Monday, December 5, 2011

Golden Sand Resort Batu Feringghi : Part 1

Perjalanan dari Teluk Intan ke Batu Feringghi makan masa 6 jam coz kami banyak berhenti. Semasa dalam perjalanan, Hadif muntah sebab tengah demam. Kami tiba ke Shangri La Resort jam 5 petang. Mama terus ke kaunter untuk check in. 

Tetapi malangnya, mama diberitahu bilik kami bukan di Shangri La resort, sebaliknya di Golden Sand Resort yang terletak bersebelahan dengan Shangri La Resort. Nampaknya mama kena lah ulang alik sebab seminar tu kat Shangri La Resort.

Golden Sand Resort ni berada di bawah pengurusan hotel Shangri La. Kalau jalan kaki dari Shangri La resort makan masa 15 minit..boleh berpeluh jugak dibuatnya.

Disebabkan kunjungan kami adalah di bulan disember, boleh katakan kesemua hotel dan resort dihiasi dengan dekorasi krismas. Tak terkecuali Golden Sand Resort...kami disambut dengan  dekorasi krismas bertemakan kaler biru putih. 

Kat reception area pula ditempatkan dengan pokok krismas yang dihiasi dengan lampu dan dekorasi yang amat menarik. Sesudah check in, kami terus menuju ke bilik yang berada di tingkat 1.

Satu perkara yang mama amat suka bila duduk hotel adalah setiap sudutnya dihiasi dengan bunga-bungaan cantik yang menyejukkan mata. Bayangkan, keluar jer dari pintu lif terus nampak bunga ni...owhhh....i likeee..

Haaa..inilah bilik 157 yang bakal menjadi rumah kami selama seminggu kami kat batu feringghi ni.

Memandangkan mama ada 2 anak kecil, kami diberikan bilik yang ada 2 katil single yang agak besar. Bilik yang kami dapat facing hillview....alangkah bestnya kalau dapat bilik yang seaview. Bolehlah berangan ala-ala romantik ngan papa....pangggg..berangan jer lebih. Ini pun kira nasib baik Mr B yang support semua ni.

Belum apa-apa, Rayyans dua beradik dah menyelit di celah-celah katil tu. Nampak gaya Papa terpaksa mengerah tenaga jantan untuk merapatkan katil yang agak berat ni.

Ruangan menonton..yang tak beberapa nak memuaskan adalah centralised sound system yang tenggelam timbul. Kejap langsung tak dengar suara..kejap suara kuat gila.

Sudut mengulangkaji. Kat sini kami diberikan sambungan internet percuma, tapi sayangnya mama tak bawa laptop. Kalau tak boleh update blog n facebook bila free.

Paling menarik bilik air yang cantik..berkilau-kilau marmar sinki tu. Pastu ada bath tub yang jadi tempat berendam Rayyans....ank mama ni demam n selsema pun still nak main air lagi.

Haaa....di dalam laci almari tersembunyi harta khazanah pelbagai minuman. Tak habis minum pun coz mama dah bawa bekal 3 in 1 dari rumah.

Tapak sulaiman..setiap sudut dan dinding dihiasi dengan frame tapak sulaiman ni. Kaler hijau tu betul-betul menarik perhatian.

Pose from papa, setelah 3 kali turun naik mengangkut barang-barang kami. Kata berumahtangga kat sini selama seminggu, sudah semestinya banyak barang-barang yang dibawa.

Mama tetiba enterprame sebelah papa. Sesekali ambil peluang bergambar berdua. Nak minta tolong anak ambilkan gambar takut lain plak jadinya nanti. 

Sebelum katil ditunggang terbalikkan oleh si Rayyans, baik mama pose dulu. Perasan tak Hadif tengah main kabel telefon tu? Telefon terpaksa dicabut...tak pasal-pasal kami kena bayar gantirugi nanti kalau dibiarkan telefon kat atas meja tu.

Pose ikan dugong dari mama di celah-celah katil...sib baik muat peha ai melangkah kat ruang sempit ni.

Selepas mengemas apa yang patut, petang kami cuma menghabiskan masa berehat kat bilik. Rayyans pula, selepas mandi terus tertidur kepenatan. Cuma papa jer yang keluar beli makanan untuk dinner.....1st nite dinner makan nasi kandar.

Inilah gaya tidur Hadif yang paling lena...gud nite uolsz...malam ni kena tidur awal. Kena rehatkan minda untuk menghadiri seminar esok pagi...

Journey From Teluk Intan To Batu Feringghi

Hari ni kami akan menempuh perjalanan jauh..dari teluk intan ke batu feringghi. Mama kena attend seminar kat batu feringghi selama seminggu. Jadi kami kena check out pagi-pagi coz travelling time makan masa lebih kurang 5 jam..tak campur dengan beberapa check point yang akan kami berhenti rehat nanti. Kalau boleh tak nak sampai kat batu feringghi tu dah malam...takut sesat nak cari tempat stay kat sana nanti. Maklumlah, last time mama ke feringghi adalah 5 tahun yang lepas...lama ko...

Sementara tunggu papa angkut barang ke kereta, mama n Rayyans melayan bergambar di dalam bilik hotel. 

Rayyans ni memang tak kasi chance mama nak pose single mingle..ade jer muka diorang menempel.

Anak bujang mama ni kalau bab-bab posing memang 1st class.. bila disuruh peluk, automatik tangan memasing ke bahu dan ke perut.

Candid of papa..sian papa turun naik 2,3 kali angkut barang-barang. Anak teruna masih kecil, tak boleh nak minta tolong lagi.

Jam 9 pagi kami terus check out dari hotel Grand Court. Sementara tunggu papa check out, Rayyans duduk lepak2 kat lobi. Mula-mula, elok jer duduknya. Penuh sopan santun anak mama ni.

Tak sampai 5 minit, habis tunggang langgang perabot lobi dipanjatnya...haishh..anak-anak mama ni...

Malam tadi menara condong tak nampak sangat coz kawasan persekitarannya gelap gelita. Jadi pagi ni papa bawa kami round-round sekitar menara condong. Mama berhajat nak cari keychain yang ada menara condong, tapi hampa coz takde satupun kedai yang jual keychain kat sini.

Pagi ni banyak plak motor polis parking kat depan menara ni..tapi abe2 polisnya tak nampak la plak. Cantik bersusun motor-motor polis ni. 

Papa bawa kami ke kedai Mastan Ghani. Menurut papa kedai ni glamer dengan kesedapan mee rebusnya..tapi kali ni kami tak berkesempatan nak mencuba mee rebus kat sini sebab kedainya belum dibuka.

Setelah pusing-pusing pekan teluk intan di bawah hujan renyai-renyai, kami menuju ke destinasi seterusnya, batu feringghi.

Sunday, December 4, 2011

Hotel Grand Court Teluk Intan

Balik dari kenduri kami terus check in kat hotel Grand Court Teluk Intan. Hotel ni terletak di G-3, Menara GSM, Jalan Padang Tembak, OFF Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan. Actually kami dah booking standard twin room seminggu awal coz risau tak dapat bilik. Maklumlah, sekarang musim cuti sekolah, sudah pasti permintaan tinggi. Tambah lagi hotel ni agak baru dan semestinya menjadi rebutan. Rate bilik ni adalah RM110 without breakfast. Biliknya memang selesa walaupun hanya bertaraf 3 bintang. Oklah..cakap banyak pun tak guna..lets explore the room.

Lobi

2 single bed...yang kemudian dicantumkan jadi satu bed

Sudut menonton..ada flat screen n beberapa channel astro

Toilet

View selepas hujan dari bilik kami..mengadap main road. Kat bawah tu adalah beberapa biji forklift atau lebih mesra dengan nama sodok. Dah satu hal mama kena dukung diorang kat tingkap semata-mata nak tengok forklift.

Scene syahdu syahdan kena tinggal ngan papa. After check in, walaupun baru lepas makan kenduri, bila dok bilik hotel ni perut asyik rasa lapar jer. Apa lagi, terpaksalah papa keluar beli makanan. Dah satu hal plak anak2 bujang ni nangis nak ikut papa.

Malamnya after dinner kami keluar round-round sekitar teluk intan. Tapi sayang, trip kami kali ni musim basah. Hujan tak berhenti. Nak pose kat menara condong pun tak tercapai hajat coz menara tu under maintenance. Takde lampu warna warni di malam hari. 

Kesimpulan : Not bad..bilik selesa dan luas. Hotel ni berdekatan dengan food court plus kalau nak berjalan ke menara condong tu dekat jer. Yang penting, anak-anak tidur lena sebab sejukkkk...

Balik Kampung @ Sg Manik

Hari ni kami sekeluarga balik kampung papa kat sg manik untuk menghadiri majlis perkahwinan anak jiran papa kat kampung. Kami bertolak dari puncak alam awal pagi dan tiba kat sg manik jam 11 pagi. Kami banyak berhenti sepanjang perjalanan. Maklumlah berjalan dengan anak kecik ni banyak dugaannya. Lagipun Rayyans ni cepat bosan kalau dok lama-lama kat dalam kereta. Jadi kami perlu berhenti banyak kali dan bawa Rayyans jalan-jalan kat RnR dulu.

Setibanya kat kg, nampak plak aksi superwoman tengah panjat pokok rambutan. Tengah musim rambutan rupanya. Tulah..dah lama sangat tak balik kampung.

Hazim tengah demam..so meragamlah masa mula-mula sampai. Langsung takmo turun, terpaksalah mama menggagahkan diri mendukung Hazim. Hadif plak sebaliknya, excited round-round sekeliling rumah.

Inilah hasil tuaian hari ni...banyak jugak. Cukuplah untuk diagih-agihkan untuk semua sedara mara yang ada. Best sangat dapat makan rambutan fresh ni.


Rumah kakak papa kat kg ni dikelilingi dengan buah-buahan dan tanaman. Ini first time mama tengok buah kundur ni...mulanya mama tak tahu pun ni buah apa..Ingatkan labu air..hehehe..


Hadif bila dah jumpa tangga mulalah tak terkawal. Asyik naik turun tangga jer. Tapi bila ajak masuk rumah tak mau plak. Asyik dok jalan sekeliling rumah..sesekali terlepas 'kurungan' camnilah gayanya.


Masa dok main kejar mengejar Rayyans keliling rumah, ternampaklah basikal antik ni. Dah susah nak cari basikal camni sekarang. 


Disebabkan Rayyans tak mau masuk rumah, so kami decide terus ke tempat kenduri bersebelahan rumah kakak papa ni.


Walaupun kendurinya hanya kat rumah sebelah, tetapi terasa macam jauh yang amat sebab kami kena jalan kaki di hari yang panas terik. Selepas makan kenduri, kami melepak sekejap kat rumah kakak then terus check in kat hotel Grand Court Teluk Intan. Esok kami sekeluarga akan bertolak ke penang sebab mama kena attend seminar selama seminggu. Sebab tu lah kami just stay kat teluk intan..penat nak patah balik ke puncak alam.

Saturday, December 3, 2011

Mee Hailam

Hari ni Rayyans susah betul nak makan nasi. Satu rumah berkejar nak suapkan nasi tapi diorang siap tutup mulut kuat - kuat. Bila perut lapar mulalah diorang merengek minta keropok la, aiskrim la... makanan yang bukan-bukan. Yang memang takkan mengenyangkan. Bila mama nak bagi makan nasi taknak pulak. Pening mikior apa nak bagi makan kat anak teruna ni. Penyelesaiannya adalah mee. Masaklah apa pun yang berasaskan mee mesti laju diorang makan. So mama kerahlah papa ke kedai cari bahan-bahan untuk masak mee hailam.



Resepi Mee Hailam mama refer kat blog Chef Hanieliza. Kat buku 1 hari 1 resepi pun ada gak resepinya.

Bahan - bahan :
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam - hiris nipis
100 gm udang - ganti sotong
250 gm sawi hijau - potong kecil
100 gm bunga kubis - ganti carrot
100 gm kobis - tak letak, takde stok
1 biji cili merah - mayang
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih - ketuk

bahan hias :
3 batang daun sup 
3 batang daun bawang 
garam

Cara - cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
Bila ayam sudah masak, masukkan sotong. Kacau rata.
Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau rata.
Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

Congo Bars

Esok kami sekeluarga akan balik ke kampung papa untuk attend kenduri anak jiran kat kampung. Mama masak kek congo bars ni sebagai buah tangan untuk kakak papa yang tinggal kat kampung.

Resepi Congo Bars mama refer kat blog Azlita Masam Manis.


Bahan – bahan : 
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan – optional 

Cara – cara :

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.

Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. 

Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.


Tuangkan adunan kedalam tin pembakar yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.


Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.