Saturday, January 31, 2015

Heparin

Banyak betul dugaan mengandung dan bersalin kali ni. Masa mengandung tetiba dapat kencing manis. Tak pasal2 kena suntik insulin. Bila suntik insulin, kebarangkalian tinggi baby dalam perut terlebih besar. Bila baby besar, kenalah bersalin secara pembedahan kerana risiko tinggi.

Bila dah bersalin kena cucuk heparin plak. Heparin ni ubat untuk cair darah. Sesiapa yang bersalin secara pembedahan atau normal yang melibatkan penambahan darah kena suntik heparin untuk mengelakkan terjadinya darah beku dalam badan yang boleh membawa maut.

Sebelum keluar wad doktor dah siap2 bagi heparin dan jadual suntikan. Mama kena suntik 2 kali sehari selama 7 hari. Suntik kat bahu gilir2 kiri kanan. Sakit hoi suntik heparin ni. Bengkak lebam2 bahu. Nak angkat tangan pun seksa.

7 hari pertama memang seksa la. Dahla perit kat perut kena belah. Pastu setiap 8 pagi dan 8 malam kena keluar gi klinik untuk suntik. Mama suntik samada kat klinik 1 malaysia atau klinik desa. Time table yang doktor bagi tu kena signed by nurse yang suntik mama.

Friday, January 30, 2015

Susu

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Sepanjang tempoh mengandung, mama sentiasa berdoa moga hafiy dapat menyusu dengan sempurna. 

Alhamdulillah, hafiy pandai menyusu direct. Tapi dia akan amik masa yang lama. Pernah sampai 2 jam dia takmo lepaskan niple. Maybe sebab susu keluar perlahan. Jadi bambam mama lambat nak kenyang. So untuk hafiy ni mama kena sediakan susu yang dipam sebagai back up. 

Mama guna pam spectra m1. Alhamdulillah setiap kali pam mama dapat 4oz. Lepas la untuk hafiy menyusu sampai kenyang. Mama pam setiap 2 jam. So far, mama masih belum start simpan stok.

Kalau dia tak puas menyusu, mama akan bagi susu yang dipam guna botol. Yeah, mama tau tak elok bagi botol kat baby awal2. Tapi ni sebagai persediaan mama nak masuk kerja nanti. Buatnya hafiy takmo menyusu guna botol tak ke haru mak. 

Rezeki hafiy dapat minum susu ibu. Masa kembar dulu, mama tak berpeluang nak menyusukan diorang. Pertama, susu takde. Kedua, kembar tak pandai menyusu. Ketiga, ilmu di dada pasal penyusuan adalah zero.

My thought, setiap ibu yang melahirkan anak automatik akan ada susu dan bayi yang baru lahir automatik pandai menyusu. Tapi sangkaan mama meleset sama sekali. Sampai sekarang mama rasa ralat sangat.


Sedih sangat bila memikirkan kembar dulu tak berpeluang nak menyusu. Im sorry sayang. Masa tu mama betul2 takde ilmu. Kalaulah masa tu mama beli pam yang berkualiti, maybe susu boleh keluar bila dipam.

Thursday, January 29, 2015

Welcome Home Baby Hafiy

Hafiy is 3 days old today. Hari ni kami dah boleh keluar wad. Abang2 dah tak sabar nak jumpa adik. Mama pun rindukan buah hati mama berdua tu. Dah 3 hari tak jumpa diorang.

3 orang hero pengarang jantung hati mama. Pertemuan pertama buat ketiga2 anak mama.

Sesi perkenalan, hazim dah start hulur tangan nak cuit pipi hafiy. Hadif dah jeling dengan ekor mata.

Tangan hazim dah cecah pipi hafiy. Hadif sampai berkerut dahi tahan nak marah, tak bagi hazim usik baby.

Ini tak boleh jadi..tepi la hazim. Sakit pipi hafiy nanti. Yeah..now we know. Hazim tak boleh dibiarkan tinggal berdua dengan baby. Lain jadinya nanti. Hadif plak, can be a protective brother.

Wednesday, January 28, 2015

Kronologi

Masa check up minggu ke 36 kat hospital sg buloh, doktor menjangkakan baby HR adalah macrosomic baby atau dengan kata lain baby terlebih besar.

Bila check up minggu ke 38, doktor menasihatkan mama supaya bersalin secara elective caesarean memandangkan berat baby telah menghampiri angka 4kg. Doktor takmo amik risiko baby tersangkut susah nak keluar jika bersalin normal. 

Ditambah dengan perut mama yang dah ada parut lama pembedahan semasa bersalinkan si kembar dulu. Doktor risau jika terlebih teran, parut lama terbuka balik. Keputusan perlu dibuat bagi menyelamatkan baby dan ibu.

Jadi mama dan papa bersetuju sahaja dengan cadangan doktor. 27 januari 2015 mama perlu menyerah diri ke hospital. Keesokkannya, 28 januari 2015 mama dijadualkan menjalani pembedahan.

27 januari 2015 - sebelum ke hospital mama sempat jamah nasi lemak masa breakfast. Hari ni hari terakhir mama berpeluang makan sedap2 sebelum melalui tempoh berpantang.


Selepas mendaftarkan diri, mama kena lalui prosedur biasa iaitu buat ujian ctg. Dari situ, doktor detect dah ada contraction. OMG. Mama boleh relax takde rasa apa2 lagi. Then doktor check bukaan, rupanya jalan dah buka 3cm.

So doktor decide tak boleh tunggu sampai esok. Terus diorang persiapkan mama untuk jalani emergency caesarean time tu jugak. Papa yang dok tunggu kat luar dipanggil untuk diberi penerangan.


Dalam pukul 11.30 pagi mama ditolak masuk ke bilik pembedahan. Mama dibius separuh badan, dari pinggang ke kaki. Pukul 12.12 tengahari, lahirlah malaikat kecil mama ke dunia. 

Pukul 1.30 petang baru prosedur pembedahan siap sepenuhnya. Proses jahit yang makan masa. Kemudian mama diletakkan kat bilik pemantauan. Setengah jam lepas tu barulah mama ditolak ke wad.


Ini kali kedua mama bersalin secara pembedahan. Tapi pengalaman keduanya adalah berbeza sama sekali. Walau apa pun, mama bersyukur segalanya berjalan lancar. Mama dan baby Hafiy Rayhan selamat.

Tuesday, January 27, 2015

The Arrival

Introducing our new addition in the family, Hafiy Rayhan Bin Hamzah.

Hafiy - Yang memuliakan
Rayhan - Kesenangan, keharuman, favor by god

DOB : 27.01.2015 @ 12.12 pm
Weight : 4.19 kg
Length : 58.5 cm

Monday, January 26, 2015

Kek Dan Lilin

Masa jemput rayyans kat sekolah, papa terlalu depan kedai kek. Rayyans pantang skit bila nampak kek. Terus histeria suh papa benti.

Hadif dah hentak2 kaki nak kek yang 1kg tuh. Sapa plak nak ngabiskan kek tu nanti. Tak dapat kek, histeria nakkan barang2 birthday party plak. Haruslah papanya tak kasi.

Last2 termakan pujuk beli kek kecik ni jer sorang satu. Masa beli takde la mama minta lilin. Pejadah plak nak lilin bagai. Bila sampai umah, merengek nak tiup lilin plak. Mama letak jer lilin aroma terapi ni. Redha jer diorang berdua tiup lilin ni.

Diorang bukannya nak makan sangat pun. Habis separuh pastu terperap dalam peti sejuk jer kek tu.

Dah setel makan kek diorang berlakon ala2 tengah akad nikah. Geli hati mama tengok kerenah diorang. "Aku tunang ko dengan mas kahwin..." Nak tunang pun kena akad ke?

3 branak tak berbaju. Macam2 peel perangai si kembar ni. Baby HR nanti entah macam mana la plak peelnya.

Sunday, January 25, 2015

Study

Awal2 sesi persekolahan kenmain semangat lagi rayyans. Balik sekolah terus minta mama ajarkan diorang menulis.

Sekolah diorang ni memang takkan bagi homework. Buku2 yang diorang guna kat sekolah pun tak dibenarkan bawa balik ke rumah.

So kat rumah mama sediakan alat tulis khas untuk digunakan kat rumah sahaja. Tengokla tulisan diorang ni. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Cer tengok huruf E tu kenmain banyak lagi giginya.

Semoga anak2 mama diberi hati yang terang supaya dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Yang penting, perlu rajin dalam menuntut ilmu.

Saturday, January 24, 2015

Wong Solo

Tadi kami ke jakel menemankan kakak rayyans nak cari kain lace untuk dibuat baju nikah.  Dah alang2 kat sini, kami lunch terus.

Si bolat anak manja papa. Baby HR dah lahir nanti tak dapeklah nak manja lebih2 camni.

Hazim plak anak manja mama. Actually risau gak nanti takut hazim memberontak after baby HR lahir.

Mulanya kami minta jus alpukat. Teringat mama pernah minum kat bandung dulu. Tapi stok avocado takde plak. Tukar amik carrot susu.

Wong solo ni menyajikan makanan indonesia. Pekerja pun orang indonesia. Diorang pakai uniform corak batik indonesia.

Kami amik set pakej ekonomi. Set medan kot namanya. Sesuai untuk 4 orang makan.

Dalam set ni ada ayam penyet, ayam bakar, tempe tauhu goreng, kangkung belacan dan air mineral 3 botol.

Pastu mama tambah oder ayam goreng crispy kruk krak.

Jemput makan...

Friday, January 23, 2015

Bojjeng

Bojjeng ni perkataan kelantan yang membawa maksud potong rambut. Rambut rayyans dah panjang sangat. Diorang kalau rambut panjang cepat dapat selsema.

Actually dah 2, 3 hari diorang dok minta nak gunting rambut tapi mama malas nak pergi. Hari ni balik sekolah lagi skali menyebut nak gunting rambut.

On da way balik terus singgah kat kedai gunting rambut feberet diorang kat fasa 3. Kalau dah balik rumah dulu confirm malas nak keluar balik. 

Puas hati dapat melunaskan permintaan anak2 sebelum mama meninggalkan diorang untuk bersalin nanti. At least 3 hari mama kena tahan kat hospital. Harap diorang baik2 sahaja tanpa mama kat rumah.

Thursday, January 22, 2015

Killing Time

Lagi seminggu date untuk operate. Melepak kat rumah selama 2 minggu amatlah membosankan. Awal2 tu rasa seronok gak sebab dapat relax2.

Bila anak2 dah start sekolah, mulalah mama mati kutu. Tengok tv pun dah naik bosan. Asyik2 asteruk dok ulang cerita yang sama jer.

Bila dah takde keje, tangan ni rajin jer on laptop. Seronok menggodek2 tanpa gangguan dari si kembar. Bila buka blog banyak gila entry dalam draft.

Pastu tetiba rasa terajin plak nak sambung cerita2 last year yang banyak tergantung. Tengok keadaan kot2 hangat taik ayam jer. Manala tau tetiba mama nak terberanak awal ke..

Cerita pasal bersalin, insyaallah 28hb ni mama dijadualkan untuk caesarean section. Kali ni berpantang kat puncak alam jer. Anak2 dah sekolah susah nak balik pantang kat kampung.

Nenek plak tak berapa sihat so tak dapat na datang sini jaga mama. Nampak gaya papa kena la jaga mama dalam pantang nanti. Tukang urut pun tak cari lagi. Takmo jadi macam dulu badan berangin pas bersalin.

Dulu takut nak berurut sebab operate. Risau luka terbuka. Kali ni walaupun bukan awal2 berurut, at least sebelum hbs pntg tu mama nak urut jugak. Harap2 masa tu parut dah ok. Dapat urut tang kaki tangan pun dah ok dah.

Wednesday, January 21, 2015

Murni Discovery

Kami ke sana untuk dinner. Kira early dinner sebab sebelum pukul 6 dah terpacak kat sana. Malas nak gi memalam coz selalunya full house.

I love u and i miss u. Romantiks nama airnya.

Me took mee raja chicken chop. Sedap mee ni sesuai dengan tekak mama.

Papa tooks nasi goreng chicken chop. Lebih kurang menu mama jer. Beza nasi ngan mee sahaja.

Rayyan makan maggi goreng with milo ais. Walaupun portion besar, tetap la anak akau berjaya habiskan. Mana tak menembun pipi tu.

Tuesday, January 20, 2015

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah

Syukur mama dianugerahkan 2 orang anak lelaki yang cukup sempurna di mata mama. Anak2 yang bakal menjaga mama bilamana mama sudah tiada upaya nanti.

Balik dari sekolah tadi terus minta nak solat walaupun belum masuk waktu zohor lagi. Mama suruh tunggu solat sekali dengan papa takmo plak. 

Katanya teacher kat sekolah cakap kena solat dan doakan mama dan papa. Hanya bibir yang terkumat kamit, apa yang didoakannya pun mama tak tau.

Bila mama tanya apa yang hadif doakan, senyum jer dia tak nak cakap. Jangan doa yang bukan bukan sudah la ya. Dulu pernah dia doa suruh mama belikan mainan.

Monday, January 19, 2015

Lidah Kucing

Orang lain dah berzaman merasa biskut lidah kucing ni. Tapi mama baru terhegeh hegeh nak try. Dah habis musim dah pun biskut ni.

Semalam ada check up dekat hospital sg buloh. Sebelum balik tu saja saja la lalu kat booth booth orang meniaga. Kat spital sg buloh ni memang selalu ada org buka gerai niaga.

Macam macam ada benda yang diniagakan. Dari makanan, pakaian hinggalah cadar patchwork tu pun ada. Mata mama lebih tertarik kat biskut yang kalerful ni. Harga rm20 sebekas.

Tak sangka plak rayyans suka rupanya makan biskut ni. Sebekas ni sekali harung jer depa dua beradik makan. Pastu pesan kalau mama gi spital nanti belikan lagi.

Sunday, January 18, 2015

Saba Restaurant

Kami ke sini lagi. Kali ni bukan mama yang mengidam. Tapi melayankan tekak papa yang craving nak makan nasi arab.

Waktu malam confirm pelanggan ramai. Kena beratur baru dapat meja. Tu pun dapat meja yang kat luar.

Teh o ais, milo ais, barbican strawberry dan barbican nenas.

Chicken mandhi for papa n rayyans.

Mama tak rasa nak makan nasi. Amik chicken kebab jer tapi kenyang macam makan nasi gak.

Apa yang ditengok tu papa sampai terteleng kepala. Makan jer la nasi yang ada kat depan mata tu.

Saturday, January 17, 2015

Tree Steak House

Tree steak house again. So far tak jumpa lagi lamb chop kat tempat lain yang sesedap tree steak house.

Nak datang pun senang kat sg buloh jer. Parking pun banyak owner restoran sediakan.

Milo ais, apple juice, orange juice n milo ais. Kakak tilah tak join kami arini. Dia teman tunang gi training bola.

Lamb chop for papa n rayyans. Suka makan sini sebab dagingnya lembut, sos secukup rasa dan portion kambing banyak.

Mama punya gabungan lamb n steak with gabungan sos bbq dan blackpepper.

Pastu add on coleslaw. Maybe ni last makan kat sini before delivery.