Petang ni kami takde apa-apa aktiviti. So after lunch Pegawai Jabatan Audit nak bershopping dulu. Tempat pertama kami pergi adalah ke Kubu Maras. Kat sini boleh dikatakan setiap rumah penduduk mengusahakan pembuatan serunding daging.
What an experienced dapat tengok sendiri penghasilan serunding ni. Susah rupanya. Mama sempatla interview pakcik tu. Masa untuk buat serunding adalah 8 jam, maksudnya dari pagi hingga ke petang kena mengacau daging kat dalam kawah ni.
Setiap hari sebanyak 30kg daging digunakan untuk 2 kawah ni. Daging ni plak kena sentiasa dikacau untuk dapatkan tekstur yang halus. Perghh..boleh naik muscle mengacau serunding ni.
Tong-tong yang menyimpan serunding yang telah siap di packed. Memang berbaloi bila dapat beli terus dari kilang ni coz serundingnya masih fresh.
No comments:
Post a Comment