Hari ni gegurls kat opis berbuka sesama tanpa lakik masing-masing. Entah macam mana la keadaan papa berbuka dengan si kembar. Petang ni kami berbuka kat Space U8. Majlis berbuka hari ni disponsor oleh kontraktor kami, En Rahman.
Mama tak balik rumah, dari opis terus ke Space U8 bersama Mas dan Mama Jue. Kami gerak dari opis pukul 6 petang. Kami gerak sedikit awal sebab kami nak booking table yang dekat dengan makanan. Hahaha..
Space U8 menganjurkan iftar ramadhan dengan harga yang berpatutan, RM48 nett per pax. Kalau nak dibandingkan dengan hotel, harganya memang jauh lebih murah. Kat sini katanya ada disediakan 280 jenis hidangan setiap minggu.
Bufet ramadhan ni adalah usahasama Space U8 dan majlis agama islam selangor. Decorationnya bertemakan arabic. Memang cantik dan selesa walaupun open space.
Hajat hati nak makan bersila kat atas ni, tapi risau plak nampak perut berlipat after berbuka nanti. Pastu sure susah nak bangun top up makanan. So baik lupakan jer hasrat hati tu.
Kami antara orang yang terawal sampai, so tak lepaskan peluang untuk bergambar di sekitar area berbuka puasa ni. Walaupun bukan hotel, decorationnya dah macam kat dalam hotel.
Tersenyum lebar..maklumlah hari ni ada orang belanja berbuka puasa. Alhamdulillah, murah rezeki di bulan ramadhan ni. Semoga orang yang murah hati tu pun makin murah rezekinya.
Mak buyong yang tengah menghitung hari pun tak lepas peluang nak bergambar. Selain dari aktiviti berbuka puasa, ada juga solat terawikh berjemaah dan persembahan nasyid. Berbaloi-baloi la bayar RM48.
Di hadapan pintu masuk ke ruangan berbuka. Tinggi pintu gerbang dia. Kat depan tempat berbuka ni ada bazar yang jual baju raya. Rambang mata juga dibuatnya. Nasiblah badan mama ni kembang, susah nak cari saiz yang sesuai.
Menu special kat sini adalah kambing panggang. Memandangkan orang tak ramai, dapatlah mama pose ngan kambing ni sebelum kambing ni menjadi mangsa kerakusan nafsu kami semasa berbuka nanti.
Macam-macam juadah ada. Nasi putih, nasi goreng, kwayteow goreng, ayam goreng, gulai lemak ikan, sambal udang, ikan masak lemon, pelbagai kerabu...macam-macam adaaaaaaaaaa....
Kambing panggang dengan sos lada hitam, satay ayam dan daging. semuanya sedap. Cuma perut jer tak mampu nak makan banyak-banyak lepas tala air 3,4 gelas.
Pelbagai jenis kuih-muih
Pisang goreng, cempedak goreng, vadai
Sup tulang
Salad dan kambing panggang
ABC
Ikan bakar disebalik daun pisang. Ada ikan keli, cencaru, talapia..
Tu diaaa..makanan penuh meja. Air sampai 3 jenis, teh tarik, orange n sarsi. Seronok juga sekali sekala makan dengan gegurls jer...hehehe..pastu papa terseksa sesorang makan dengan si kembar.
Hari ni juga mama telah berjaya menukar duit baru untuk dijadikan duit raya buat anak-anak buah...