Wednesday, July 11, 2012

Simply Reca

Wiken depan dah nak puasa. Orang lain seme dah praktis untuk puasa. Mama lak terbalik...makin dekat bulan puasa makin kuat melantak cam anak gajah. Hari ni menggatal lunch date ngan papa kat Simply Reca yang terletak dalam Space U8.

Semuanya gara-gara terpengaruh dengan kata-kata mama jue yang food kat sini sedap (alasan semata). Mama jue dah try makanan kat Simply Reca dan recommended katanya. So haruslah mama mencuba juga.

Restoran ni terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian biasa dan satu bahagian ada VIP seat. Of courselah kami dok kat VIP seat, berangan jadi VIP kejap. Kerusinya memang empuk gila..pastu meja plak kaler purple. Then hiasan atas mejanya simple jer. Simple but nice....

Menunya pun simple jugak. Cuma sehelai kertas saiz A3 jer. Satu page untuk food dan sebelah page lagi untuk drinks.

Kat sini ada macam-macam jenis drinks dia sampai tak tau nak pilih apa. Nama drinks pun ala-ala vogue gitu. Terbelit lidah nak menyebutnya.

Servisnya agak cepat..maybe sebab orang tak ramai. Rasanya kalau datang lunch hari jumaat sure orang ramai. Untuk drinks disebabkan hari ni mama pakai baju pink, so mama order Pink Lady Berries yang berharga RM 10.80. Papa plak order orange juice yang berharga RM 6.80.

Meh kita intai menu apa kami makan hari ni. 1st menu adalah seafood salad yang berharga RM 12.80. Portionnya memang banyak. Isi seafoodnya pun boleh tahan banyak. Bukan setakat daun salad semata-mata.

Mama order chicken and chip yang berharga RM 17.80. Chickennya sampai 3 ketul diorang bagi dan coleslaw serta friesnye pun menimbun. Memang mengenyangkan. 

Cuma satu yang kurengg...takde lime mayonnaise sos macam kat B'yyu Patisserie tu. Diorang cuma bagi sos cili jer. Sudahnya mama curi blackpepper sos papa punya.

Papa plak order AD Lamb Steak yang berharga RM 22.80. Walaupun cuma seketul dagingnya, tapi daging tu amatlah tebal. Penuh dengan isi...Set lamb steak ni ada whipped potato, coleslaw dan sayuran celur tu.

Kenmain lebar lagi tuan tanah sengeh. Almaklumlah, dapat makan makanan feveret mestilah happy. Next time boleh makan lagi kat sini. Harga takdelah mahal tahap gaban pastu portion setiap makanannya amatlah membukit.

No comments:

Post a Comment