Sunday, June 8, 2014

Terengganu : Permai Inn

Hari kedua kat terengganu kena tukar hotel. Kami stay kat permai inn bersama dengan team audit yang lain.

Segala urusan booking hotel dibuat oleh hr department. Kami cuma bawa diri jer.

Outstation kali ni mama angkut seme skali. Sambil kerja dapatla anak2 bercuti. Kami dapat bilik twin sharing. It suits us.

Bilik agak luas. Selesa jugakla untuk budak2 memerap dalam bilik esok seharian. Mama kan kena kerja so diorang akan terperap jer la kat bilik.

Bilik air bersih. Itu yang paling penting.

Jamban ada paip air. Nak basuh verak takkan menjadi satu masalah besar.

Dari beranda bilik boleh nampak swimming pool kat bawah. Walaupun matahari tengah tegak, ada gak yang tengah swim. 

Bila pandangan diluaskan, nampak pantai. Waktu ni tengah panas berdenting.

This cheeky boy dah senyum lebar bila nampak swimming pool. Ikut hati diorang la ni jugak nak gi terjun pool.


Mama tak tau plak sini ada swimming pool. Jadi mama tak bawa swimming suit rayyans. Ada yang mengamuk ni karang :-(


Kita tunggu redup skit ye anak2 kalau nak swimming pun. Sementara tu korang isi perut dulu. Bagi mama n papa taking naps dulu.

Pagi esoknya, breakfast kat hotel before mama gi kerja. Pastu papa wasap gambar ni kat mama.

Diorang turun jalan2 kat kawasan sekitar. Dah habis bosan la tu memerap kat bilik jer.

Macam2 gambar acara sukan ada tertampal kat dinding.

Kedai peralatan sukan pun ada. Basikal ni untuk dijual tau. Nasiblah rayyans tak mengamuk nak basikal.

Terengganu : Breakfast

Kami breakfast kat hotel jer. Malas nak keluar pusing2 cari makan kat luar. Ikut tekak nak makan nasi dagang ganu.

Rayyans setiap kali breakfast kat hotel koko crunch jer yang dicari. Macamlah kat rumah takde koko crunch.

Sedikit frust sebab mama mengharapkan ada makanan tradisional teganu dalam pilihan breakfast tapi nan hado.

Pada pendapat mama better pihak hotel sajikan masakan tradisional teganu. Barulah imej dan warisan teganu dapat dikomersialkan.

Yang ada nasi lemak, kwayteow goreng. For me menu2 ni dah biasa sangat. Kat kl boleh makan setiap hari.

Then mama ambik bubur nasi jugak.

Next plate ada kuih2 dan ubi kayu rebus cicah kelapa dan sambal ikan bilis.

After breakfast jalan2 kat lobi amik gambar.

Banyak barang2 antik dan tradisional dipamerkan sekitar lobi.

Replika keris serta sarung pun ada. Besar lak tuh.

Pagi ni kami just habiskan masa kat bilik sementara tunggu check out. Petang ni nak check in kat permai inn plak sekali dengan rombongan audit.

Saturday, June 7, 2014

Terengganu : A&W

Tak dapat nak main layang2 lama2 sebab langit dah mula gelap. Angin pun makin kuat macam nak hujan jer.

Sebelum hujan turun baik kita selamatkan diri dulu. Masa tengah pusing2 cari kedai makan, nampak banner kat roundabout pantai batu burok.

Kami dinner siap2 dulu sebelum balik hotel. Kalau dah balik nanti malas nak keluar balik. 

Kami dinner kat a&w batu burok. Float kat a&w memang thorbaikk lah.

Cukup ke mama makan burger jer tu? Jangan nanti pukul 10 malam keluar cari nasi plak.

Tadi masa pusing2 kat roundabout nampak orang bakar lokching. Pas dinner mama suh papa datang sini balik. Lokching ni boleh termimpi2 tau.

Beli seploh hengget terus. Walhal mama sorang jer makan lokching ni. Papa n rayyans tak makan. Malam ni yang pasti mama mimpi yang indah2 saja.

Terengganu : Pantai Batu Buruk

Waktu petang kami keluar santai2 kat taman awam batu buruk. Masa mama belajar kat mrsmkt dulu, sinilah tempat outing sebulan sekali.

Mama belajar kat terengganu tahun 97. Dah lebih 17 tahun, pantai batu buruk dah banyak berubah. Banyak pembangunan kat sini.

Bertemankan suami dan anak2, mama mengimbau kembali kenangan masa remaja dulu. Pelbagai memori pahit manis yang mengajar mama erti kedewasaan.

Baru nak feeling2, kereta kuda ni lalu depan mata. Mulalah rayyans tak tentu arah. Minta nak naik kereta kuda.

Kasi chance la kat rayyans. Lagipun masa mama blajar sini dulu takde kereta2 kuda. Sekarang ni macam2 aktiviti ada kat tepi pantai batu buruk.

Macam mama jer yang terlebih excited. Rayyans muka sedih jer. Bayaran rm5 perhead untuk dewasa n rm3 untuk kanak2.

Kuda ni bawak kami pusing satu round jer. Kejap sangat x sampai 10 minit pun. Bontot tak sempat nak panas.

Pas naik kereta kuda kami berjalan ke arah pantai. Ada plak orang jual layang2 macam2 corak dan saiz.

Bila mama tanya rayyans nak main layang2 tak, dua2 cepat jer jawab nakkk.

Angin kat tepi pantai memang kuat. Sangat sesuai untuk main layang2.

Dengan bantuan papa, layang2 berjaya diterbangkan. Seronok tengok muka rayyans excited bila nampak layang2 diorang naik tinggi.

Their layang2 terbang megah di angkasa.

Kusyuknya dia pegang tali layang2. Tak bergerak2 tangan tu tegak jer.

Dah penat la tu pegang ngan tangan. Mulut pun layan. Janji layang2 tu tak jatuh.

Terengganu : Primula Beach Resort

Isnin depan mama kena gi audit iso kat iwk kuala terengganu. Alang2 mama ke terengganu awal sehari. Boleh la bawak anak2 bercuti dulu.

Subuh pagi tadi kami gerak ikut lebuhraya pantai timur. Sampai terengganu ngam2 waktu check in. 

Hari ni mama booked hotel primula kat batu buruk. Mama amik bilik triplet. Bilik boleh tahan luas.

Amboi kusyuknya anak mama baca buku. Apa yang menarik sangat kat dalam buku tu.

Actually bilik ni adalah connecting room. So kena sentiasa pastikan berkunci dari dalam. Manalah tau rayyans gatal tangan g buka kunci pintu.

Toilet bersih. No complain. Cuma kalau ada bath tub lagi best.

The other side dalam toilet. Tu bakul bekalan susu ya. Rayyans masih minum susu dari botol walaupun umur dah 5 tahun.

Bilik kami ni ada beranda. Pemandangan dari beranda nampak pantai batu buruk. Kalau perasan, ada breakwater kat dalam laut tu. Breakwater tu salah satu projek tempat mama kerja dulu.