Friday, November 30, 2012

Pak Hailam Kopitiam

Lunch tadi gegurls merayap kat Tesco bulatan kayangan. Nak mencari tempat makan yang sedap punya pasal. Maklumlah, mommy damia baru lepas pantang. Jadi time ni la nak qada semua makanan yang tak boleh disentuh time berpantang. Pagi ni mama ada meeting kat rumah anak yatim al-munirah. Jadi mama janji ngan diorang untuk jumpa kat Pak Hailam Kopitiam.

Mas order set nasi dengan blackpepper chicken. Air pun minum air asam boi suam jer. Ni namanya menu orang lepas pantang.

Mama jue plak order chicken chop, wantan goreng dan air bandung cincau. Ni namanya menu orang lepas geram.
 
Ini mama punya. Wantan mee dan sup. Dah banyak kali mama try buat wantan mee sendiri kat rumah, tapi ayam tu tak sama rasanya dengan kat kedai. Kedai punya lagi sedap :(. Ni namanya menu orang lepas gian.

Papa punya kwayteow beef noodles kalau tak silap nama dia. Sedap gak plus portionnya banyak. Papa makan tak habis pun.

Thursday, November 29, 2012

Mini Kebun

Tanah seluas sekangkang kera jer, tapi ada hati gak nak bercucuk tanam. Ala..tanam yang renik-renik jer. Tak makan ruang sangat. Bunga yang mama beli dulu tu semua dah mati. Yang hidup dan beranak pinak dengan jayanya cuma pokok cili.

Kami ni jenis bukan makan makanan pedas. Cili tu plak jenis yang sentiasa berbuah. Jadi buah-buah tu dibiarkan kering dan jatuh dalam pasu. Sedar-sedar, dah tumbuh anak benih baru kat dalam pasu tu. Jadi papa transfer la anak benih tu ke pasu lain.

Tak sampai dua minggu, anak benih cili tu dah berbuah. Tunggu banyak sikit mama nak petik bagi kat kaki makan pedas. Siapa lagi kalau bukan mama jue.

Terselit antara anak pokok cili ni ada daun sup. Actually daun sup tu mama cuma letak akar balance dari masak sup kat dapur. Tak sangka plak boleh hidup. Mama semai gak akar daun bawang, tapi tak berjaya.

Ini plak benih kailan. Harap-harap hidupla sampai boleh petik buat makan. Sebelum ni pun pernah semai biji benih sayur-sayur lain, bercambah tapi lepas tu mati sebab serangan belalang.

Ni bunga ros yang mama beli kat Cameron aritu. Tak sangka plak ros ni boleh bertahan lama. Maybe sebab sekarang ni musim sejuk, asyik hujan jer. Suasana sejuk macam Cameron. Siap dah berputih banyak gila bunga baru yang keluar. 

Ni plak model bunga ros. Bila nampak mama pegang kamera mulalah sibuk suh amik gambar diorang. Tanpa disuruh-suruh Hadif letakkan tangan kat bahu Hazim. Konon mesra la tu dua beradik. 

Tayang gigi rongak. Oh...mama rindukan korang berdua.

Sekejap jer baiknya posing. Pastu masing-masing dok patahkan bunga mama. Memang nak kena niiiii...

Tuesday, November 27, 2012

Secret Recipe

Pas shopping kat econsave, tetiba rasa malas nak balik masak. Walhal anak-anak request nak makan mihun. Nak makan kat McD dan selalu sangat dah makan. So mama decide nak makan kat secret recipe. Rasanya dah lama gila tak makan kat secret recipe. SR kat Alam Jaya ni dah lama buka. Tapi baru hari ni tergerak hati nak mencuba.

Si kembar ni biasala bila makan kat luar. Mulalah masing-masing buat hal nak berlari sana sini. Main gula paket yang ada kat atas meja. Menjerit sekuat hati sampai semua mata memandang ke arah kami.

Bila dah jumpa kawan baru lagilah tak terkawal. Ada geng nak main. Entah apa yang diorang dok sembangkan ngan budak tu. Budak tu pun pakai baju kuning gak..memang satu geng la. 

Nak bergambar ngan anak memang tak dapeklah sekarang. Susah betul nak suh diorang dok diam-diam, senyum depan kamera cam kecik-kecik dulu. End up, pose muka mama sorang-sorang. 

Apa yang papa tenung tu lama-lama. Tak tau nak makan apa la tu. Papa ni memang macam ni. Kalau gi restoran western food, mesti mama yang decide untuk dia nak makan apa. 

For drinks we ordered atau paling tepat mama order ice honey lemonade untuk mama dan hot chocolate untuk papa. 

Grilled blackpepper chicken untuk papa. 

Ni muka happy ke muka redha jer binik pilihkan makanan. 

For Rayyans mama pilihkan set Kid's Fish N Chips. Chips tu bentuk alphabet. 

Untuk diri sendiri plak mama pilih Chicken Cordon Bleu. 


Side dishnya plak caesar's salad.

Banana split, order ni sebagai umpan Rayyans supaya dok diam-diam time makan. 

Tapi diamnya cuma time makan aiskrim. Bila aiskrim dah habis uncontrolled balik. 

Haippp...apa ni kacau mama makan. Si bolat ni tak puas hati tengok pinggan mama ada jagung. Nun kat bawah, sebelah mama Hazim tengah menikmati aiskrim.

Memang best bila sesekali dinner kat luar. Tapi yang tak sanggupnya nak melayan kerenah the two yang tak reti dok diam. Nak makan pun tak concentrate. 

Party Durian

Lepas lunch, masing-masing memang layan ngantuk jer kat ofis ni. Dalam suasana sunyi sepi tu Mr B bersuara:

Mr B :  Uols pandai makan durian tak? 
Mama Jue : Mestilah pandai. Kenapa? Bos nak beli durian ke?
Mr B : Dah beli. Ada dalam kereta kat bawah.
Mama Jue : Apsal tak bawa naik?
Mr B : Takut uols tak pandai makan. Nak kopek macam mana?
Mama Jue : Ada la cara dia.

Apalah jenis soalan Mr B ni tanya kami. Kami ni bab-bab makan semua pandai.

Bekerjasama menopek durian. Tools yang digunakan adalah pisau yang tercabut hulu, screwdriver dan tukul. Survival betul semata-mata nak makan durian. Mama jue la yang paling expert tang kopek kulit durian ni.

Wow, first time mama jumpa durian yang isinya semua kucing tidur. Kebiasaannya cuma jumpa 1 pangsa jer yang kucing tidur.

Muka happy dapat makan durian free. Tapi mama ni bukanlah obses sangat dengan durian. Setakat makan 2,3 ulas boleh la layan.

Licin dalam sekelip mata. Yang mommy mia tu lepas geram lepas pantang. Yang mama jue plak entah kenapa berkerut sampai camtu sekali. Tak puas makan kot.

Lunchy With Gegurls

Kami kat ofis ni memang masalah besar nak cari tempat makan untuk lunch. Dah naik bosan makan kat restoran area ofis ni. Paling tidak pun, setiap hari bungkus kat lori jer. Pun dah naik muak hari-hari bungkus makan kat ofis.

Pagi ni mama n papa breakfast kat satu restoran baru. Lupa plak apa nama restoran ni. Lokasinya kat area masjid TTDI Jaya. Sebelum ni tak pernah makan kat sini. Menu breakfast biasa-biasa jer...mihun goreng, mee goreng, maggi goreng, nasi lemak, nasi dagang...

Pastu mama terpandang kat banner bergantung menu untuk lunch. Ada macam-macam set lunch. Menunya menarik gak. Bila mama tanya cashier tu, betul ke ada set tu semua untuk lunch, dia cakap ada. So tengahari ni ajak la gegurl testing food kat sini.

Mama jue siap rambang mata order dua set lagi. Set ayam penyet dan sup tulang. Telur dadar tu memang dah disertakan dalam set lunch ni. Sup tulang tu memang sedap. Recommended.

Eld plak pilih set ayam padprik dan telur dadar. Pun sedap gak masakannya. Memang boleh repeat lagi la makan kat sini.

Mama n papa plak sehati sejiwa order set nasi ayam penyet. Harga satu set ni RM6. Memang berasa. Pastu yang mama paling suka sambal dia tak  pedas sangat dan sambal tu adalah dimasak.

Setel Masalah

Alhamdulillah..akhirnya setelah sekian lama terbantut aktiviti berblogging disebabkan kuota penuh, hari ni dapat sambung kembali. Thanks to Qaseyhoney coz share cara-cara untuk menyelesaikan masalah ni.

Pasni muntahlah nak marathon update cerita-cerita yang dah basi dari 2, 3 minggu lepas. Wish me luck.

Aktiviti Berblogging Tergendala

Hummm...dah lama nak update blog tapi tak berjaya sebab katanya kuota dah off limit. Camna nak buat tu? Baru nak aktif tapi ada halangan plak. Mama ada terbaca ramai gak blogger berdepan ngan masalah ni. Ada yang suggest untuk create new email account. Tapi mama masih tak berkesempatan nak create email baru. Terlalu sibuk dengan kerja. Oklah...nak try cari solutionnya camna...chow..

Saturday, November 24, 2012

Dinner With My Step Daughter

Tajuk mengundang maut sungguh. Hahahha...tapi kenyataan la kan. Tak ada apa yang nak disorokkan. Mama ada 6 orang anak tiri. 4 perempuan dan 2 lelaki. Yang sulung jadi ustazah, no 2 jadi akauntan, no 3 tengah study kat MMU, amik course electrical, no 4 baru habis study accounting kat multimedia college dan sekarang part time job kat kidzania, no 5 tengah study kat UMT dan no 6 tengah exam SPM dekat SBP Sabak Bernam.

Masa papa kat Dusun Eco Resort, yang sulung tu called cakap nak datang rumah malam ni. Nak jumpa adik-adik diorang. Si kembar tu la, sapa lagi. Si kembar pun kenmain happy bila mama cakap kakak nak datang. Siap demand nak pakai baju baru, pilih sendiri bajunya.

Sempena diorang nak datang, mama masakkan makaroni bakar dan red velvet cupcake. Pastu ada plak durian yang papa beli kat sana. Diorang tu semua hantu durian. Along yang request mama buatkan red velvet cup cake tu.

Kakak-kakak Rayyans terpaksa makan kat meja kecik jer sebab kerusi kat meja makan dah tak cukup. Gara-gara Rayyans suka main tolak-tolak kerusi, habis patah kaki kerusi tu semua.

Disebabkan dah lama tak membaking, so dah lupa resepi yang mama print tu, satu adunan cuma dapat 12 biji cupcake jer.  Sebelum ni mama buat untuk dua adunan, baru puas makan. Rayyans jer dah 2 ketul sorang. Nampak gaya mama kena repeat buat lagi sebab bahan-bahannya still ada balance lagi.

Satu Hari Tanpa Papa

Kami bertiga kena tinggal ngan papa hari ni. Papa ada pertandingan paintball anjuran company kat Dusun Eco Resort, Bentong. Kalau ikutkan papa kena pergi malam tadi lagi. Tapi papa tak sampai hati nak tinggalkan kami tidur kat rumah bertiga jer. So pagi ni, seawal 5 pagi papa dah gerak dari rumah sebab nak kejar program start pukul 8 pagi. Ni mama ada sertakan beberapa keping gambar papa tengah buat aktiviti.

Melalui jambatan gantung untuk ke tempat aktiviti. Amboi papa sengeh lebarnya. Mentang-mentanglah single mingle anak bini tak ikut.

Bersedia untuk melakukan aktiviti flying fox.

Papa and his officemates
 
Jejaka-jejakan macho sudah bersedia untuk berpaintball
 
Pahlawan gagah melangkah ke medan perang 

Akhirnya selepas 20 minit, pahlawan gugur jua

Love bite....hahahha...tu kesan tembakan sebenarnya. Walaupun peluru tipu-tipu jer tapi sakit jugakla..itu papa cakapla. Mama tak tau macam mana kesakitannya coz tak pernah main bendalah ni.

Seharian papa kat sana, petang baru habis aktiviti. On da way balik, papa singgah kat orang jual durian tepi jalan. Berlambak-lambak duriannya.

Satu bakul ni harga dia RM30 jer. Murahkan? Manalah papa tak gelap mata nak memborong durian ni. Siap boleh pilih-pilih durian tu.

Happy faces setelah berjaya memborong durian. Tapi bukan papa sorang beli semua ni. Papa and his friends kongsi-kongsi. Tak mampu kot nak makan durian sebanyak ni sorang-sorang. Lagipun mama ni bukan kaki durian sangat. Setakat makan 2,3 ulas tu bolehlah.

Selepas berjual beli, sumbat durian kat vontot kereta. Tu diaaa...penuh satu bonet. Ni bukan nak makan lagi dah tapi nak mengketedarah. Habis semerbak satu kereta.

Hujung minggu ni papa nak ke bentong lagi. Misi memburu durian. Siap buat deal dengan mama jue n uncle wadi nak join kitorang ke sana.