Saturday, April 1, 2017

Sunway Putra Hotel: Part 2

Katanya hotel sunway putra bertaraf 5 bintang. Jom kita tengok dalam bilik agak2 berapa bintang boleh bagi.

Mercu tanda hotel dari kejauhan. 

Buka jer pintu bilik akan jumpa pantry di sebelah kanan. Luas jugak pantrynya. Dalam almari tu disediakan coffee making facilities.

Kat pantry ada meja makan dan peti sejuk dua pintu.

Melangkah ke depan akan jumpa ruang tamu. Ada satu katil single disediakan beserta dengan sofa.

Ini tv dekat ruang tamu. Boleh tahan luas jugak ruang ni. Cuma mek seram sikit sebab cabinet tu berkaca.

Attach to ruang tamu ada master bedroom. Queen bed yang tebal gila. Hafiy tak sampai nak naik atas katil ni.

Kat dalam bilik ada tv juga. Channel astro pun agak banyak.

Almari 3 pintu disediakan dalam master bedroom. Berdepan dengan almari adalah bilik air.

Dalam almari disediakan iron, iron board dan penimbang. Penimbang tu guna la jugak. Tapi iron mama tak guna sebab bawak baju yang x perlu digosok. Pastu tudung pun pakai selai je yang boleh masuk dengan semua baju.

Bilik air luas dan bersih dan wangi. Tempat shower kat belah tepi. Cuma bilik kami takde bath tub. Mama ada baca review sesetengah bilik ada bath tub. 

Toiletries lengkap. Semua ada. Shampoo and conditioner sampai 4 botol diorang sediakan. Pengering rambut pun ada jugak. 

Tengok si hafiy tu dah start nak memunggah. Suka sangat lahai mengemas. 

Dari tingkap bilik nampak pool kat tingkat 11. Anak2 dah tak sabar nak mandi. Tapi malangnya, after check in hujan turun lebat selebatnya. 

Frust si kembar tak dapat berendam. Nasib baik wifi kat bilik laju. Dapatlah diorang mengisi masa dengan melayari utube. 

Pemandangan kl dari bilik kami. Nampak berkabus jer, langit mendung. Sipi2 nampak mercu tanda malaysia, klcc. 

Sunway Putra Hotel: Part 1

Dah habis jauh dah ni kami bercuti. Dari negeri selangor ke kuala lumpur. Sebelum ni tak pernah nak amik tahu pasal kewujudan hotel ni until mama ternampak sponsored iklan yang lalu kat instagram mama. 

Macam menarik iklan ni kan. Haruslah mama print screen dan tunjuk kat papa siap pakej kenyit2 mata berulang kali. Bila big boss bagi green lite barulah mama proceed dengan booking.

Mama direct call hotel jer. Tak reti sangat nak pakai agoda ke, booking dot com ke. So jakun dot com mama ni. Booked sehari sebelum pergi. Payment apapun tak buat. Depa suruh bayar masa check in ja. 

After zohor kami gerak dari puncak alam. Tak sampai 10 minit perjalanan, si gebus mama ni tertidur. Lapang sikit rasa bila dia tidur. Bertabahlah meriba hafiy yang beratnya dah 15kg. 

Tinggal la si kembar berdua yang liat sangat nak tidur. Member tengah excited bila mama cakap nak gi hotel. Diorang x tau plan mama. Tetiba mama suruh mandi dan tukar baju. Bila cakap nak g hotel dua2 bersorak. 

By 2.30 dah sampai sana. Jalan tak jem la pulak. Mama terus register tapi tak boleh nak check in lagi. Bilik tak ready katanya. Kena tunggu pukul 3 gak. Mama cuma bayar harga bilik jer. Diorang takde amik duit deposit pun. 

Hotel ni attach dengan shopping complex the mall. Nak turun ke the mall malas sebab beg semua dah siap angkut tadi. So melepak jer la kat area lobi. Lobi kat tingkat 9. Luas jugak kawasan lobi. Puaslah hafiy berlari.

Dulu masa bujang2 mama suka beli kasut dekat the mall. 2 bulan sekali confirm pergi sana. Menyinggah sebelum naik bas nak balik kampung kat hentian putra tu. 

Since kahwin mana ada naik bas lagi dah, pastu hentian putra pun dah lama tutup. Jadi mama memang dah lama sangat tak merayau ke sana. 

Bayangkanlah, last time datang sini masa bujang. Now dah ada anak tiga baru datang sini balik. Almost 10 tahun jugak la. Tak tau the mall dah berubah wajah dan siap ada hotel under sunway. 

Tepat 3 petang, barulah kami dapat check in. Fuh lega. Papa dah tak larat nak mengejar hafiy. Kuat betul stamina hafiy dok berlari tak berhenti. Tak reti penat ke apa. 

Kami dapat bilik kat tingkat 23. No bilik kami 2318. Moh la kita masuk bilik rehat2 luruskan pinggang. Pasni banyak lagi aktiviti yang mama dah plan untuk anak2. 

Tuesday, March 28, 2017

Cubic

Today lunchdate dengan gegurls kat ofis. Dah lama tak makan kat cubic. Masing2 bizi nau sekarang ni. 

Hari ni kebetulan ramai pulak kat ofis. Pastu baru gaji. Hahahha. Dulu2 memang rutin kami, hari gaji jer gi makan kat cubic. 

Cik aishah kita ni makan spaghetti bologneise. Nampak jer badan kecik ni tapi kuat makan jugak. 

Ni mama punya order. Chicken chop with black pepper sauce. Mengada makan western pastu petang menggelupur lapar. 

Pengantin baru makan set nasi apa ntah ni. Ayam kung pao kot. 

Sebenarnya datang berenam tapi tiga jer masuk gambar. Yang lain dah ngapp dulu. 

Monday, March 27, 2017

Kisah Si Bongsu

Lama hoi x update blog. Gila betul. Selalu lupa password blog. Pastu bila dah boleh buka blog, masa plak x sesuai nak menulis.

La ni anak bongsu mama (bongsu buat masa sekarang) suka sangat main hanfon. Bila nampak mama pegang hanfon jer, terus menjerit nak tengok utube. 

Nak tengok cita thomas. Aduhla... mamat sorang ni suka sangat la kat cita thomas si keretapi tu. Kalau kat rumah mama terpaksa sorok2 nak cek fon. 

Kalau dia nampak jawabnya sampai habis data atau sampai bateri fon habis dia dok layan utube. Bil telefon mama memang melambung la jawabnya. 

Ni pun curi2 update sebab dia tengah tidur. Baby boo sorang ni dah jadi king dalam rumah. Abang2 semua kena ikut cakap dia. Pastu kuat buli abang plak tuh.

Semalam bercalar dahi hazim kena ketuk dengan mainan. Nasib baik tak kena mata. Mujurlah abang bukan jenis nak lawan balik. 

Batang mainan plastik tu patah dua la. Actually ni batang mainan penyodok. Bayangkan boleh patah dua batang plastik ni.

Saturday, March 25, 2017

Fresco

Bila mood baik, sukalah ngajak papa shopping barang dapur luar dari puncak alam. Kalau time malas, tesco atau econsave jer. 

Mama suka beli barang dapur kat jaya grocer Plaza jelutung. Sayur dia fresh. Cantik jer bersusun. Barang basah macam ikan, ayam, daging pun elok jer nampak. 

Lagi suka shopping kat sini sebab ada port makan yang menarik. After shopping boleh dok mengopi dulu sebelum balik. 

Sebelum keluar tadi dah lunch. Tea time ni kita order lite2 jer la. Fish n chips...lite kata ko. Lite la sebab order satu jer. Makan share2 dengan papa. 

Budak gebus ni perangai macam2 sekarang. Kalau shopping wajib beli air vitagen untuk dia. Pastu suka minum togok tanpa straw. Habis basah baju. 

Nick's Gastro

Dinner ngan western food malam ni. Plan asal nak gi satu restoran ni yang viral pasal menu dalam talam. 

Bila kami sampai, kedainya tutup pulak. Ni yang malas ni. Penat mek bersiap lawa2 nak keluar makan.

Tujuan asal nak makan western food, jadi kita gi la kat kedai western food yang lain. Kalau kat puncak alam nick gastro la yang terpaling femes.

Nasib baik kat sini ada set talam jugak. So untuk mengubat hati yang lara, mama order set big nick.

Harga satu talam rm45. Ada tiga jenis spaghetti, bologneise, carbonara dan aglio olio. Ada chicken chop, lamb chop dan sosej. Kentang n coleslaw sekali. 

Satu talam ni boleh la makan untuk 3-4 orang. Tapi mama n papa bedal berdua jer. Licin talam. 

Rayyans nak makan burger. So order set burger junior untuk diorang sorang satu. Licin budak2 makan sambil main dekat kids corner.

Sunday, March 19, 2017

Wedding Ashida

Kenduri belah pengantin perempuan buat kat langkawi awal tahun aritu. Tapi kami tak pergi sebab jauh. So kalini kenduri belah pengantin lelaki kat meru. Sekangkang kera jer dari puncak alam. 

Lagipun pengantin lelaki staf iwk juga cuma berlainan department dengan mama. Tapi ofis kami sebelah menyebelah jer. Pintu masuk pun share pintu yang sama. 

Janji dengan opismate datang waktu yang sama. Barulah meriah. Tapi masa mama sampai diorang dah habis makan pun. Paksa rela la diorang tunggu mama makan. 

Pas makan haruslah bergambar dengan pengantin. Pandai pulak amik tempat. Belah kiri geng2 dara, belah kanan geng2 mak dara. 

Mama datang bawak rayyans jer. Hafiy tinggal dengan papa. Hafiy sekarang tengah melasak. Takut tak boleh nak control dia nanti. Karang rosak majlis orang.

Rumah pengantin kat sebelah taman permainan. Belum sempat habis makan si kembar dah bisik nak main kat taman. Nasiblah adik x ikut. Kalau x jenuh mama nak mengejar dia. 

Hadif hanya mampu lihat hazim bergayut. Hadif tak mampu nak bergayut sebab badan dia berisi. Tak mampu nak menampung berat badan sendiri. 

Mujurlah tak lama pastu hujan turun. Kalau tak mau diorang tak nak benti main. Sesekali terlepas macam ni la gaya. Tambah2 papa takde. Hahaha.. Kalau papa ada asyik kena bebel jer.  

Gift dari pengantin. Gambar kotak jer mampu amik sebab isi dalam dah clear. Haruslah isinya coklat. Kata pengantin orang langkawi. 

Cyberview Resort And Spa: Part 5

Drama bersiri arahan mama dah masuk episod akhir dah. Yang pasti drama arahan mama adalah happy ending. Lokasi finale adalah di jungle jam kids camp. Sukalah 3HR dapat masuk tempat mainan. 

Masa kami sampai ada satu family with 2 kids. Then depa keluar tinggalah kami anak beranak jer kat dalam ni. Mama bagi 3HR main sampai puas hingga waktu untuk check out. 

Kids room ni takdelah besar mana. Mainan pun yang kecik2 jer. Tapi betterlah dari takde langsung. Macam ni pun budak2 dah happy sangat dah pun. 

Kawasan terhad jadi tak susah parents nak mengawasi anak2. Dapatlah mak pak berehat bersenang lenang dalam ni kejap. Bilik pun sejuk jer. 

Kita ni dah jadi mak pak cuma fikir keseronakkan anak2 jer. Sebolehnya nak anak2 happy jer. Biar memori diorang simpan kenangan yang indah2 saja. 

Memetik kata2 bos mama, hari cuti spent masa sepenuhnya dengan anak2. Bawa anak2 jalan2, bercuti atau tengok wayang. Sebab kids akan ingat memori yang kita ciptakan bersama mereka.