Semalam masa mama amik Rayyans kat umah pengasuh, muka diorang terkejut. Maybe diorang tak jangka mama dah balik. Tahun ni, ni la pertama kali mama tinggalkan diorang. Selalunya site visit paling jauh pun kat johor, dan boleh balik hari. Sepanjang mama kat Kuantan, setiap malam papa akan called mama untuk cakap ngan Rayyans. Nasib baik sepanjang mama outstation diorang behave.
Plan mama hari ni nak berehat secukupnya. Peha ni masih rasa sakit lagi bila berjalan. Tapi anak-anak bila tengok mama papa cuti, mula la mengajak ke McD. Tak sampai hati mama nak hampakan permintaan anak-anak kesayangan. Dah la mama tinggalkan diorang selama 3 hari. Kami breakfast kat McD Puncak Alam jer pun.
Actually mama dah naik bosan sebenarnya every wiken dok makan burger, lempeng jer. Hajat hati nak makan nasi kerabu ke, nasi dagang ke....tapi anak tekak mat saleh. Nak makan kentang goreng jer..
Sebenarnya ada dua sebab kenapa Rayyans suka sangat gi McD. Sebab pertama of course la nak main gelongsor yang ada kat dalam McD tu. Sebab yang kedua plak diorang boleh poww kami mainan. Nampak tak jam kat tangan tu. Sib baiklah harga 3 hengget jer satu. Dua dah jadi 6 hengget.
Tapi, untukmu wahai anak, mama sanggup lakukan apa sahaja asalkan korang berdua gembira. Tiada apa yang membahagiakan hati mama selain melihat korang berdua gembira.
No comments:
Post a Comment