Genting Highlands..here we come. Seronok sungguh dapat gi genting highlands..dah lama mama x jalan2 kat sini..sejak mengandung n sejak Rayyans lahir tak pernah jejak kaki kat ats bukit ni. Malam td mama dah prepare bhn2 untuk wat sandwich..sebagai bekal kat ats nun. Ye la..nak benti makan kat restoran payah bila ade si kembar ni. Daripada perut berbunyi kelaparan, baikla mama bawa something untuk alas perut.
Lepas breakfast n setelkan suap makan minum kat Rayyans, jam 9 kami bertolak ke genting. Sampai kat atas tu orang dah ramai..parking pun dh fully loaded. Pusing 2, 3 kali barula dapat parking kosong.
Kat ats ni sejuk sgt tp pemandangan agak silau..sampai susah nak buka mata.
apek mama ni xleh nak buka mata luas2..berangin n silau
Dari parking lot kami mencari2 indoor theme park. Dah lama sangat x dtg sini, berpusing2 jugakla baru jumpa jalan masuknya. Sambil2 mencari2 tu sempatla kami berposing kat mana yang patut dulu...mama ada byk gambar yg nak dikongsikan...sila2 la yer...
Hazim yang selalu tersenyum..yg mencairkan hati mama
Berlatarbelakangkan hotel first world yang berwarna warni...salah satu impian mama yang masih belum kesampaian adalah untuk stay kat hotel ni with Hubby & Rayyans.
pantang jumpa sudut yang menarik, pasti kami bergambar bersama
kebetulan masa ni tengah musim krismas, jadi kat sini penuhla dengan decoration2 krismas. Apa yg menariknya, decorations tu adalah dari botol2 recycle yg majoritinya bewarna putih..seakan akan musim salji...memang salute dengan management genting yang mengambil pendekatan untuk menyelamatkan alam sekitar.
Mama buat peace..Hazim pun try buat jugak..tp peace terbalik. OK lorr
Masa mama kecil2, mama tak pernah ada peluang untuk bersukaria main games2 ni semua. Mama bukanla dari keluarga yg senang, yang boleh bercuti ke sana sini setiap musim cuti sekolah. Jadi, mama tak nak Rayyans melalui cara hidup seperti mama. Mama nak Rayyans merasai pengalaman main2 ngan indoor games dulu. Nak gi yg outdoor games amatla tidak sesuai untuk baby. pusing2 tengok senarai games, mencari2 games yang boleh Rayyans main...terpandangla merry go round..hmm yg ni confirm Rayyans boleh main coz mak bapak kanak2 boleh naik sekali.
Dengan sabar kami beratur tunggu giliran untuk naik. Nasib baikla orang tak ramai sangat. Round kedua kami dah boleh naik.
Hazim memang excited sangat..siap tak bagi mama pegang dia. Tiang tu dia pegang sendiri jer.
Lain plak ceritanya dengan Hadif. Bila merry go round tu stat pusing, dia pun stat la menyanyi. Sampai sudah taknak duduk kat atas kuda tu..las2 papa terpaksa dukung jer Hadif. Si bulat mama ni nampak jer ganas...tp penakut.
Masa naik kuda tu tadi pekerja yg jaga pintu tu tak koyak tiket kami. Maybe sbb Rayyans dikira bawah umur sangat kot. Jd tiket tu still valid lg. Mama amik peluang untuk naik bot ala2 kat venice. Papa taknak ikut...so mama ajakla angah join. Papa kenala jaga Rayyans sorang2 dulu sementara mama n angah berboating.
Setia sungguh 'pakcik' ni mengayuh sampan tak berhenti2...orang nak naik pun tak berhenti gak. Terpaksala naik cpt2 kalau tak nak jatuh dalam air tu.
Angah yang kebetulan tengah menghabiskan cuti semester kat umah kami ikut sekali. Dapatla gilir2 dukung & jaga Rayyans.
tu dia berterabur duit yg org2 baling n wish kat dalam ni. kalau la mama keje kat sini, dah lama mama kutip duit2 ni..byk tu.
After mama round2 kat 'venice' tu mama tengok papa dah tak keruan mengejar si Rayyans. Dua2 dh takmo duduk dalam stroller. Taknak mama & papa pegang..nk jln sindri..konon dh besar la tu.
Sesekali bila terlepas cmni kenmain happy lagi Rayyans. Ye la..kat umah asyik kene kurung ngan mama jer..sekali bila kuar jalan2 ni nak bebas la diorang. Berkejar ke sana kemari.
Nak cuba main video game..tp ketinggian tak cukup la plak. Pakat dok berebut dua beradik sampai nak tercabut dah kotak tu.
Bila dah penat pusing2 kat indoor park, kami keluar ke outdoor park untuk cuci2 mata jer. Rayyans pun dah lama x minum susu, jd kami berehat sekejap untuk alas perut n Rayyans minum susu. Hazim dah penat sangat agaknya, diam jer kat dalam stroller tu. Hadif plak yang aktif berjalan.
Main 'ku cak aaa' ngn papa
suka sangat main kat pintu automatik ni..berkali2 dok keluar masuk
ok kwn2..sebelum masuk kite kene ukur tinggi dulu yer
Dah penat pusing2, hari pun dh nak petang baru la kami balik. On da way balik kami x ikut karak, tp ikut jalan batang kali..saja je nk try jalan yg x pernah lalu. Best sangat bila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Walaupun sibuk dengan kerja & urusan harian, kita perlu ada masa untuk meneliti perasaan mereka, untuk berlibur bersama kerana itu adalah kunci kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment