Monday, August 20, 2012

2 Syawal

Hari kedua berhari raya kami adakan jamuan harijadi untuk Rayyans dan sepupunya, Kak Uwin. Orang lain dok sibuk beraya, kitorang dok sibuk buat birthday party. Mama terpaksa buat jamuan ni hari raya kedua sebab tiada masa lain yang lebih sesuai. Esok, raya ketiga ada kenduri kahwin makcik mama. Pastu raya keempat cik la dah nak balik pahang, umah mentua. Jadi hari yang paling strategik adalah hari ni.

Pagi-pagi lagi tok ayah, cik nik dan uncle is dah keluar ke pasar. Depa ditugaskan untuk membeli barang-barang basah untuk masak mee dan mihun goreng.

Masak yang simple jer. Tapi tak sangka, raya-raya ni laku jugak makanan macam ni. Masing-masing dah jemu kot asyik makan biskut raya jer.

Side dishnya plak ada nugget ayam, nugget daging, sosej dan keropok. Memang menyelerakan walaupun hanya makan mee dan mihun goreng jer.

Ketupat palas yang ditempah. Tahun ni harga ketupat palas ni RM60 untuk 100 biji. Tu yang biasa jer. Kalau ketupat yang letak jagung ke, serunding ke lagi la mahal kot.

Tapai pulut yang dibuat special oleh nenek

Makanan semua telah tersedia di atas meja. Cuma tunggu tetamu datang jer. Bukan ramai pun tetamu yang dijemput, cuma jiran-jiran keliling rumah jer. After zohor barulah majlis dimulakan.

Birthday cakes untuk birthday girl n boys. Kek pun dah macam kek kahwin jer. Maklumlah kat kampung ni bukan banyak kedai kek pun. Yang femes cam secret recipe tu takdepun. 

Kek ni pakda yang tempah sehari sebelum raya. Tapi yang bestnya, pakda lupa minta lilin kat kedai tu. Sian anak-anak mama tak dapat nak tiup lilin. 

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh tok abah, memohon keredhaan dan rahmat dari Allah. Semoga keluarga kami diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Birthday girl n boys. Pisau plak ada dua jer. Berebukla si kembar ku pisau tu. Sian birthday girl tak dapat pisau nak potong kek.

Ok..sila berdiri kat depan kek masing-masing. Jangan nak hover conquer dua-dua kek untuk kamu jer yer...

Cake cutting ceremony. Mama terpaksa mencelah sebab Rayyans dah menunjukkan gaya untuk menjahanamkan kek tu.

Foto sessions with kids. Mak budak yang terlebih excited. Kami sekeluarga sedondon hijau untuk raya kedua ni. Tapi sayangnya takde gambar satu family.

Pastu barulah acara makan-makan plak.

Inilah artis-artis undangan bagi memeriahkan majlis kami hari ni. Ni jiran kami kat sebelah kanan rumah mek.

Ni plak jiran kat sebelah kiri umah mek.

Yang kat meja makan nun jiran depan rumah

Nenek with tok ma (isteri tok abah) - jiran belah kanan

Tok ayah with Ayah da (jiran belah kiri)

Nenek dikelilingi oleh cucu-cucu

Rayyans so excited dapat hadiah kereta daripada cik la

Hadiah kuda daripada cik nik. Mak-mak dara pakai baju tema polkadot.

Alhamdulillah, sambutan hari lahir anak-anak mama berjalan dengan lancar dan meriah dalam kesederhanaan. Syukur impian mama nak buat birthday party untuk Rayyans tercapai.

No comments:

Post a Comment