Monday, June 23, 2014

Terengganu : Pasar Payang

Last day kami kat kuala terengganu. Selepas breakfast, kami terus check out. Ada beberapa tempat lagi yang kami nak singgah.

Si kembar kalau kemana-mana tak lepas dari mainan. Zirafah ni beli kat gerai tepi kedai binatang celop tepung petang semalam.

Sebelum bertolak balik, kami ke pasar payang dulu. Tak lengkap kunjungan ke terengganu kalau tak ke pasar payang.

On da way ke pasar payang, singgah kat waterfront dulu. 


Cantik betul tempat ni sekarang. Sepanjang sungai ada pokok2 berlampu icity. Kalau malam meriah sangat.

Kat pasar payang sekali lagi kami isi perut. Saja la nak cari makanan selain dari mihun goreng dan nasi lemak.

Old time favourite, nasi air. Terimbas kembali kenangan di zaman persekolahan. Wajib makan nasi air ketika outing.

Pastu pusing2 pasar payang usha kain pasang nak wat baju raya. Meleleh air lioq tengok kain sutera shantik2. 

Tapi mengenangkan harga yang mahal, idokla teman nak beli. Plus dah tau mesti jarang pakai baju sutera sebab malas nak iron.

Then, kami ke area makanan. Haruslah tapau kuih2 tradisi sebagai bekal sepanjang perjalanan jauh balik ke puncak alam.

No comments:

Post a Comment