Wednesday, February 19, 2014

Home Sweet Home

Sejak pindah dari puncak alam dah takde post pasal rumah. Huhuhu. Masa pindah ke kl dok sekejap kat apartment. Papa tak suka suasana kat situ. Too crowded dan bising. Persekitaran tu tak berapa sesuai dalam membesarkan anak2.

After 3 bulan, kami pindah lagi. Kali ni dok kat shah alam. Kenapa shah alam? Kenapa tak pindah balik puncak alam? Sebabnya dok shah alam lebih senang nak ke opis. Dari shah alam masuk kesas higway straight jer ke opis. Pastu site mama pun belah2 sana. Jadi lebih convenient dok shah alam. 

Rumah yang kami sewa ni rumah double storey. Bukaan rumah lebih besar banding dulu. Satu masalah plak sebab mula2 pindah rumah tu terasa kosong sangat sebab perabot rumah puncak alam semua mama hantar balik kampung.

Sekarang ni slowly memenuhkan rumah dengan perabot asas untuk kehidupan yang lebih selesa dan sempurna mengikut kemampuan yang ada. Rumah baru ni takde konsep apa2 pun cuma kali ni mama beralih ke perabot putih. Kata peminat english style. 

Display cabinet putih ni dah lama mama idamkan. Puas hati pinggan mangkuk roses mama ni dah dapat rumah baru. Penuh satu kabinet. Papa dah warning no more pinggan mangkuk roses. Almari dah tak muat. 

Meja makam masih belum mengikut konsep. Masih menggunakan meja makan yang lama. Kita tunggu rayyans patahkan kaki kerusi tu dulu baru pikir beli baru. Tak baik membazir.

Sofa ni plak adalah sofa pertama yang kami beli setelah 5 tahun kahwin. Sebelum ni dok pakai sofa turun temurun dari mak long. Sofa tu papa yang pilih. Kalau ikutkan mama nak cari sofa yang berbunga barulah kena dengan english style. Poyoss. Langsir pun dah 4 tahun tak berganti. 

Set katil terpaksa beli baru sebab yang lama dah roboh. Pastu tetiba menggila beli bedsheet ni ngan junior sekolah mama. Setakat ni baru beli dua set. 

Another set. Best tidur atas cadar ni. Sejuk. Pastu cadar tak gerak. Tak perlu nak tegang tegangkan cadar pas tidur. Ex opismate mama, mama jue n kengkawan lain pun terbeli gak cadar camni tapi different corak.

Inilah rupa my home sweet home buat masa sekarang. Doakan mama dimurahkan rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Ameen...

2 comments:

  1. cantik almari tu..cantik jugak bedsheet tu mmg trend skrg kan..N pun mcm nak try part xyah nak tegang2 kan cadar tu yg best kan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part tak payah tegang cadar tu la yg paling best. Saya tengah aim cadar macam kat hotel tu. Mana nak beli ekk?

      Delete