Saturday, November 17, 2012

McD Puncak Alam

The twin memang suka sangat bila mama papa asyik cuti jer minggu ni. Isnin keje, selasa cuti deepavali, rabu keje, khamis cuti awal muharram, jumaat keje then arini cuti balik. Best woo keje then cuti selang sehari. Kalaulah memang waktu bekerja camtu setiap minggu, kan best...

Diorang ni asal mama cuti jer, pas mandi mesti minta nak pakai seluar jeans. Sebabnya bila pakai jeans, sure nak keluar berjalan. Paling tidak pun diorang minta pergi Mimo' (pronounce it as McDonald).

Masuk jer McD, terus tuju tempat permainan. Tu la tujuan diorang pun datang sini. Bukannya sebab suka makan burger ke apa. Masa diorang kat dalam ni, ada sorang budak perempuan umur 2 tahun. Asyiklah dok mengekor si kembar. Bila Rayyans ketuk-ketuk cermin panggil mama, budak pompuan tu buat benda yang sama.

Then nenek budak pompuan tu datang kat tempat mama. Tanya kembar ni anak mama ke? Nenek tu cakap Rayyans bertuah. Buat mama rasa pelik. Mama tanya nenek tu balik, kenapa? Rupanya budak pompuan tu dijaga oleh ayah dan nenek. Emak budak pompuan tu tinggalkan dia masa umur 8 bulan, masih dalam buaian. Ikut kata nenek tu, sebab mak budak tu ikut lelaki lain. Ada orang ketiga. Tapi tu urusan antara mak n ayah budak tu la. Kita tak tahu apa masalah rumahtangga diorang. Cuma yang mama pelik macam mana mak dia boleh tinggalkan anak yang dia kandung. Sampai ke hari ni, mak dia tak pernah datang jenguk budak pompuan tu. Nak menitis air mata mama dengar kisah dia. No wonder dia macam nak main-main ngan mama. Maybe sebab dia dahagakan kasih sayang seorang emak.

Lets forget the sad story n see what we had for breakfast. Opkozla family breakfast box. Tu jer yang lalu nak telan pagi-pagi ni.

As usual, my feveret, the pancakes. Padahal boleh jer buat sendiri tapi masih nak buang duit kat McD ni. Mama tukang perabis pancake, papa tukang perabis burger.

Hadif plak tukang perabis hash brown.

Same goes to Hazim. Padahal dalam peti sejuk kat umah nun ada jer hash brown yang ready made. Tunggu celup dalam minyak jer. Tapi kalau kat rumah takde nak makan beria camni. Maybe feel lain kot makan kat umah n kat luar.

Lepas breakfast papa ajak shopping barang dapur kat Tesco Kuala Selangor. Kat sini memang ada pusat permainan, dan kami memang akan lalu depan dia untuk masuk ke Tesco. Dah satu hal sangkut dalam ni berjam-jam melayankan si Rayyans mencuba semua permainan. Buat rugi jer duit beli token coz diorang ni bukan pandai sangat nak main.

No comments:

Post a Comment