Last pitstop, kami singgah di warung satar yang paling popular di Kemaman iaitu Warung Aziz Satar. Warung ni takde kena mengena dengan pelakon aziz satar tu.
Warung Aziz Satar terletak di Kg Geliga, Kuala Kemaman. Kat sini banyak lagi gerai2 yang menjual satar tapi ramai yang review satar kat sini yang paling sedap.
Selain satar, ada lagi makanan lain macam nasi campur, masakan panas dan pelbagai jenis keropok. Fokus utama kami nak makan satar. Jadi food lain kami tak jeling.
Nampak tak berpinggan-pinggan satar kami beli. Sini pakai sistem layan diri. Kena order, tunggu dan amik sendiri kat kaunter pembakaran satar.
Seriously, memang terbukti sedap satarnya. Cukup lengkap rasa manis, masin, pedas. Yang penting isi ikan, bukan campur kelapa or whatsoever. Isi ikan tu pun fresh. Mama pernah terkena makan satar lidah gatal2 sebab ikan tak fresh.
Selain satar, ada jugak otak-otak dan pais. Otak2 tu ok la tapi pais tak kena dengan tekak mama. Rasa sambal tu macam tak masak.
Bagi kakak2 rayyans, ini kali pertama diorang makan satar. So far, takdelah janggal rasanya. Diorang pun suka makan satar ni. Siap tapau lagi bawak balik kl.
Alhamdulillah, lepas mengidam nak makan satar sedap. Lepas ni andaikata balik kampung bolehlah buat2 tersesat ke kemaman, syurga makanan.
No comments:
Post a Comment