Bila sampai kat chukai, kemaman kami singgah kat kedai kopi hai peng. Kedai kopi ni agak femes kat kemaman. Lokasinya kat jalan sulaimani.
Bangunan kedai kopi hai peng betul2 kat tepi jalan. Parking kereta kena jauh skut, seberang jalan. Parking berbayar ye kat sini.
Hai peng kopitiam...teringin nak cuba sebab baca review ramai yang cakap sedap kopinya. Adakah sesedap seperti yang digembar gemburkan tu.
Selain kopi hai peng, ada gak menu lain. Macam2 air ada, tak terhad kepada kopi semata.
Pilihan makanan pun banyak juga.
Walaupun orang ramai, servis agak pantas. Kami tak dapat seat kat dalam kedai. Seat kami kat tepi kedai yang dah diextend bumbungnya.
Kaya bun, wajib order jika makan kat kopitiam.
Pelbagai perisa ice blended.
Papa jer yang minum kopi. Mama memang sejak azali tak minum kopi. Tekak tak boleh terima rasa pahit.
Nak lebih sedap kopi tu kenalah minum cara klasik. Tuang semua air kopi dalam piring. Volume piring ni didesign sama dengan cawannya.
Then hirup air kopi dari piring. Amacam.. ada bran minum style orang lama-lama?
No comments:
Post a Comment