After shopping durian, kami terus menghala naik ke Bukit Tinggi. Dalam hati dok berangan membayangkan piknik di pokok-pokok menghijau sambil makan mihun goreng yang mama jue bawak.
Tetapi angan-angan terganggu sebentar. Memang betul la perjalanan kali ni banyak dugaan. On da way naik tu, kereta mama jue sangkut. Terpaksa berhenti sekejap sejukkan enjin. Masa ni memang risau takut kereta mama jue langsung tak boleh jalan. Nak kena cari towing car bukan murah-murah kat area sini.
Perut masing-masing kelaparan toksah cakap la. Pagi tadi breakfast ala kadar jer. Excited nak berjalan punya pasal. Nasib baik mama ada bawa bekal nugget. Berketul-ketul jugalah Rayyans makan sementara tunggu kereta mama jue cool dulu.
Setelah melalui berbagai halangan dan rintangan, akhirnya kami sampai juga ke bukit tinggi, colmar tropicale. Entrance fee dah naik yer. Dulu mama gi sana 10 hengget jer. Now dah 12 hengget. Rayyans berdua masih FOC. Untung di situ.
Kali ni parking jauh sedikit, kat chateau hotel. Nak kena menapak dari parking lot ke colmar. Port nak makan pun takde. Masing-masing dah tak tahan lapar, we just makan kat dalam kereta jer.
After makan, barulah turun ke colmar untuk aktiviti bergambar sampai lebam. Cuaca kali ni dah tak sesejuk dulu. Dah terasa haba panas kat atas ni.
Mama sibuk nak pose kat air pancut tapi Rayyans plak sibuk nak tengok air pancut. Susah betul diorang nak pandang kamera.
Pose dengan papa pun sama. Tunjuk vontot jer. Hadif berdukung jer coz not in the mood. Badan dah panas.
Definitely wrong spouse.
Ni baru betul
Cikla's family
Us..Hamzah's, Haswadi's n Nasir's Family
Anak teruna sulung mama. Dah pandai posing sekarang.
Kuda Malaysia
Jelingan manja
Jom naik kereta kuda
3 mommies
3 daddies with kids
Me n the other half
Lepas pusing-pusing sekitar colmar ni, kami ke rabbit farm. Japanese Garden kami tak pergi sebab hujan turun dengan lebatnya. Spent about 2 hour kat rabbit farm, then kami terus gerak balik ke puncak alam. Mama dok terbayang katil jer.
No comments:
Post a Comment