Selepas kepenatan jalan2 kat taman tamadun islam dan berriver cruise, tibalah masa untuk jalan2 cari makan pula.
Lokasi pertama adalah ikan celop tepung di pantai wakaf tengah, mengabang telipot. Masa nak gi sana lalu depan sekolah mama, mrsm kuala terengganu. Nostalgia tempat ni.
ICT kat sini kira hotstuff. Kena berebut uols. Anak beranak beratur dengan pinggan kosong dan penyepit kat tangan.
Kalau lemah lembut sopan santun jer alamak mengadap dulang kosong jer la. Customer ramai, tak sempat diorang nak menggoreng.
Beginilah keadaan kat dalam gerai ni. Sempoi jer gerainya. Tapi customer berduyun duyun tak putus.
Meja kerusi memang fullhouse la. Terpaksa la kami tapau jer.
Binatang laut celop tepung. Fuhh.. sedap makan panas2. Tepung tu rangup. Si kembar dok kutip makan tu jer.
Tambah menyedapkan binatang celop tepung adalah sos buatan sendiri tu.
Gerai ni betul2 depan pantai. Wakaf inilah port kami menikmati binatang celop tepung.
No comments:
Post a Comment