Harini papa hantar ayein ke mrsm pasir salak untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke mrsm. Exam tu stat kul 8 pg n habis kul 1 tengahari, jadi papa kene gerak awl2 pg. Mama & Rayyans ikut sekali..teman papa.
Kami gerak dari puncak alam seawal 5 pg...coz tak nak ayein terlambat sampai untuk exam yang akan menentukan masa depan ayein ni...plus nak mencari mrsm pasir salak yang tak diketahui lokasi sebenarnya kat mana.
Jam 7 pg kami sampai kat pasir salak, keadaan sekeliling masih gelap. Kebetulan ada kedai makan yang dah buka, jd kami singgah untuk breakfast sementara tunggu hari siang...awal betul kami breakfast harini...1st customer kat kedai makan tu. Kami breakfast with roti canai, nasi lemak & teh tarik.
Selepas breakfast, mama tukarkan pampers & baju Rayyans (x mandi pun..jus basuh muka). Hari pun dh makin cerah...pasni nak antar ayein terus ke mrsm pasir salak..then plan kami selepas tu adalah untuk makan angin kat lumut.
taraaa mama..Hadif dah tukar baju..dah boleh gi jalan2
Perjalanan ke lumut dari pasir salak makan masa hampir sejam. Boleh dikira agak awal la kami sampai sana coz banyak kedai yang masih tutup. Kami amik peluang untuk jalan2 sekitar lumut. Seronok jugak pergi time orang tak ramai..bleh jalan2 dengan senang hati coz kereta tak banyak.
Mama amik peluang untuk beli macam2 produk hasil laut..rambang mata dibuatnya. Semuanya nak dibeli..semuanya nampak sedap. Feveret mama adalah satay ikan..satu plastik tu sekali makan jer boleh habis. Mama ada beli extra untuk souvenier kat pengasuh Rayyans & kawan2 ofis mama.
pusing2 cari tshirt untuk Rayyans
beli ikan masin buat stok..papa suka makan gulai ikan masin & sambal ikan masin. Beli banyak2 pun takpe..leh simpan lama
sotong kering bergula..3 peket RM10
mama sibuk memilih dia pun sibuk gak la nk memilih sama
Lepas beli segala stok makanan kering tu kami pusing2 sekitar jeti. Banyak gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua..
tu dia hasil tangkapan mama..penuh satu plastik besar
Hadif dah mula buat hal..takmo duduk dalam stroller
Hadif dah mula buat hal..takmo duduk dalam stroller
jom kta pusing2 kat jeti mama
papa with Rayyans
jeti ke pulau pangkor..tp kami tak pergi pulau..cuma jalan2 sekitar jeti sahaja. Rayyans dah pernah sampai ke pulau pangkor masa umur 4 bulan...maybe tak mengerti lagi time tu
bila nampak air dua2 dah takmo duduk dalam stroller
suka sangat dapat tengok air..tp mama tak boleh nak lepaskan Rayyans berlari sana sini, takut terjatuh dalam laut.
Hadif marah bila papa dukung..dia nak jalan sindri. Anak mama ni masih belum faham erti bahaya. Kalau terjatuh dalam laut tu mama jugak yang tak keruan nnt. Sori yer sayang...mama lagi rela tengok Rayyans menangis dari tengok Rayyans lemas kat dalam laut tu.
Bila matahari makin naik, cuaca pun makin panas, kami amik keputusan untuk bertolak balik ke pasir salak untuk jemput ayein after habis exam tu. Dari pasir salak kami terus balik ke puncak alam.
No comments:
Post a Comment