Thursday, November 15, 2012

McD Kuala Selangor

Anak bujang mama ni bila hari cuti, tengok mama tak gi kerja mulalah meragam ajak gi McD. Tak nak bawa, kesian plak tengok diorang. Yelah, 5 hari seminggu diorang dok terperap kat rumah pengasuh. Time mama cuti ni la diorang nak keluar jalan-jalan. So mama ikut kan jerla permintaan anak-anak kesayangan.

Sempena cuti awal Muharram ni, papa bawa jauh sikit, gi kat McD Kuala Selangor. Dah bosan asyik-asyik kat Puncak Alam jer. Yang si kembar ni tak kisah kat mana-mana pun, janji kat McD tu ada mainan. Gi McD bukan nak makan sangat, tapi nak main jer lebih.

Kami order set breakfast box tu. Actually mama pun suka gak breakfast kat McD. Mama suka makan pancake ngan madu tu. Pancake dia gebu. Kalau buat kat rumah sure tak segebu itu.

Western sungguh anak mama. Pagi-pagi breakfast makan hash brown. Mama dulu makan ubi kayu rebus jer. Hahahaha...Tapi tak dinafikanlah, diorang memang suka makan kentang, spagheti dan yang seangkatan. Kalau nasi tu memang kureng la.

Jangan plak ada yang komen tanya tak boikot ke McD pasal isu Palestin tu. Ia terpulang pada pendapat masing-masing. For me, anak-anak yang bekerja kat McD tu kebanyakkannya anak melayu. Apa jadi jika semua orang boikot McD..pasti diorang akan hilang kerja kan. 

One more thing, kalau nak boikot maksudnya kena boikot semua produk Israel, bukan setakat boikot McD jer. Kalau nak boikot semua produk, maksudnya mama kena stop bagi susu kat Rayyans sebab susu keluaran nestle tu produk Israel. Dan semua orang perlu stop minum nescaffe.

Ini pendapat ikhlas dari mama. Jangan ada yang terasa hati ke apa. Again, pasal isu ni terpulanglah kepada pendapat masing-masing.

2 comments:

  1. neeja, kalau nak pancake gebu, aku slalu guna tepung naik sendiri + sikit baking powder + 1 sudu lemon juice. sure gebu i tell you. lemon juice tuh buat pancake lembutttt giloshh!

    ReplyDelete
  2. ooooo..ada rahsia rupanya. leh la aku try wat sendiri. slalunya pancake aku buat mesti meleper jer

    ReplyDelete