapi papa cakap susah nak parking nanti. So, tukar plan...kami jalan kaki jer. Bayangkanlah macam mana keadaan kami bila jalan kaki dengan dua orang budak yang baru terlepas dari kurungan. Sorang lari sana..sorang lari sini..fenatttt mama kejar.

Gerai-gerai kat sini jual pelbagai barang. Kebanyakkannya pakaian dan souvenier. Gerainya terletak betul-betul kat tepi jalan yang agak sibuk. Memang agak merisaukan kalau berjalan ngan Rayyans ni....takut dia terlepas ke tengah jalan raya.

Agak jauh juga kami jalan....sampai habislah gerai-gerai tu kami tawaf. Adalah kot dalam 1km. Yang terlebih penat sebab nak kontrol Rayyans. Pastu bila tiba gerai mainan satu hal jugak..menjerit-jerit minta belikan mainan. Aduhaii...kopak mama...

Selepas habis gerai-gerai tu kami kunjung, nak patah balik ke hotel dah tak mampu nak jalan kaki. Kami balik naik beca...mula tu macam tak konfiden jer ngan apek tu nak kayuh beca bawak kami berempat. Just imagine betapa beratnya penumpang yang dia kena bawa.

Memang tabik spring kat apek tu, laju jer dia kayuh. Tak sampai 5 minit kami dah sampai kat hotel. Hadif tak sempat nak rasa puas dok atas beca tu. Bila dah sampai takmo turun..siap tarik tangan papa nak naik 'basikal' lagi. Alahai anak mak ni....darat tul...

Tambang beca ni rm18...walaupun jaraknya dekat sahaja tapi berbaloi bila pikir penat nak jalan balik ke hotel. Ditambah plak waktu tu hujan dah mula turun renyai-renyai. Kalau kami jalan kaki sure tak sempat sampai hotel hujan dah turun mencurah-curah. Sepanjang kami kat sini, waktu malam asyik hujan jer. Kesian peniaga tak dapat nak buka gerai lama-lama.

Sebelum naik ke bilik, sempat pose depan pintu masuk hotel. Kat depan hotel ni memang jadi port parking beca-beca ni. Dah satu hal plak Hadif tak nak balik.

Setiap kali bercuti, mama tidak pernah lupa untuk beli souvenier untuk kawan-kawan ofis. Sudah jadi kemestian untuk kami beli fridge magnet dan keychain sebagai souvenier.

Comel tak keychain kebaya ni? Unik sangat...pertama kali pandang terus jatuh cinta kat keychain ni. Mine? Of courselah yang kaler pink tu.

P/S : Balik hotel..buka tv..cinta elysa dah habis. Waaa...mama lupa malam ni cerita cinta elysa. Miss episod second last ni.