Semalam badan mama dah mula rasa tak sedap, rasa macam nak demam. Malam tadi lepas isyak mama terus kong. After makan ubat terus tertidur tak sedar apa. Kepala rasa macam berat jer. Mama suspect mama mengandung kot...*tetiba*
Pagi ni plak mama dah plan dengan mama jue dan cikla nak ke bentong untuk mencari durian. Nak kensel plan, apa plak mama jue cakap nanti. So gagahkan juga bangun pagi-pagi, call kejut mama jue then goreng ayam untuk bekal kami nanti.
On da way ke Bentong tu, badan Hadif plak tetiba panas. Ini tak lain, mesti nak demam juga. Hadif bila demam ni lain macam sikit. Mulut dia akan sentiasa merengek. So sepanjang perjalanan mama kena riba Hadif. Tukar Hazim plak jadi co-pilot papa hari ni.
Pukul 11 pagi kami sampai ke tempat yang dituju, lubuk durian. Peminat tegar durian iaitu papa dan mama jue mula la tak tentu arah bila nampak durian berlonggok sana sini.
Kat sini ada disediakan kerusi meja untuk sesapa yang tak menyabar nak makan durian. Sempatlah diorang makan 3,4 biji durian. Mama jue satu keluarga memang peminta durian. Si kecik mawar pun kenmain lagi makan. Berbeza dengan Rayyans.
Mama pun tak berani nak makan banyak-banyak. Mama cuma makan seulas jer. Risau kepala makin pening dan demam melarat plak. Ye la, durian kan ke panas.
Inilah dia ratu durian. Ikut kata mama jue harga durian kat sini memang jauh lebih murah banding harga kat shah alam. Mama kurang pasti bab-bab harga ni sebab jarang-jarang pun beli durian ni. Lainlah mama jue, memang peminat tegar.
Memang berbaloi la datang jauh-jauh. Aktiviti memborong satu bakul durian. Ini mama jue punya jer tau. 50kg dengan harga RM150 kalau tak silap mama. Don't ask me apa nama durian ni. Kurang pasti lak musang king ke....d24 ker...
Si Rayyans plak masa orang lain sibuk makan durian, diorang sibuk buat hal sendiri. Dom main timbang-timbang rambutan ni. Diorang ni kalau buah-buahan tempatan ni tak makan. Tapi kalau oren, epal, anggur tu memang feveret la.
Mama takde pun nak memilih-milih durian ni sangat sebab kepala rasa pusing jer. Mama lebih banyak duduk jer. Badan tak sihat ni bila gi jalan-jalan tak feel sangat.
Tak cukup dengan tu, si Hadif plak buat hal. Dok mengekor papa memilih durian, tetiba terjatuh atas durian. Habis calar balar kaki tangan. Papa plak tak habis-habis memilih. Mama jue dah siap bayar pun dia tak boleh decide lagi nak beli yang mana. Hangin jugakla mama...dah la kepala pening. Nak melayan kerenah si kembar lagi. Papa plak 'lembs' gila memilih. Adushhh...tensen gila.
Bila mama dok ulang-ulang tanya dah pilih ke belum, barulah papa memilih dengan lebih serius. Kalau tak, entah berapa jam lagi nak dok kat sini. Agaknya nak berumah sini kot.
Selepas urusan jual beli durian, kami patah balik untuk naik ke Bukit Tinggi. Mama dah banyak kali datang sini. Masa Rayyans umur 3 bulan kami dah pernah bawa diorang datang sini. Cuma mama jue dan cikla jer yang tak pernah sampai lagi ke sini.
Perjalanan kali ni banyak betul dugaannya. Selain dari hadif jatuh atas durian, mama dan hadif demam, viva pun demam jugak. Pagi tadi sebelum bertolak, tetiba pintu kereta viva sebelah driver tak boleh dibuka dari dalam. Papa kena turunkan cermin, buka pintu dari luar, barulah boleh keluar dari kereta.
No comments:
Post a Comment