Thursday, August 16, 2012

Macam - Macam Ada

Tahun ni banyak betul sampul raya yang mama dapat free. Kalau last year mama kena beli sampul raya, tapi tahun ni pakai yang free jer. Tapi design macam-macam ada la. Dah kata free. Tiap kali shopping dapat sampul raya.

Dapat sampul carrefour, tesco, econsave dan cimb. Majoriti sampul dari shopping complex (apakah daku kuat shopping?). Nasib la sesapa dapat sampul yang mana satu. 

Pagi tadi bangun sahur pukul 4 pagi terus tak tidur. Kebetulan Hazim & Hadif pun bangun sekali then takmo tidur dah. Alang-alang ada masa tu, mama isi la sampul-sampul ni. Ok...sapa nak duit raya sila rapatkan saf.

No comments:

Post a Comment