Sunday, December 5, 2010

Lumut

Harini papa hantar ayein ke mrsm pasir salak untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke mrsm.  Exam tu stat kul 8 pg n habis kul 1 tengahari, jadi papa kene gerak awl2 pg. Mama & Rayyans ikut sekali..teman papa.
Kami gerak dari puncak alam seawal 5 pg...coz tak nak ayein terlambat sampai untuk exam yang akan menentukan masa depan ayein ni...plus nak mencari mrsm pasir salak yang tak diketahui lokasi sebenarnya kat mana. 
Jam 7 pg kami sampai kat pasir salak, keadaan sekeliling masih gelap. Kebetulan ada kedai makan yang dah buka, jd kami singgah untuk breakfast sementara tunggu hari siang...awal betul kami breakfast harini...1st customer kat kedai makan tu. Kami breakfast with roti canai, nasi lemak & teh tarik.
Selepas breakfast, mama tukarkan pampers & baju Rayyans (x mandi pun..jus basuh muka). Hari pun dh makin cerah...pasni nak antar ayein terus ke mrsm pasir salak..then plan kami selepas tu adalah untuk makan angin kat lumut.
taraaa mama..Hadif dah tukar baju..dah boleh gi jalan2

Perjalanan ke lumut dari pasir salak makan masa hampir sejam. Boleh dikira agak awal la kami sampai sana coz banyak kedai yang masih tutup. Kami amik peluang untuk jalan2 sekitar lumut. Seronok jugak pergi time orang tak ramai..bleh jalan2 dengan senang hati coz kereta tak banyak.
Mama amik peluang untuk beli macam2 produk hasil laut..rambang mata dibuatnya. Semuanya nak dibeli..semuanya nampak sedap. Feveret mama adalah satay ikan..satu plastik tu sekali makan jer boleh habis. Mama ada beli extra untuk souvenier kat pengasuh Rayyans & kawan2 ofis mama.
pusing2 cari tshirt untuk Rayyans
beli ikan masin buat stok..papa suka makan gulai ikan masin & sambal ikan masin. Beli banyak2 pun takpe..leh simpan lama
sotong kering bergula..3 peket RM10
mama sibuk memilih dia pun sibuk gak la nk memilih sama
Lepas beli segala stok makanan kering tu kami pusing2 sekitar jeti. Banyak gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua..
tu dia hasil tangkapan mama..penuh satu plastik besar
Hadif dah mula buat hal..takmo duduk dalam stroller
jom kta pusing2 kat jeti mama
papa with Rayyans
jeti ke pulau pangkor..tp kami tak pergi pulau..cuma jalan2 sekitar jeti sahaja. Rayyans dah pernah sampai ke pulau pangkor masa umur 4 bulan...maybe tak mengerti lagi time tu
bila nampak air dua2 dah takmo duduk dalam stroller
suka sangat dapat tengok air..tp mama tak boleh nak lepaskan Rayyans berlari sana sini, takut terjatuh dalam laut. 
Hadif marah bila papa dukung..dia nak jalan sindri. Anak mama ni masih belum faham erti bahaya. Kalau terjatuh dalam laut tu mama jugak yang tak keruan nnt. Sori yer sayang...mama lagi rela tengok Rayyans menangis dari tengok Rayyans lemas kat dalam laut tu. 

Bila matahari makin naik, cuaca pun makin panas, kami amik keputusan untuk bertolak balik ke pasir salak untuk jemput ayein after habis exam tu. Dari pasir salak kami terus balik ke puncak alam.

Sunday, November 28, 2010

Rayyans @ Zeta's Birthday Party

Kawan lama mama, Ms Zeta seliman jemput kami sekeluarga ke majlis harijadi beliau. Ini kali pertama mama ke rumah aunty zeta..selama ni mama hanya tengok gmbr2 masakan aunty zeta yang amat menggiurkan kat facebook jer...akhirnya hari ni mama berpeluang merasa sendiri masakan hasil air tangan aunty zeta.
perghh..that was my impression bila tengok makanan yang terhidang atas meja. Banyak sangat plus kelihatan amat sedap. The menu are 3 tiers chocolate's cake (yummy), spaghetti, mixed fruit salads, jeli laici, carrot cake, spicy cake n grilled chicken with rosemary...memang foods semua marvellous.
After semua jemputan dah sampai, majlis dimulai dengan acara potong kek. Everybody are excited tengok kek 3 tingkat yang aunty zeta buat sendiri. Mama memang kagum betul dengan kerajinan n kepandaian aunty zeta memasak.
Kami sekeluarga amik peluang untuk bergambar dengan birthday girl..sambil2 makan kek coklat tu. Rayyans pun kenmain suka buah strawberry kat atas kek tu.
Sementara mama n papa makan, Hazim dah sangkut ngn uncle iman. Uncle iman ni teramatla suka kanak2....Rayyans pun mama tengok kenmain mesra ngan uncle iman..ok la..dapatla mama & papa makan sementara ada orang nak melayan Rayyans.
tengokla..sampai dua sekali uncle iman dukung..Rayyans pun elok jer perangai..siap cium2 pipi ngan uncle iman
Rayyans teramatla suka kat bende jurai2 ni...risau plak mama tengok Rayyans dok menarik2 jurai ni..x pasal2 putus nnt talinya.
Selalunya Rayyans tidak mudah mesra dengan orang yang tak dikenali..tp hari ni baik plak perangai anak mama ni...mesra dengan semua orang..siap beriba minum susu, berdukung..heheh..senang mama nak sembang.
Seronok sangat mama dapat jumpa kawan2 lama..almost 13 years kami tak berjumpa. Sesekalai dapat berkumpul mcm ni banyak cerita yang keluar. Masing2 terkejut sebab mama dah 'demuk'..hehehhe...n everybody excited sangat coz mama ada anak kembar.
Antara ramai2 schoolmates mama yg datang ni, cuma mama jer yang dh kahwin & ada anak. Yang lain semenya single mingle lagi..masing2 tengah concentrate membina kerjaya..mama doakan semoga semua kwn2 mama ni dipertemukan jodoh yang perfect dengan citarasa masing2...insyaallah..
Seharian berada kat umah aunty zeta tak pernah membosankan...mana taknya sambil sembang boleh makan2..makanannya plak sedap sangat...sebelum kami balik, aunty zeta siap tapaukan makanan untuk kami bawak balik...thanks aunty zeta. she's really a good heart person. Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir untuk aunty zeta. semoga segala apa yang aunty zeta impikan akan menjadi kenyataan..aminn...

Friday, November 19, 2010

Pantai Bisikan Bayu

Selepas kenduri achik, kami sekeluarga berpiknik kat pantai bisikan bayu. Kali ni mama bagi chance kat Rayyans untuk cecah kaki dalam air....main pasir...bukan main seronok lagi anak2 mama main air. Sekali sekala apa salahnya ye dak?? Layankan jer la gambar2 kami tengah berseronok ni..
mula2 tu takut-takut lagi nak jejak kaki atas pasir pantai ni.
dah basah kuyup..baju papa dah hilang ke?
penat mandi, take 5 dulu
my hensem boy yang suka main pasir
sukanya la dia
Masing-masing dah comot. Habis berlumuran pasir kat badan. Rayyans mama ni siap tak nak balik..tak puas main air. 

Rayyans @ Achik's Wedding

Achik ni anak kepada maksu mah (mak andam turun temurun). Kami sekeluarga dijemput menyerikan majlis perkahwinan yang bertemakan warna oren ni.
Masa kami sampai kebetulan dengan rombongan pengantin lelaki. Jadi sempatla kami melihat upacara persandingan kedua mempelai.
 Bridegroom : Achik
Ibu pengantin perempuan : maksu mah
Kami terpaksa makan bergilir2 disebabkan Rayyans suka sangat mengacau orang tengah makan. Sementara mama & papa makan, cikla jaga Rayyans kat dalam kereta.
Sebelum balik sempat lagi kami bergambar kat signboard depan umah maksu mah ni. Inila bench mark umah maksu ni..coz kami sentiasa tersesat tak jumpa cari rumah tiap kali nak membuat kunjungan hormat.

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Malam tadi kami bertolak balik jam 9 malam. Nasib baik jalan tak jem teruk sangat. Kami tiba kat kampung dah pagi..sekitar jam 8 pagi. Keluarga kat kampung semua dah bangun dan tengah bersiap-siap untuk solat raya. Tahun ni cuma mama dan cikla yang dapat balik kampung. Tahun ni juga ada bakal ahli keluarga baru yang turut serta meraikan aidiladha dengan kami. Uncle Nasir (tunang cikla) beraya bersama kami.
Papa & mama plak kepala sedikit 'weng' coz tak cukup tidur. Kalau sampai awal skit dapatla kami melelapkan mata sekejap. Tapi disebabkan program hari ni amatla pack, mama gagahkan juga untuk siapkan Rayyans menyambut raya. Papa pula terus bersiap-siap untuk ke masjid. 
Selepas solat aidiladha, kami terus ke rumah maksu mah untuk acara ibadah korban. Tahun ni papa ada korbankan satu bahagian lembu.
lembu yang dikorbankan
pemerhati : papa dah siap tukar persalinan 
lembu ditumbangkan pakai traktor
upacara penyembelihan berjalan lancar
papa & paksu mat sempat pose dengan lembu
bergotong royong melapah lembu
Sementara papa sibuk dok melapah lembu, mama, cikla, nenek & Rayyans dok melepak kat umah maksu mah sambil makan biskut raya...hehehe
Hazim with cikla
Cikla pose with pelamin anak maksu mah yang akan bersanding esok
Hadif dah stat 'mengemas' umah orang
Tengah hari baru la papa siap aktiviti pelapahan lembu tu. Kami bawak balik satu bahagian daging untuk dimasak dan dijamu kepada jiran tetangga. Papa cakap budaya korban kat kelantan berbeza dari tempat lain. Kalau kat tempat lain, lembu akan disembelih di masjid. Tetapi di kelantan, lembu disembelih di mana2 sahaja..kebiasaannya lembu tu akan disembelih di rumah tuan lembu tersebut. Kemudian penduduk kampung akan bergotong royong melapah daging lembu tersebut.