Selamat hari raya mama ucapkan untuk semua umat Islam diseluruh dunia. Tahun ni untuk kesekian kalinya mama menyambut syawal di kampung tercinta bersama ayahbonda dan adik beradik mama. Alhamdulillah, tahun ni kami semua menyambut 1 syawal di kelantan. Cuma mak long jer yang tak dapat bersama kami pada 1 syawal sebab kena bertugas.
Rutin pertama mama adalah menyiapkan juadah pagi raya untuk tetamu yang bertandang. Malam tadi selepas berbuka mama dah berhempas pulas masak semua juadah dengan bantuan mek dan adik beradik semua. Menu pagi raya adalah nasi impit, ketupat palas, sambal kelapa, kuah lontong, rendang ayam dan sambal ikan bilis petai.
Pastu isi bekas kuih dengan kuih muih dan kerepek. Tahun ni semuanya dibeli. Takde satupun kuih yang dibuat sendiri. Masing-masing balik kampung bawak sorang sikit kuih raya, bila dikumpulkan banyak la plak.
Bila semuanya dah tersiap bersusun atas meja, barulah mama mandi sunat aidilfitri. Sementara mama sibuk dengan berkemas, papa plak menyiapkan Rayyans. Then lepas tu semua orang gi semayang raya. Tinggallah kami yang ada anak-anak kecik kat rumah.
After diorang balik dair solat raya, barulah acara bermaaf-maafan dan kumpul duit raya untuk si kecil semua. Tahun ni kami sekeluarga sedondon merah. Meriah gitu.
Tahun ni jugak Rayyans dan kenal erti duit raya. Kalau sebelum ni bila orang bagi angpow diorang takmo amik. Takpun diorang bagi jer kat mama. Tapi tahun ni masing-masing masuk poket baju sendiri.
Habis sesi bermaafan, kami ke sesi fotografi plak. Tapi frustnya tahun ni takde gambar kami sekeluarga yang cantik. Susah nak kumpulkan Rayyans untuk bergambar. Sorang ke hulu..sorang ke hilir. Macam-macam peel.
Tengah syok bergambar, tetiba ada tetamu yang datang. Kebiasaannya, selepas sesi bermaafan, kami sekeluarga akan keluar beraya ke rumah atuk nenek. Tapi tahun ni cepat plak tetamu datang. Terpaksalah kami ke rumah atuk nenek lambat skit.
Tetamu yang datang beraya tu adalah jiran depan rumah kami. Dekat bebenor...tu yang diorang datang awal tu sementara kami ada kat rumah. Karang kalau kami dah keluar beraya, jawabnya petang baru kami ada kat rumah.
Wahida ni anak jiran depan rumah tu. Mama dan wahida ni kawan baik sejak kecil. Kami sebaya. Dari sekolah rendah hingga menengah rendah kami ke sekolah bersama-sama. Tapi bila dah tuo-tuo ni susah dah nak jumpa.
Time raya jer la baru jumpa. Wahida sekarang dah menetap kat perlis, suaminya orang perlis. Wahida dah ada 3 anak dah pun sekarang ni. Tapi nak bergambar bersama-sama dengan anak-anak masing-masing adalah sangat mencabar minda.
Lepas tetamu pulang, barulah kami keluar beraya ke rumah nenek sebelah mek. Yang ada cuma nenek sorang jer...atuk dah lama meninggal. Nenek pun sekarang mendalami ilmu agama kat sekolah pondok. After solat raya baru nenek balik ke rumah pusaka ni.
Then kami ke rumah pakcu, adik mek. Umah pakcu bersebelahan jer ngan umah nenek. Tapi kami tak boleh stay lelama. Sebab banyak lagi rumah yang kami wajib beraya.
Next rumah adalah nenek sebelah ayah plak. Actually ni rumah mak tiri ayah. Mak betul ayah nun kat rawang jer. Atuk belah ayah pun dah lama meninggal. Tapi hubungan kekeluargaan kami kuat. Walaupun cuma nenek tiri, dah jadi macam nenek betul dah.
Pastu kami ke rumah makngah (adik mek) plak. Kebetulan ayah ngah tak berapa sihat, dapatlah kami melawat ayah ngah sekali. Sebelum puasa, doktor detect ayah ngah ada penyakit jantung. Semoga kesihatan ayah ngah pulih seperti sedia kala.
Lepas beraya kat rumah mak ngah, kami ke rumah mertua pak da n mak long plak. Tapi kat sana tak dapat nak bergambar. Mama segan nak wat keluar kamera. Habis beraya sana sini barulah kami balik rumah. Barulah dapat beraya dengan jiran keliling rumah. Setiap tahun, itulah rutin kami beraya.