Pagi ni bawa anak-anak breakfast kat Deli Cafe Kota Damansara plak. Actually ni port mama breakfast ngan papa sebelum ada anak. Dulu kan papa menyewa kat Kota Damansara sebelum pindah ke Puncak Alam. Tapi sejak beranakkan Rayyans memang tak pernah datang lagi dah. Selepas anak nak masuk umur 4 tahun baru jejak kasih ngan kedai ni balik. Nasib baik kedainya masih wujud.
Kedai ni asalnya cumalah sebuah bakery. Pastu diorang sediakan meja untuk pelanggan yang nak makan kek kat sini. Lama kelamaan, dah jadi macam restoran. Selain roti dan kek, diorang dah pelbagai menu yang berasaskan mee dan western food. Yang takde cuma nasi campur jer lagi.
Anak mama ni bila datang ke tempat yang tak pernah datang, mulalah mulut becok bertanya itu ini. Kat dalam kedai ni ada mesin pemotong roti (dah kata kedai roti sure la ada benda tu kan). Diorang ni kenmain lagi jakun tengok mesin tu potong roti jadi nipis-nipis.
Mula-mula sampai order roti bakar jer dulu 4 set. Test market kononnya. Mama memang suka makan roti bakar kat sini. Sedap. Kat tempat lain xleh lawan kesedapannya.
Hadif sorang jer dah makan dua set. Hmmm...manalah nak cukup 4 set ngan perut kami ni. Mula tu ingatkan Rayyans taknak makan. Alih-alih diorang yang laju makan.
Pastu papa order plak roti dangdut ni 2 set. Yang ni mama n papa jer yang makan. Tuang kicap sikit atas tu, pastu tabur pepper..perghhh...memang nikmat tak terkata.
Disebabkan lama tak makan kat sini, perut tetiba jadi tamak. Lepas makan roti pun rasa lapar lagi. Papa order plak mihun goreng sebab mama sound suruh makan kenyang-kenyang. Tengahari ni mama malas masak. Hahahaha...
Mama pun sama, kebulur tahap gaban. Gi order chicken wantan mee plak. Ni balik rumah nanti memang terbuntang sampai petang la ni. Qada makan sebab dah 4 tahun tak datang sini.
No comments:
Post a Comment