Friday, November 16, 2018

Road To Ipoh

Untuk kesekian kalinya kami nak ke ipoh. Actually mama dah lama nak bawa anak2 gi maps tapi ada jer halangan.

Mula tu plan nak gi masa cuti deepavali tapi hafiy dan hazim pulak demam. So kami mereput jer la kat rumah time tu. 

Pastu the next 2 weeks plak rayyans exam sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Pun kami kena kuarantin kat rumah jugak.

Ni rayyans dah habis exam legalah sikit nak berjalan. Mama plan nak gerak awal pagi tapi hadif ada rehearsal untuk majlis kecermerlangan pulak pagi ni.

So kena tunggu hadif habis program dulu baru boleh gerak. Mama tak nak pergi masa cuti sekolah nanti takut crowded sangat.

Missing my no 2 hero. Terkejut jugak mama bila cikgu kelas wasap inform hadif dapat naik stage. Alhamdulillah.

Harap2 next year hazim pun dapat menunjukkan kecemerlangan jugak. Semoga dua2 anak mama dapat keputusan yang bagus.

Hafiy pun mama harap dapat jadi murid yang pintar jugak bila belajar nanti. 

Perkara wajib sebelum keluar jalan2. Ootd depan rumah. Suka gambar kat sini sebab pencahayaan semulajadi terang.

Jom anak2 kita gi amik hadif kat sekolah then terus gerak ke ipoh. Baju hadif mama dah bawa siap2 nanti singgah rnr tukar baju.

Tuesday, November 13, 2018

Nando's

Tadi kawan mama, ria datang buat submissions kat office mama. Jadi ria ajak mama lunch sama. Sedang elok la tu sebab hari ni mama tak ada geng makan. Geng makan semua pergi jamuan deepavali dekat ofis pantai dalam.

Kami ke nandos kat sacc mall. Rupanya ria pun suka makan nandos. Siap register sebagai pelanggan nandos. Mama  memang tau pasal ahli ni tapi bila nak register tak berjaya mama terus fed up. So kali ni mama try register lagi then berjaya. Senang sebab boleh install nandos dari playstore.

Bila jadi ahli nandos ni setiap kali kita spent lebih dari rm30, kita akan dapat satu token cili. Bila dah ada 3 cili boleh redeem 1/4 ayam for free. First timer akan dapat 1 cili for free. Kita boleh kumpul sehingga 9 cili untuk redeem sekor ayam.

Kami order set 1/4 chicken with 2 side dishes. Mama pilih potato wedges dan coleslaw. Ayam tu tak agak2 mama minta hot peri peri.

Ria pula pilih side dishes fries dan salad. Ayam ria pilih sos mild sahaja.

Pastu gi tambah ceaser salad lagi. Sudahnya tak habis pun makan sebab dua2 dah buntang. Salad tu mama bungkus makan kat ofis jer petang tadi.

Bukti kami dating berdua jer hari ni. Air pilih air yang boleh refill banyak kali. Mama minum coke, ria minum ais lemon tea.

Monday, November 12, 2018

Pak Li Kopitiam

Masalah besar setiap hari adalah nak lunch kat mana. Bila tanya geng lunch semua cakap ikut la..kat mana2 pun takpe.

End up ke pasaraya ole2 jer. Dah sampai sini pun masalah lagi nak pilih restoran mana. Kalau kat sini balik2 pakli, polperro, ayam penyet atau secret recipe. Hari ni pun kami ke pakli kopitiam lagi. Geng makan suka sebab banyak pilihan menu.

Ni dah kes kemaruk dengan ayam goreng pakli. Mama tak nak makan nasi ayam lemon tapi nak makan ayam sahaja. Nasib baik dalam menu ada ayam goreng. Tapi sos lemon tak ada. Bila tanya waiter cakap boleh mitak sos lemon tu.

Ha maka jadilah gabungan nasi goreng dengan ayam lemon. Licin mama makan. Rayyans pun suka sangat nasi goreng pakli. Lain kali boleh bawak diorang dinner sini lagi. Dah lama tak bawa anak2 n papa makan sini.

Sunday, November 11, 2018

Basikal Hafiy

Lepas brunch kat warung ambo kami terus ke sungai buloh. Mama nak gi kedai jahit nak alter seluar. Mama biasa pergi kat kedai ni jer.

Kedai jahit ni pulak berdepan dengan kedai jual2 mainan. Mama nampak banyak basikal dalam kedai so teringat hafiy cakap kat rumah cikla dia main basikal icha.

Bila mama tanya hafiy nak basikal ke. Nakkk jawabnya. Sementara tunggu seluar siap jahit kami ke kedai mainan tu dulu. Sukalah hafiy dapat basikal idaman hati.

Abang2 dulu pun mama ada beli satu sorang basikal macam ni. Tapi dah hilang kena curi bila kami letak basikal kat luar. Harap2 basikal hafiy ni mampu bertahan lama.

Warung Ambo

Dah lama teringin nak makan kat warung ambo tapi ada je hal yang menghalang. Warung ambo ni terletak kat laman glenmarie, ttdi jaya.

Hari ni baru ada kesempatan nak brunch kat sini. Plan nak keluar breakfast tapi sampai sana menu dah bertukar menu lunch.

Warung ambo, selera demo. Suasana dalam kedai memang hinggaq penuh dengan pelanggan. Restoran ni cuma kedai satu pintu. Jadi tempat memang terhad.

Kat depan kedai owner ada buka payung n meja jugak. Tapi time peak hour still tak cukup meja. Masa kami sampai memang tengah beratur panjang.

Kat sini konsepnya kena beratur order nasi then bawak nasi duk kat meja. Sementara mama beratur, anak2 ditugaskan untuk jaga meja. Karang nasi dah dapat takde meja plak nak duduk makan.

Untuk air nanti ada pekerja yang akan amik order kat meja. Kami order air teh madu ambo. Kalau air teh madu kat kelantan buih2 tu akan meleleh sampai ke luar gelas.

Segala kuih muih traditional kelantan ada jual kat sini. Ada akok, pulut bakar, nasi tumpang. Eh macam2 lagi la kuih muih ada kat sini. Laksam datin ismatia dari masak with passion pun ada jugak.

Hafiy dok geram dengan kuih nona. Sampai 3 bekas dia makan sorang. Dia makan ni jer pun dah kenyang tak nak makan nasi lagi dah.

Yang ni plak pulut mangga. Feveret mama ni pulut mangga tapi mangga kurang manis. Kalau dapat yang betul2 manis lagi sedap.

Nasi ambo namanya. Menu ni lebih kurang nasi manggey warung kita kat sungai buloh tu. Bagi tekak mama, mama lagi suka nasi manggey.

Nasi ayam sado. Sama je dengan nasi ambo tu cuma yang ni ayam seketul besar. Kalau nasi ambo ayam tu dipotong kecik2.

Nasi kerabu ayam goreng. Nasi kerabu ni sedap. Cukup lengkap rasa semuanya. Nasi kerabu ni hazim la yang makan. Dia memang suka nasi kerabu. Hadif plak makan nasi lemak telur mata. Mama tak ingat nak amik gambar menu dia.

Next time kalau datang sini lagi mama nak cuba menu lain pulak. Macam2 menu masakan kelantan ada iaitu kerutuk daging, mihun kuah, laksam.

Saturday, November 10, 2018

Chicken Chop

Berchicken chop lagi kami malam ni. Sekarang mood asyik nak makan western food jer. Anak2 pun suka bila mama buat chicken chop, especially hadif.

Mama guna resepi chicken chop yang sama macam tempoh hari cuma kali ni mama guna peha ayam yang boneless. Senang sikit anak2 nak makan bila takde tulang.

Ayam ni kalau makan tanpa sos blackpepper pun dah sedap. Sebab mama perap semalamam. Memang merasa bahan perapan kat ayam.

Yang beza cuma side dishes sahaja. Kali ni mama gandingkan dengan potato wedges dan salad beserta sos thousand island.

Cempedak Goreng

Dua hari lepas mama ada site inspection dekat bukit beruntung. Dekat site ada orang jual buah cempedak. Papa beli dua biji cempedak dengan harga rm12 jer. Murah yang amat.

Mama memang dah lama mengidam nak makan cempedak goreng. Tapi bila mengenangkan harga rm5 cuma dapat 4 ulas, terus mati selera.

Kali ni dah dapat dua biji goreng sendiri baru puas hati makan. Adunan tepung mama guna resepi Kak Azie Kitchen. Setakat ni resepi kak azie yang paling best sebab adunan tu rangup bila digoreng.

Resepi cempedak goreng:

2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Cara cara:
  1. Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. 
  2. Masukkan isi cempedak ke dalam adunan tepung. Gaul rata.
  3. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
  4. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.

Alhamdulillah pagi ni dapat breakfast dengan cempedak goreng dan donut. Donut tu ciknik buat dan frozenkan. Last week cikla pergi jb, so ciknik kirim donut ni dekat cikla. Pagi ni mama gorengkan untuk breakfast.

Hafiy pun dah confius nak makan yang mana satu.

Tak sangka hafiy suka makan cempedak goreng tu. Maybe sebab dia rangup.

Friday, November 9, 2018

Nasi Lemak Royale Kedah

Nama je nasi lemak royale kedah tapi ni branch kat shah alam jer. Since pindah shah alam hari2 masa balik lalu depan restoran.

Sebelum ni tak sempat nak singgah sebab rushing nak balik amik rayyans kat sekolah. Since rayyans demam dan tak sekolah, jadi dapatlah kami singgah dinner kat sini.

Haru juga tadi 3,4 kali pusing tak jumpa jalan masuk. Banyak jalan yang tutup, diverted since pembinaan mrt. Nasib baik la at last jumpa jugak.

Warna tema restoran adalah hijau kuning. Kata nasik lemak royale kedah, haruslah deko ikut warna bendera kedah.

3 stooges ni makan maggi goreng. Maggi goreng tak nak sayur tak nak pedas. Penat mama explain dekat pekerja yang tak berapa faham cakap melayu. Nasib baik yang mama order tu dia buat betul.

Mama of course la makan nasi lemak. Nasi lemak pun kaler kuning. Lauk burung puyuh, telur rebus, sayur kubis dan kuah campur. Sedap. Ala2 nasi kandar tapi ni guna nasi lemak. Harga rm10.

Papa pun makan nasi lemak jugak. Lauk papa bawal goreng, telur rebus, sayur kubis dan kuah campur jugak. Harga pun sama rm10. Sedap. Next time boleh datang lagi.

Kat sebelah restoran ni ada me'nate steak house. Ni nak kena kumpul duit dulu baru boleh gi makan. Mama nak makan steak mahal. Nampak gaya kena bodek papa lebih sikit.

Polperro Steak House

Pagi tadi kami ada staff meeting kat ofis. Masa meeting ada menu mee goreng. Dah makan mee goreng tu sepinggan.

Bila lunch hour tak tau nak keluar ke tak. Dah la lunch hour panjang hari ni. Tanya grup makan decided nak keluar lepak2 mengopi je.

Pastu pilih nak mengopi kat polperro steak house. Memang takde nya la nak mengopi jer kalau datang sini. Confirm order makan jugak. Mama makan chicken and lamb chop.

Cikwani makan sizzling chicken chop. Berasap2 plate dia. Kebanyakkan menu kat sini ada garlic bread yang dibakar. Roti tu sedap tau.

Menu ciknor, meatball. Konon2 makan light2 jer ni. Sedapnya meatball. Lama tak makan meatball ikea. Bila la papa nak bawa mama gi ikea.

Spagheti carbonara ciklala punya. Kali ni cuma mama, ciknor, cikwani dan ciklala jer yang ada. Orang lain semua bizi menyelamatkan dunia.

Thursday, November 8, 2018

Promosi Kek Secret Recipe

Masa jalan nak ke vivo mama lalu depan secret recipe. Tetiba nampak orang ramai beratur. Rupanya hari ni ada promosi kek secret recipe. Buy 2 pieces, get 1 piece free. 

Bila mengenangkan anak bongsu mama tersangatlah suka red velvet sr ni, maka mama gigihkan kaki untuk beratur jugak. Mama dapat bayangkan reaksi betapa happynya hafiy bila nampak kek ni.

Mama pilih kek red velvet, chocolate indulgence dan blueberry cheesecake. Dua kek kat depan dia tu memang dia jer la yang makan. Mama dan abang2 terpaksa kongsi kek blueberry cheesecake tu je.

Nak happykan anak2 ni senang jer sebenarnya. Tak putus2 hafiy cakap terima kasih mama. Hafiy sayangggg mama. Ucapan camtu pun dah cukup buat hati mama berbunga2.