Sunday, May 25, 2014

Langkawi : Santai Oriental Village

Kami dah habis berduck tour, tapi diorang tak dapat2 lagi naik cable car. So kami pusing2 sekitar oriental village untuk mengisi masa.


Lepak2 layan aiskrim time cuaca panas memanglah heaven. Sejukkan tekak dan perut.


Dah penat jalan boleh rehat2 sambil massage kaki. Tukang urut ni bukan orang buta ya. Diorang ni orang normal jer.


Tengah2 syok mengurut tetiba dengar orang jerit nama mama. Boleh plak terjumpa jue ni kat sana. Jue ni ex opismate mama kat hrrunding. Sekarang dia kerja kat perlis.


Buai laju2 sampai pokok sena. Apa dalam baju..sekuntum bunga cina. 

Macam2 pesen diorang dok kat buai. Walaupun panas ada angin sepoi2 kat sini. Best kalau dapat lelap mata.


Gembala harimau dua bersaudara. Kat dalam ni ada harimau betul tau. Tapi time ni harimau tu tengah tidur. 

Oklah anak2, jom kita gi cari nenek dan yang lain2. Pasni banyak tempat lagi kita nak jelajah.

Langkawi : Duck Tours

Kami sampai kat oriental village hampir 11 pagi. Mak long sekeluarga pun baru sampai kat langkawi pagi ni. Diorang amik 1st feri dari jeti kuala perlis. Dari jeti diorang terus shoot ke sini. 

Tujuan utama ke oriental village sebab nak naik cable car. Disebabkan cuti sekolah dan kami sampai sini agak lambat, queu untuk naik cable car dah panjang gila.

Tapi sebab ahli rombongan yang lain belum pernah naik cable car, diorang gagahkan la jugak beratur. Dijangkakan pukul 3 petang baru turn diorang. Naik cramp kaki beratur.

So mama batalkan jer hasrat nak naik cable car sebab dah pernah naik tahun 2008. Pastu macam seriau jer naik. Sementara tunggu diorang, kami sekeluarga join duck tours.

Tiket duck tours untuk dewasa rm38 dan kanak2 rm22. Trip duck tours setiap sejam sekali bergantung kepada keadaan cuaca.

Kenderaan dua alam yang boleh berfungsi kat darat dan laut, macam itik. Kat darat jadi bas, kat laut jadi bot. 

Kami dah bersedia untuk memulakan perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

First time naik duck tours ni. Tak dapat nak bayangkan macam mana perjalanan kami nanti.

Kalau tak silap mama kat melaka pun ada duck tours jugak. Next time boleh cuba yang kat melaka pulak.

Dari oriental village, kami bergerak ke danna hotel yang berjarak 2km. Bas ni bergerak agak perlahan sebab badan dia besar. Takut off balance. 

Then terus menuju ke pantai kok di mana terdapatnya laluan untuk bas ni turun ke dalam laut. Bila tiba kat gigi air, driver akan start enjin bot.

Sebelum masuk ke dalam air semua penumpang diwajibkan pakai jaket keselamatan.

Mula2 masuk dalam air gayat jugak rasa sebab tetiba bas terapung dan bergoyang.

Anak bujang over excited. Elok naik bas kat jalan tetiba masuk dalam air. Mulut tak berhenti bertanya itu ini.

Kemudian bas itik ni akan pusing2 sekitar man made island dan u turn di telaga harbour park.


Seterusnya, bas itik akan berpatah balik ikut laluan tadi dan kembali semula ke oriental village. 

Masa nak naik ke darat, driver akan berhenti untuk basuh enjin bas takut berkarat kena air masin.

Bila kembali ke oriental village, silalah beli souvenier sebagai kenangan. Kami beli bola kristal. Kat dalam tu ada gambar weols kat atas bas itik.

Walaupun aktiviti duck tours tidak menggunakan tenaga, tetapi cuaca kat langkawi yang panas berdenting buat badan penat. So kena banyakkan minum air.

Langkawi : Look Out Point

Look out point ni unplanned punya itenary. Masa on da way ke oriental village nampak sigboard look out point.

Ada ahli rombongan yang nak pergi. Me? Tunggu kat bawah dengan nenek jer. Sebab nak ke sini kena mendaki dek non.

Walaupun jalan yang disediakan proper, but I tak daya nak memanjat tinggi2. Bagi yang slim2 jer naik atas ni.

Mama kat bawah tunggu jer la gambar dari diorang.

Bleh tahan jauh jugak naik atas ni. Kalau mama yang naik tak confirm boleh sampai atas ke tidak.

Uda dan dara... p.da dan mak da.

Amazing view. Kalau tak silap gunung kat belakang tu gunung mat chincang tempat cable car.

Langkawi : Nautilus Cafe

Hari kedua kat langkawi dimulai dengan makan. Haruslah isi perut ketat2 sebab one whole day penuh itenary yang mama dah rancangkan.

Pose manja dari mat bunga. Sepanjang pedestrian walk ke cafe ni penuh dengan pokok2 dan bunga bungaan. 

Bangunan cafe berasingan daripada bangunan hotel. So kena jalan kaki jauh sikit ke cafe tapi takdelah jauh mana pun.

Cafe ni namanya nautilus. Terletak betul2 kat tepi laut yang takde pantai. Kat tepi cafe jugak ada swimming pool.

Cafe agak luas. Nak jalan2 amik makanan tak perlu risau tersepak kaki kerusi orang lain.

Menu breakfast biasa2 jer. Confirm ada nasi lemak, roti bakar dan mihun mee goreng. Bolehlah kan setakat nak mengenyangkan perut.

Amboi sukanya dia dapat lepas bebas camni. Yang berbumbung tu adalah bar. Malam2 ramai yang lepak minum sambil swimming.

Nampak tak laut kat belakang tapi takde pantai. So tak yah berangan nak celup2 kaki menari dangdut pasir putih tepi pantai sangatlah.

My small family tema umno dan pas. Papa la ni orang suh pakai baju biru gak. Boleh plak dia tak bawak baju biru.

Ni ler swimming pool depan bar, betul2 next to nautilus cafe. Nun kat belakang istana persinggahan kami. Rasa2 jauh tak jalan nak gi breakfast?

Saturday, May 24, 2014

Langkawi : Night Seafood

Dari dataran lang, kami balik ke bella vista untuk rehatkan diri dan solat. After maghrib baru keluar untuk mencari makan.

Plan asal nak dinner kat pantai chenang tapi time cuti sekolah sure ramai orang. Entah pukul berapa baru dapat makan.

Kebetulan masa balik hotel tadi ternampak restoran night seafood ni. So kami decide dinner kat sini jer. Masing2 dah kepenatan nak jalan jauh2 cari makan.

Konsep restoran adalah masakan ala thai. Haruslah rasa tomyam kat langkawi. Kot tomyamnya rasa lain.

Rayyans ni orang sibuk nak order dia pun sama naik sibuk nak membelek menu gak.

Muka2 kelaparan yang bersabar menunggu makanan sampai. Nasib baiklah orang tak ramai.

Makanan sampai agak cepat la. Dah la masing2 selera lain2. Order menu yang berbeza2. Naik pening kepala tukang masak.

View bella vista dari meja kami makan. Cantikkan designnya. Macam istana. Hari pertama kat langkawi berakhir dengan jayanya.

Lepas dinner kami terus balik hotel dan homestay. Sekarang masa untuk merehatkan diri sebab esok banyak lagi aktiviti yang telah mama rancangkan.

Langkawi : Dataran Lang

Next kami ke mercu tanda pulau langkawi iaitu dataran lang. Tak sah kunjungan ke langkawi kalau tak jejak kaki kat sini.

Tu dia terbang megah replika helang merah yang banyak didapati di pulau langkawi.

Gambar dari tepi pula. 

Renungan tajam sang helang. Sang helang pakai contact lense merah ke? Paruhnya tajam sesuai la dengannya sebagai haiwan pemangsa.

Nenek with 4 dari 6 orang anak. P.da entah ke mana melayan anak2 dia. K.dah plak esok baru sampai kat pulau.

Mama dengan kakak tilah. Ni pun last minit gak nak ikut kami ke langkawi.

The twins with sang helang. Cubaan hadif nak buat sayap burung.

Kebetulan ada geng motosikal besar dok lepak2 buat show kat sini. Rayyans amik peluang bertenggek atas motor.

Ha...sapa berani nak bergambar dengan ular pun boleh. Cuma bayar rm5 jer. 

Danish aiman ni memang tak reti takut. Ular tu dibelitkan kat pinggang dia. Mama yang tengok naik seriau.

Kami lepak kat sini sampai petang. Sempatlah layan sunset. Pastu terus balik hotel rehat kejap dan keluar dinner.