Tuesday, May 13, 2014

Farm In The City

Kejadian pada hari wesak. Cuti dok melepek kat umah xde buat apa. Tetiba dapat wasap dari angah ajak pi farm in the city kat seri kembangan. Tanpa fikir panjang, mama terus setuju. 

Kami sampai kat sana jam 2.30 petang. Perghh..memang time panas yang amat. Gigih betul nak bawak anak2 mengenal binatang.

Peluh tu xyah cakap la. Dah rupa mandi bawah shower gayanya. Sampai berkipas anak bujang mama ni. Nasib la pengunjung tak ramai sangat. Takdelah sesak.

Harga tiket bagi dewasa adalah rm30 dan rm25 bagi kanak2. Masa nak beli tu kena tunjuk mycard. Kalau tak harga tiket lagi mahal. Merasalah jadi foreigner.

Kanak2 tinggi lebih dari 90cm baru dikenakan tiket. Sadly, ketinggian si kembar more than 90cm. So kena charged la. So fast they grow. 

Kami amik pakej rm109 untuk dua dewasa dan dua kanak2. Then tambah lagi 2 tiket dewasa untuk angah dan hidayah. Jimat la sikit kalau amik pakej tu.

Pakej tu disertakan sekali dengan pass untuk naik kuda sorang satu dan voucher rm10 untuk beli family meals.

Pass naik kuda tu memang kami gunakan. Tapi voucher family meals tu x coz kami kna tambah lagi rm28 untuk beli meals itu. 

Tetiba kedek gila sebab kena bayar in total rm38 just untuk nugget, fries.. food yang lite2 jee. Macam tak berbaloi. Lagipun before datang sini kami dah lunch siap2.


Apa yang best kat sini, kita boleh beramah mesra dengan binatang. Kalau kat zoo kita hanya tengok dari jauh. Pekerja2 pun memang bagi layanan baik.


Merasalah tangan gebus rayyan memegang binatang2 yang berbulu ni. Jangan risau kotor sebab paip air disediakan merata tempat untuk cuci tangan.

Pastu kita boleh bagi makanan dekat binatang2 kat sini. Makanan memang disediakan free of charge. Paling penting, tak kedekut. Boleh minta banyak2 kali.


Selain tu ada gak pertunjukkan tapi yang simple2 jer la. Time ni staf nak bagi makan kat binatang yang ada dalam aquarium ni.


Inilah binatang kat dalam aquarium tu. Mama lupa dah namanya apa. Binatang ni makan ikan. Pastu kids dapat peluang untuk bagi makanan kat binatang ni.


Ini pula persembahan yang melibatkan burung kakak tua. Antaranya cakap hello, bye bye, naikkan bendera dan spot the ball.


Bola tu diletakkan bawah mangkuk, then sorang budak dipanggil untuk mengalih-alihkan mangkuk tu. Pastu tugas burung kakak tua untuk buka mangkuk mana yang ada bola.


Yeay jumpa, pandainya dia. Hahaha.. Tapi mama rasa dia jumpa bola tu melalui bau. Wahh..budak2 semua kagum gila tengok.


Especially budak dua orang ni. Siap amik tiket depan sekali. Sampai berkerut kening nak mikir macam mana burung boleh tau bola tu kat bawah mangkuk yang mana.

Hai apa la nak jadi ngan anak jantan mama ni. Pegang anak ayam pun terjerit2. Terkejut sebab kaki ayam tu kan tajam. Bila kena tangan dia terus dicampaknya anak ayam tu.

Jom layan gambar-gambar binatang yang ada kat dalam ni..






 






Family potrait..


Monday, May 12, 2014

Stress Management

Opis mama ni selalu hantar staf untuk training tak kira la dari segi teknikal atau tidak. Kali ni mama terpilih untuk ke stress management training plak. Stress ke haku? Huhuhu.. tak kisahlah nama dah naik kan kita attend jer la. 

Motivator tu plak adalah Dr Hj Fadzilah Kamsah. Lagilah tak boleh lepaskan peluang ni. Selama ni dok tengok dia kat tv or dengar suara kat SinarFM jer. Ni ada chance jumpa face to face. 

Bersemangat betul mama siap amik seat depan ni. Hahah..curi2 amik gambar dia. Masa ni dia tengah set up material untuk sesi motivasi.

Sebelum training start, kita selfie dulu. Bolehlah nak selfie sebab peserta tak ramai yang sampai lagi. Kalau orang ramai segan skit nak amik gambar muka sendiri.

Untuk permulaan kami kena tulis nama sendiri dan tarikh lahir sendiri n husband. Mama n papa kan sama tarikh lahir. So DMFK cakap susah nak jumpa pasangan sama tarikh lahir. Dari tulisan dan tarikh lahir ni dia boleh agak kita ni orang yang macam mana based on dia punya kajian berpuluh tahun. Pendapat dia pasal mama... keras hati n suami yang banyak mengalah. hikhokhikhok..

Program ni memang baik..boleh hilangkan stress. Sepanjang masa gelak jer kami. sesi sehari terasa pantas sangat. Kejap jer dah petang..dah nak habis. Huhuhu.. apa pun semoga kami lebih bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab kami di tempat kerja dan di rumah juga.

Sunday, May 11, 2014

Celebration

Mei datang lagi. Seperti tahun2 sudah bulan mei adalah bulan meraikan. Dimulai dengan ulangtahun kelahiran bondaku tercinta pada 10 mei. Kemudian 11 mei pula ulangtahun kelahiran ku dengan hubby ku serta hari ibu.

Kalau diikutkan, kami plan nak balik kampung pada 1 mei semasa cuti hari pekerja untuk meraikan hari lahir dan hari ibu lebih awal. Kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan. 


Plan yang telah kami rancang dari awal tidak kesampaian. Hadif tetiba demam panas, cirit birit dan muntah. Seminggu kami berkampung kat pantai hospital ampang.


Hasrat untuk balik kampung terpaksa dilupakan. Kesihatan hadif lebih priority ketika ini. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Walau apa pun aku redha. 


Untuk birthday kami plak tiada apa2 perancangan. Ye la umur pun dah tua2 ni takdelah nak meraikan beria sangat. Kebiasaannya cuma beli kek n masak2 jemput anak2 tiri makan.


Tetiba hari khamis tu Athillah datang rumah bagi surprise kat kami. Dia dah bookedkan hotel untuk kami beristirehat wiken ni. Syukur Alhamdulillah anak2 masih ingat kat kami. 

So petang sabtu kami check in kat hotel dorsett subang jaya. Pertama kali stay kat sini. Melancong dalam negeri selangor jer kali ni. Jadi la dari takde kan.

Lepas check in takde buat apa2. Kami lepak kat swimming pool jer sepanjang petang melayan anak2 mandi. Tyla n ayein pun join sekaki merendam kaki. 


Seronok betul sesekali dapat peluang bercuti merehatkan badan n minda.  Paling seronok bila percutian ditaja sepenuhnya. Hahaha..


Tyla n ayein tak stay kat hotel. After swimming diorang berdua balik rumah. Kami plak terus bersiap untuk dinner. Tyla dah arrange dinner sempena hari ibu.

Hati ni tak lepas panjatkan kesyukuran. Walaupun cuma berstatus emak tiri, tapi anak2 tiri melayan mama dengan baik. Semoga ikatan kekeluargaan ni berkekalan hingga akhir hayat.


Orang yang paling gembira sudah tentulah papa. Memang diakui papa sedikit emosi bila tahu anak2 buat surprised. Terharu barangkali. Walaupun anak2 tidak tinggal bersama kami tapi ingatan tetap ada.


Si kembar mama ni setialah mengekor ke mana saja kami pergi. Actually diorang offer diri untuk menjaga rayyans. Saja nak kasi chance kat kami berhoneymoon. 


Tapi rasa berat hati plak nak tinggal anak2 kan. Maklumlah kami tak pernah lagi tinggal rayyans bermalam di bawah jagaan orang lain. Honeymoon dengan adanya rayyans lagi 'happening'.


Menu dinner macam2 ada. Memang puas hati. Walaupun ramai pelanggan tetapi makanan sentiasa di top up. Makanan pun boleh tahan sedap2. Rata2 pelanggan yang datang malam ni untuk meraikan hari ibu.


Dinner start dari pukul 6 hingga 10 malam. Berulang alik la kami amik makanan. Mana la badan tak melebar kalau asyik makan jer kan.


Sesudah dinner kami just lepak2 kat lobi sambil tengok performance dari resident artists. Fuhhh...cuci mata u laki I. Seksi meksi penyanyinya. 


Habis 2,3 lagu anak2 dah ajak balik bilik. Time untuk tidur. Sambung lepak kat bilik plak. Anak2 tidur, papa tengok bola dan mama layan fb dan blogwalking. 

Tetiba kul 12 malam pintu bilik kami diketuk. Suspen gak mula tu. Tak pernah2 dok hotel pintu kena ketuk malam2 cenggini. Papa intai kat lubang. Tak nampak plak sapa. 

Fikir 3,4 kali gak nak buka pintu. Mana tau kot2 perompak ke apa. Orang kat luar plak makin kuat ketukannya. Last2 tawakkal papa buka skit pintu. Tetiba berkumandang lagu happy birthday to uuuuu...

Masyaallah...budak2 ni buat surprised lagi. Bawa kek birthday untuk kami. Tiada apa yang lebih membahagiakan kami sebagai ibu bapa selain dari ingatan anak2. Terharu....speechless....

Untuk tyla yang jadi mastermind semua ni mama neeja ucapkan terima kasih banyak2. Sesungguhnya mama n papa rasa sangat terharu. Untuk along, ayein, azri n taufiq yang turut sama meraikan kami mama ucapkan terima kasih. Tak lupa juga untuk anak2 yang tak dapat bersama, angah, hidayah n memer yang tak lupa untuk menitipkan ucapan buat kami.

Thursday, May 1, 2014

Hadif Admitted

First time Hadif demam kuat dan lama tak kebah2. Startnya hari rabu after balik dari sekolah. Dalam kereta dia diam jer. Macam takde mood. Pastu dia nak tidur atas riba mama. Masa tu dah rasa badan dia panas skit.

Lepas sampai rumah, mandi dia mitak susu nak tidur. Tak sampai 5 minit dia lelap tetiba dia menjerit kuat gila. Bila bangun tu dia start muntah then cirit birit. Pastu dia menggigil-gigil walhal badan dia panas jer. Kuku tangan n kaki berubah biru.

Kami bawak ke klinik dan bagi ubat. Tapi dua hari tu takde perubahan langsung. Bila suhu badan dia nak start naik dia mula menggigil. Jumaat tu mama bawak gi panel klinik kat opis mama. Masa ni suhu Hadif dah naik 40 darjah. 

Doktor risau takut kena denggi ke virus, terus refer Hadif ke Hospital Pantai Ampang. Nurse terus bogelkan Hadif n mandikan dengan air batu. Menjerit anak mama menahan sejuk. Masa ni air mata mama dah menitik dah. Kesian tengok Hadif menangis2.

Lepas tu kena cucuk tiub utk drip plak. Lagi kuat meraung. Then baru kena transfer masuk ward. Kami dok two bedded room tapi lagi satu katil tu kosong. Sepanjang dok hospital katil kosong tu jadi tempat Hazim la.

7 hari Hadif kena tahan kat ward. Masuk hari kelapan mama request ngan doktor nak balik. Sepanjang 7 hari tu macam test doktor buat tapi semua negative. Scan, ultrasound, ujian darah tapi semuanya tak dapat kesan punca Hadif demam n cirit birit. 

Lepas keluar hospital demam still x kebah. Then kami bawak jumpa ustaz kat sg choh Rawang. 3 hari berturut2 mandi air limau. Alhamdulillah kami cuma berusaha, dengan izin Allah demam Hadif kebah. Lega hati mama...