Tuesday, October 16, 2018

Saudagar Kambing

Lunch ni kami nak mencari kedai saudagar kambing kat jalan kebun. Kedai ni pernah viral kat facebook. Hari ni geng lunch nak cuba makanan kat sini pula.

Baru tengahari baju dah berkedut seribu. Nak tunggu habis office hour petang ni tak tau la camna rupa dah baju mama.

Kedai ni dekat jer dengan rumah sewa kami dulu masa dok kat berjaya park. Tapi 2,3 kali pusing tak jumpa kedai.  Waze plak bawa kami ke jalan mati. Rupanya kedai kat tepi jalan besar je tapi tersorok di balik pokok2 pisang.

Masa kami sampai tak ramai orang. Adalah dalam 3 meja je yang ada customer. Pelik gak sebab kedai viral selalunya jenuh beratur panjang.

Disebabkan mama tengah sakit gigi jadi tak berani nak makan kambing. Mama order nasi ayam penyet tapi ayam baru nak rebus katanya. So mama order la nasi ayam bakar.

Sedih gila tengok ayam bakarnya. Kecik cinonet jer. Pastu nasi pun alahai semangkuk kecik je. Pasni memang kena pangkah la kedai ni. Nasib baik ayam bakar tu rasa boleh tahan.

Ciklala makan set chicken n lamb chop kot. Pun so so jugak rasanya. Confius jugak kami macam mana kedai ni boleh viral. Maybe taste kami tak sama dengan orang lain.

Cikwani n ciknor makan talapia penyet. Talapia tu macam bakar kosong je. Pastu talapia tu macam hangit lak tuh.

Mama order mango shake vanilla ice cream. Nasib baik la sedap. Memang guna buah mangga. Cuma kaler jer yang kuning pucat tak sama langsung dalam menu. Kalau tengok macam tak mengghairahkan.

Tengah2 makan hujan plak turun selebat lebatnya. Memang kuat dugaan hari ni. Dahla berpusing cari kedai, food tak seperti yang digembar gemburkan, pastu kebasahan pulak berlari ke kereta lepas makan.

Sunday, October 14, 2018

McDonald

Kalau tanya anak2 nak breakfast kat mana, confirm semua jawab mcd. Reason paling kukuh sebab kat mcd ada gelongsor. Pastu kalau beli happy meal dapat mainan.

Normally untuk breakfast mama akan amik box a atau b. Kalau berdua dengan papa box a pun dah cukup.

Tapi kalau rayyans ada sekali mama kena order box b plus happy meal burger ayam untuk diorang. Sebab diorang takkan cukup kalau makan burger ayam jer. Dah habis makan burger diorang akan cuit mama punya plak.

Tak tau mainan apa yang dapat ni. Bentuk tangan tapi tak tau apa fungsi. Hafiy cakap untuk garu belakang. Bila mama nak pinjam untuk garu belakang, hafiy cakap kan mama punya dah ada yang lagi panjang.

Kat rumah mama memang ada penggaru belakang yang dibuat dari kayu. Mama beli kat rnr ayer keroh dulu. Kedai2 kraftangan ada jual. Memang tahan kayu tu. Best sangat buat garu belakang.

Saturday, October 13, 2018

Warung Kita

Lepas tengok wayang mek bawa adik mek ngn adik2 kg mek g lunch kat warung kita kat sungai buloh. Ye la diorang ni bukan selalu datang kl. Sesekali bawa diorang makan kat tempat2 yang viral.

Sampai kat sini lebih kurang 2.30 petang. Tapi dia punya beratur panjang macam time peak hour. Selalunya pukul 12 hingga 2 yang ramai orang. Ni dah lebih pukul 2 pun still ramai gak lagi.

Pastu line bergerak agak slow. Pelik jugak sebab selalu cepat je pekerja bungkus nasi. Naik kebas gak la kaki mek berdiri. Rupanya lambat sebab pekerja tak sempat nak goreng ayam. Permintaan terlalu tinggi kot arini. Mana taknya, sorang2 tu bungkus berbeĺas2 bungkus. Termasuklah mek.

Agak lama juga tak datang makan kat sini. Bila datang hari ni nampak ada menu baru iaitu abc manggey special. Next time boleh cuba. Tadi macam dah tak sanggup nak menunggu lama2 diorang buat abc.

Licin semua makan. Ye la dah melepasi waktu makan tengahari kan. Lepas ni paksu dan kengkawan terus gerak balik kelantan. Katanya nak singgah jumpa kawan sekampung kat kuala lipis pulak. Harap2 paksu tak tertidur la nanti sebab kekenyangan.

Venom At MBO Space U8

Malam tadi adik mek sampai dari kelantan. Datang semalam jer sebab nak attend kenduri kahwin kawan baik dia. Malam tadi akad nikah n adik mek jadi saksi pengantin lelaki.

Lepas kenduri, berpandukan bantuan google map maka adik mek selamat sampai ke puncak alam. Adik mek berempat dengan kengkawan dari kelantan dan 2 kawan diorang dari melaka turut serta.

So malam tadi meriah la umah mek dengan kehadiran jejaka2 kelantan. Hari ni diorang nak balik kelantan terus sebab esok ada yang dah start kerja. Ye la kelantan kan cuti jumaat sabtu. Ahad adalah hari untuk berkerja.

Tapi sebelum balik diorang dah plan nak tengok wayang dulu. Nak tengok cita venom. So sebagai kakak mithali mek google la waktu tayangan kat mbo space u8. 

Actually space u8 ni shopping mall yang mati. Kedai ada la 2,3 biji yang beroperasi. Tapi mek suka tengok wayang kat sini sebab orang tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang2 untuk beli tiket. 

Pergi lambat pun confirm tiket ada. Maklumlah cita baru kuar wayang ni selalunya banyak permintaan. Kalau gi tengok kat tempat orang ramai takut tak dapat tiket. Dah la diorang ni kira kesuntukan masa gak sebab lepas wayang diorang terus balik kelantan.

Plan nak tengok slot 11.10 pagi tapi bila dah ramai ahli rombongan ni macam2 hal la kan. At last kami dapat tengok slot 11.40 pagi. Ok la kan xde la lambat sangat. Nasib baik sini banyak show. Every 30 minutes kot ada show venom ni.

Seperti dijangkakan memang tak ramai orang kat sini. Mungkin sebab kami tengok show waktu pagi kan. Dalam panggung tu cuma group kami dan adalah 4,5 orang penonton lain. 

So far cita venom best la jugak. Ada unsur2 kelakar yang diselitkan dalam cerita. Cuma awal2 cerita tu macam agak slow sikit. Tapi lepas hero dah bersatu dengan alien, cita semakin menarik. Kusyuk anak2 teruna mek nonton. Pasni boleh la tengok cita polis evo 2 plak.

Friday, October 12, 2018

Secret Recipe

Minggu ni asyik dinner kat luar je. Mama bz sangat tak sempat nak top up barang dapur. Wiken asyik tak lekat kat umah je.

Rayyans plak rabu sampai jumaat cuti sekolah agama sempena budak tahun 6 exam psra. Mengaji pun cuti jugak minggu ni. 

So lepas amik mama kat ofis bolehla jalan2 dulu. Hari ni bawak diorang beli kasut sekolah kat ole ole. Kebetulan ada sale.

Lepas beli kasut terus dinner kat secret recipe. Kek red velvet pilihan hafiy. Suka sangat dia dengan red velvet.

Sepotong red velvet ni dia sorang jer makan. Siap marah bila hazim gurau2 nak makan kek dia.

Malam ni semua order makanan berasaskan spagheti. Rayyans makan spagheti bolognese.

Mac n cheese untuk hafiy. Walaupun dah habis sepotong kek red velvet, dia still boleh habiskan sepinggan mac n cheese ni.

Spagheti meatball untuk mama. Tapi frust sebab meatball terlalu kering dan keras. Dah la mama tengah sakit gigi. Terus terbantut nafsu makan.

Papa plak makan kwayteow sup apa ntah namanya ni. Dalam sup ada perut lembu. Sedap jugak makan dengan sambal cili hijau.

Abang hadif cakap hari ni adalah hari yang membahagiakan. Dah la dapat kasut sekolah baru, pastu mama bawa plak makan kat secret recipe.

Walhal setakat spagheti mama boleh jer masak kat rumah. Lagi jimat kos. Sesekali bawa anak2 makan kat luar untuk create memories buat diorang.

Hafiy tu leka main kereta robocar poli. Abang2 dapat kasut sekolah, dia pun nak la jugak membeli..beli mainan.

Yang ni sorang memang anak manja mama. Mama baru nak selfie sorang dia datang melekat kat mama.

Starbucks

Hari ni mama ada site inspection kat hulu selangor. Lepas hantar hafiy kat umah cikla kami terus ke sana. On da way singgah isi minyak kat petronas rnr rawang. 

Sambil tu singgah mengopi kat starbucks sebelah petronas tu. Sesekali breakfast ala2 mat saleh. Nak breakfast kat rnr masih tutup untuk renovation.

Makan berdua tapi makanan sampai 3 jenis. Maklumlah perut dah terbiasa heavy breakfast. Biasa pagi2 makan nasi. Hari ni gedik makan pastries jer.

Hafiy Rayhan

Bila mama kerja kat site, hafiy mama akan hantar ke rumah cikla. Kalau hari biasa hafiy dok umah jer dengan papa.

Pagi ni mood dia elok. Keluar pintu rumah dia minta mama amik gambar dia.

Peace yo!! Tapi satu jari jer tegak. 

Amboi siap jingkit kaki macam model.

Satu senyuman menawan untuk mama.

Tapi inilah rupa sebenar saya. Budak nakal.

Mama nak ootd pun tak aman. Sibuk jer dia nak mencelah. Rosak gambar mama.

Wednesday, October 10, 2018

Polperro Steak House Lagi

Kami ke sini lagi sekali. Kali ni lebih ramai kawan ofis yang ikut. Kan dah kata mama memang recommed makan kat sini.

Nampak gaya polperro bakal jadi port  feveret kami lepas ni. Walaupun hujan lebat, gigih kami redah hujan semata2 nak makan kat sini.

Setiap kali makan kat sini mama akan pilih menu yang berlainan. Kali ni mama order chicken grill sizzling. Side dish ada baked bean, garlic bread dan mashed potato.

Yang ni plak chicken grilled blackpepper. Actually sama je dengan menu mama tadi. Bezanya cuma yang ni serve dalam pinggan. Yang mama punya serve dalam sizzling plate.

Menu ni namanya blackpepper chicken rice. Kali ni semua pilih ayam yang digrilled. Menu sihat katanya.

Ini plak set nasi kambing bakar. Yang bentuk segitiga tu adalah tempe. Sedap tempe tu lembut je. Macam pizza dah mama tengok.

Dah hilang separuh muka cik aishah. Gara2 nak masukkan semua ahli rombongan dalam frame. 

Tetiba staf situ offer nak amikkan gambar kami. Agaknya dia kesian tengok kami struggle nak selfie. Memang puas hati makan kat sini. Makanan sedap, portion banyak, harga berpatutan dan servis pun bagus. Sekian review tak berbayar dari mama.