Esok Selangor cuti sempena ulangtahun ke 4 perkahwinan kami. Hahaha...untung annivesary kebetulan dengan birthday sultan ni. Dapat cuti free. Sepanjang 4 tahun ni, dengan kehadiran 2 orang anak dah macam-macam dugaan alam perkahwinan kami tempuh. Tipulah kalau mama cakap kami tak pernah bergaduh. Adat la kan dalam alam rumahtangga ni. Cumanya setiap pergaduhan tu diselesaikan dengan sediplomatik mungkin.
Setakat ni belum ada apa-apa perancangan nak celebrate annivesary. Cuma papa dah bagi advance gift kat mana. Tahun ni takde romantik-romantik bagi bunga lagi dah. Mama dapat periuk steamboat ni ha. Okla tu dari takde, ye dop. Papa hadiahkan periuk steamboat ni dengan harapan mama akan bertambah rajin untuk memasak.
Bila suami dah bagi tu, kenalah manfaatkan. Takkan nak dibiarkan berkepam kat dalam kotak jer. Bila mama dah setting nak masak, anak-anak pun mulalah menyibuk sama. Karang ada yang melecur kaki tangan ni.
Mula-mula, mama sediakan sup lobak putih. Cepat gak panas periuk steamboat ni. Then biarkan jer sup tu mendidih dengan api perlahan.
Sambil tu, mama sediakan bahan-bahan untuk steamboat. Bahan berasakan sayur jer yang banyak. Yang berasaskan binatang cuma ayam dan sosej tu jer. Ini namanya nak menghabiskan stok makanan kat dalam peti sejuk.
Seronok si Rayyans ni makan stemboat. Diorang cuma makan maggi berkuahkan sup tu jer. Tapi tu pun bertambah makan. Actually mama tengah mood swing ni sebab sepanjang minggu ni kena outstation. Terpaksa tinggalkan anak-anak dengan papa. Harap papa takde masalah sepanjang mama outstation nanti.
No comments:
Post a Comment