Bila dah redup baru kami keluar ke pool. Telinga dah tak nak dengar rayyans dok berlagu. So called semua kakak2 turun kat pool.
Relax skit bercuti kali ni. Sebab ada ramai baby sitter yang boleh memantau rayyans kat dalam kolam. Kalau tak jangan haraplah papa boleh berlunjur kaki camni.
Budak yang mengada2 ni kena buli dengan kakak. Pool resort ni luas gak. Pastu air kat kids pool takdelah cetek sangat. Kat paras dada rayyans. Jadi tak boleh nak biar diorang main sendiri2.
Paling best, cuma kitorang jer yang conquer pool. Entah mana pengunjung lain. Mama tengok bilik semua macam full. Mesti orang lain tak hadap sangat ngan pool. Gi shopping kat pasar payang lagi best.
Tengoklah masing2 melekat jer dengan kakak. Mama ngan papa diorang dah tak heran dah bila ada kakak. Time ni la baru mama papa boleh berdetim.
Sunbathing... dah penat la tu asyik keluar masuk terjun kolam.
Actually mama dah aturkan surprised untuk papa sempena hari bapa. Dan surprised untuk along, angah dan tilah sempena birthday diorang hujung bulan ni.
Masa kat kl lagi mama dah deal dengan kawan mama yang menetap kat kuala terengganu. Kawan mama ni ada bisnes kek. Tengah diorang syok mandi, kawan mama datang delivery kat tepi pool.
Semua orang terkejut. Langsung tak menjangkakan plan mama. Even papa sendiri pun tak tau. Kebetulan masa trip ni birthday anak sulung, kedua dan keempat. Tarikh lahir diorang beza 3, 4 hari jer.
At the same time, celebrate father's day buat insan paling bermakna dalam hidup kami. Tahun ni memorable sangat buat papa sebab 7 daripada 8 orang anak papa ada di sisi menyambut hari bapa.
Thank you papa for being such a wonderful father and husband. Semoga papa sentiasa gembira dan dimurahkan rezeki. Semoga papa menjadi the best father in the world.
No comments:
Post a Comment