Saturday, October 22, 2016

Kidzoona

Masa gi amverton cuti awal muharram aritu, bagi anak2 main kat dalam taman mainan. 

Nampak diorang seronok sangat dok dalam tu. Bila mama ajak keluar diorang takmo.

Kesian anak mama tak terdedah dengan dunia luar. Mama bukan apa, risau hafiy demam bila dia lasak sangat. Kalau dah demam nanti dia senang kena sawan tarik.

Plan 3,4 minggu sekali nak bawa dia main kat luar. Kesian jugak kat hafiy terperap jer kat rumah. Wiken ni mama bawa anak2 jalan2 makan2 enjoy2 tengok dunia luar.

Lagipun abang2 baru lepas exam sekolah kebangsaan. Sedang elok la bagi diorang release tension. Tension ke nyerr pun exam sekolah rendah. Next 2 week exam sekolah agama pula.

Hari ni mama peruntukkan masa untuk diorang jer. Pagi2 keluar, singgah breakfast dulu. Then straight away ke aeon mall shah alam. Aeon pun baru buka. Parking lot masih kosong. 


Lepas amik troli train untuk hafiy, kami terus ke kidzoona yang terletak kat tingkat 2. Deepavali dah dekat. Ada dekorasi colum sempena deepavali.



Beli tiket, beli stoking, terus mama lepas diorang kat dalam ni. Mama pun masuk sekali untuk tengokkan hafiy. 

Si abang berdua dah besar. Masuk jer terus terkam mainan yang diorang berkenan. Langsung tak heran kat mama lagi dah.


Adik plak tak tentu hala sebab banyak sangat mainan. Tak tau nak pegang mana satu.

Berebut main kinetik sand. Budak darat tak pernah main pasir cengginila.


Lama jugak lepak dalam ni. Main smpai kul 2 then kami keluar lunch. After lunch pusing2 aeon beli barang skit then terus balik rumah.

Tuesday, October 18, 2016

Atok Asam Pedas

Lama tak datang inspection kat kuala selangor. Hari ni kebetulan ada inspection kat tanjung karang. Lunch hour kami ke jeram sebab nak makan kat kedai atok asam pedas.

Hidangan sampingan sampai dulu sebab kuah asam pedas belum siap masak. Kami order telur dadar, sayur campur dan sotong goreng kunyit.

Semua sepakat pilih ikan merah. Order dua ekor, buat 2 mangkuk asam pedas. Sedap sebab ikan fresh. Mama dapat ratah bahagian kepala ikan. Syurga.

Sotong goreng kunyit lambat sampai so takdelah dalam gambar. Berpeluh makan asam pedas dalam cuaca panas. Nasib baik restoran kat laut, berangin la jugak.

Monday, October 17, 2016

Kembali

Maghrib tadi, mok (nenek mama) telah kembali menemui penciptanya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Al fatihah buat nendaku. Tenanglah dikau bersemadi di sana. 

Thursday, October 13, 2016

Restoran Saba

Tercapai juga hasrat hati nak makan nasi arab kat restoran saba. Mama teringin nak makan sejak dayah kahwin lagi tapi masa tu kedai lak belum bukak.

Habis meeting tadi terus pecut kereta ke sini. Nasib baik orang tak ramai. Banyak lagi seat kosong. Petang2 ni kena makan laju2 takut jalan jem nak balik puncak alam.

Mama ni mengidam mengalahkan orang peknen. Ingatkan dah peknen betul2. Maklumlah kawan2 rapat ramai tengah peknen membilang hari. Manalah tau kot2 jangkit kat mama skali.

Mandhi kambing papa punya. After demam teruk masa raya haji, ni la baru papa makan kambing. Sebulan jugak la papa cuti makan daging. 

Mandhi ayam mama punya. Pastu bungkus untuk anak2 kat umah pun nasi mandhi ayam gak. Nasi kat saba ni sedap betul la. Beras apa la yang diorang pakai agaknya.

Syukur alhamdulillah. Tercapai hasrat yang dah tertangguh 2 bulan lamanya. Nasib baik tak peknen. Lau tak menceceh air liur anak dalam perut.

Pondok Manis

Petang tadi mama meeting kat cyberjaya. Mama sengaja datang awal sebab plan nak lunch kat restoran saba. Malangnya waktu lunch hour full house.

So kami ke dpulze sebab kat dalam tu banyak kedai makan. Pusing punya pusing, kebanyakkan kedai ramai orang. Kami malas nak menunggu lama2.

At last, decide makan kat restoran pondok manis. Restoran ni konsep jawa. Ada menu berasaskan penyet..ayam penyet, iga penyet, lele penyet..

We both order kwayteow soto. Tak sedap sangat soto dia sebab kuah tu rasa kunyit. Mama suka soto kuah putih. Pastu ada sambal kicap. Yang ni soto takde sambal kicap. Tak perfect rasanya takde sambal kicap.

Kami tak nak makan nasi sebab save perut petang ni nak gi ke restoran saba lagi. Alang2 dah sampai cyber.ni, by hook or by crook kena gak makan kat restoran saba.

Wednesday, October 12, 2016

Restoran Pot Nik

Restoran pot nik baru jer buka kat alam jaya, puncak alam. Restoran ni berasaskan masakan timur. Restoran beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

Menu nasi dagang, nasi kerabu dan nasi berlauk available dari pagi sampai ke kedai tutup. Selain tu ada jugak mee celup dan roti titab. Antara lauk yang ada gulai ayam kampung, gulai ikan tongkol dan kerutub daging.

First time datang sini mama makan nasi kerabu. Sedap lengkap dengan tumis. Cuma sambal tu pedas gila tahap buasir. I cannot tahan. Harga sepinggan nasi kerabu dengan ayam goreng rm5. Harga standard la kan.

Tak cukup dengan nasi kerabu, order lagi roti titab. Roti titab memang femes kat kelantan. Roti disapu kaya dan ada telur masak separuh. Kalau kat ipoh panggil roti telur goyang. Cuma bezanya kat ipoh takde kaya.

Semangkuk akak tu bagi keropok kat kami. Memang tak habis makan. Puas hati la dapat makan masakan kelantan yang cukup rasa. Next time nak cuba nasi dagang n nasi berlauk pula.

Papa pun kenmain sengeh sebab air kegemaran dia ada jual kat sini, air teh halia yusmira. Dah tau dah kalau putus stok tak sempat balik kelantan nak beli, bolehlah datang restoran ni.

Monday, October 10, 2016

Wadi Hadramawt

Lunch tadi geng makan ajak makan nasi arab plak. Kali ni kami ke restoran wadi hadramawt kat jalan ampang atas recommendation wani.

First time mama makan kat sini. Nak pilih food pun tak tau mana yang sedap. So minta wani jer orderkan sebab dia dah biasa makan kat sini.

Geng makan cuma berdua jer hari ni, just me n wani. Yang lain after lunch baru depa masuk ofis. Masing2 bizi dengan site inspection.

Plan nak makan sini sebab dok tengok cita cinta masam manis kat tv3. Depa berlakon kat sini la scene dating2 kat kedai makan tu.

Suasana dalam kedai tenang jer. Ruang luas dan selesa. Dekorasi banyak menggunakan barang2 antik. Kebanyakkan pelanggan muka2 arab dan foreigners.

Kami order lamb madghout. Nak sebut pun berbelit lidah. Satu dulang ni sesuai untuk 2-3 orang makan. Portion makanan arab ni besar2 kan.

Servis agak cepat. Mama minum ice lemon tea. Tak berani nak minum air barbican sebab ada gas. Risau kot2 dapat gastrik cam raya haji aritu.

Satu dulang nasi makan berdua. Kalau jenis burok lantak confirm leh habis. Nasi ni tanpa kuah. Cuma ada sambal tu jer. Makan nasi kosong pun dah ada rasa sebenarnya.

See, cuma ni jer balance lepas dua orang makan. Mama dah surrender. Tak mampu nak habiskan. Balance tapau bawa balik bagi papa makan.

Saturday, October 8, 2016

Gerai Bonda

Kalau inspection kat meru, mama biasa singgah breakfast kat gerai bonda. Gerai ni opposite masjid meru.

Gerai buka dari pagi sampai petang. Belah pagi ada breakfast nasi lemak, nasi kerabu dan nasi berlauk yang dah siap bungkus. Kuih muih dan roti canai pun ada gak.

Dalam 10 pagi dah start jual pisang goreng, keropok goreng, tempe goreng. Mama paling suka keropok lekor. Isi padat dengan ikan. Bukan tepung semata.

Hari ni kami singgah for snack time after beli barang dapur kat nsk meru. Mengeteh dengan anak2 sambil dengar diorang bercerita perihal sekolah.

Si bulat sorang ni kenmain suka makan keropok lekor. Walaupun keropok tu keras, dia berjaya habiskan seketul. Memang sah ko darah kelantan dik.

Friday, October 7, 2016

Nando's

Lunch hour hari jumaat lama skit. Bolehlah kami merayap jauh cari tempat makan.

Geng ofis ajak makan nandos kat aeon wangsa maju. Mama on jerk kalau ada orang nak bawakkan.

Kami bertiga jer hari ni. Mama, wani n nisa. Lagi sorang geng, Dejah tak masuk ofis g site.

Kami order set ayam sekor with 4 side dishes iaitu chips, wedges, coleslaw n mediterranean rice. Add on 3 bottomless orange drink.

Mama terpaling suka la makan nandos. Memang feveret. Setiap hari makan nandos pun takpe. 

Thaks wani sanggup drive bawak kitorang makan kat sini. Next time boleh g lagi sebab kat aeon banyak tempat makan.

Satria Baja Hitam

Hari jumaat yang penuh barakah. Pagi ni Allah turunkan nikmat hujan. Malas jer rasa nak bangun tidur pagi tadi. Alangkah indahnya kalau dapat tarik selimut sambung tidur.


Berangan jer la dapat. Walau macam mana pun, hari ni tetap kena masuk ofis sebab file submission dah menimbun kat atas meja. Yang due date hari ni pun berlambak lambak.


Masuk ofis, eh tetiba napa ramai pakai baju hitam hari ni. Take 5, bergambar dengan geng satria baja hitam katanya.

Nampak tu file berlambak2 kat belakang. Semua file tu nak kena proses samada bagi approval atau komen. Jomlah kita sambung menjalankan tugas.

Thursday, October 6, 2016

Restoran Hersha

Dah lama aim nak makan sini sejak viral kat fb before raya aritu. Tapi asyik tak berkesempatan jer. Nak datang wiken malas nak bersesak dengan orang ramai. Kalau weekdays orang tak ramai sangat.

Tadi kebetulan inspection area sini. Lunch hour terus singgah. Nasib baik orang tak ramai. Tak perlu nak tunggu tempat kosong. Harga buffet rm8 makan la sebanyak mana ko nak. Restoran buka 6 hari seminggu. Isnin cuti.

Alah blur la plak gambar. Food selection boleh tahan banyak gak. Kebanyakkan masakan kampung la. Konsep kat sini, kena bayar dulu kat kaunter. Then pekerja akan bagi satu pinggan je untuk seorang customer. So, sumbatla banyak2 atas pinggan tu. Kalau nak tambah pun, silalah bawak pinggan tu semula.

Pinggan papa ada ikan jaket bakar, kerabu pucuk paku, sayur labu, peria goreng n udang goreng. Hajat hati nak ulang amik lagi, tapi perut dah kekenyangan.

This is my plate. Mama amik ikan jaket bakar, siakap 3 rasa, udang goreng, ayam blackpepper, ayam merah, sayur bayam dan kangkung goreng. Rasa masakan memang sedap. Boleh datang lagi la makan kat sini.

Air yang disediakan adalah air oren dan air sarsi. Cuma gelas jer kecik. Terpaksa ulang alik banyak kali top up air. For me, memang berbaloi bayar harga rm8 untuk lauk2 ni.