Monday, July 30, 2012

Iftar Day 10

Baru 10 hari puasa, tapi dah kering idea nak cari juadah berbuka kat mana. Kalau ikut mama, restoran merah jer yang dicari. Tapi papa plak rajin nak ke pasar ramadhan. Hari ni kami ke pasar ramadhan, berdepan dengan dewan MBSA, TTDI jaya. Gerai-gerai kat situ tak sebanyak kat Saujana Utama. Tapi lauk-pauk banyak pilihan jugak la.

Ayam percik, RM3. Dah kata percik menu wajib, so haruslah mencari lauk ni dulu.

Ikan kerapu sweet sour, RM4

Ayam padprik, RM3

Daging masak merah, RM3

Nasi kerabu kosong, 2 bungkus, RM5

Tepung bungkus, 6 ketul, RM3

Cucur, RM4

Buah melaka, 12 biji, RM2

Pulut sekaya, 3 ketul, RM2

Kek coklat, RM3.50

Air kelapa, RM2

Nasi goreng pemberian pengasuh Rayyans

Tu diaa..penuh meja. Ni pun satu menu tak masuk, iaitu nasi briyani ayam kampung yang dah selamat masuk ke dalam perut Rayyans. Nasi briyani ayam kampung tu harganya RM10 satu set. Jadi total pembelian kami hari ni adalah RM44.50. Haaaa...confirm kami tak boleh gi pasar ramadhan. kalau gi pasar ramadhan perbelanjaan mesti melebihi RM40.

No comments:

Post a Comment