Sunday, December 12, 2010

Desa Water Park

Today is mama n papa 2nd anniversary..kebetulan wiken ni xde apa2 plan, so papa suggest gi mandi manda kat desa water park. dah agak lama mama n papa x bawak Rayyans mandi2..angah yang tengah mengabiskan cuti semester kat umah weolsz pun join sekali.
Sampai jer sana, Rayyans dh excited bila nampak air. X sempat mama nak tukarkan baju dh berlari masuk dlm air. sabar yer sayang..kite tukar baju dulu yer..Dah tukar baju baru la boleh mandi
Rayyans ni pantang kalau jumpa air. suka sgt main air. kalau kat umah pun asyik nak 'andi' jer. isu sejuk mmg x jd hal untuk Rayyans...mula2 main kt tepi2 jer dulu. sib baik angah ada..adala org nk memerhatikan Rayyans sementara papa jd fotografer
dh lama skit, mama n papa bawak Rayyans pusing2 satu kolam. air kat paras pinggang jer..mmg khas untuk kanak2..
dh penat pusing2 kolam, weolsz naik kt tempat mandi untuk kanak2. 
Mula2 Rayyans takut2 nk naik buaya ni...takut kena gigit agaknya. kat sini air sedikit suam khusus untuk baby
bila dh bosan main ngn buaya, Rayyans try naik gelongsor plak.
Rayyans sgt x suka bila mama n papa pegang diorg. Kalau boleh Rayyans nak jln sindri..mna boleh syg..ni kat dalam air..kalau jatuh n lemas mama gak yg susah nnt
kite rehat jap...minum susu
next..kita move another pool..
apa la yg Rayyans dok ngintai ni
mama n papa kasi chance kat Rayyans mandi puas2. we stayed sampai management waterpark ni buat announcement dh nak tutup baru weolsz stop mandi n tukar baju. so far, mama puas hati bawak Rayyans mandi kat sini. harga tiket xde la mahal..pastu tempat mandi utk kanak2 byk...n games utk org dewasa (weolsz x berpeluang main) pun byk...safety guard pun ramai...lain kali boleh dtg lg la kt sini

Thursday, December 9, 2010

Rayyans @ 16 Months Old

Rayyans suka naik kt ats belakang mama. Setiap petang bila blk umah, mama nk kene jd kuda untuk Rayyans. selagi x dpt naik, selagi tu la Rayyans dok menjerit suh mama baring. Yg peliknya Rayyans ni asyik suh mama jer jd kuda, papa xde plak terkena..huhuhuhu
kenmain lg happy ekk
bila mama baring x gerak, kenmain lg menjerit mrh
mama kena jd kuda lg..suka yer hadif
kalau x membuli mama, Rayyans ni suka buli toys jugak. Hbs rosak toys diorg ni
Hazim kene gigit ngn Hadif..sian anak mama

Monday, December 6, 2010

Genting Highlands

Genting Highlands..here we come. Seronok sungguh dapat gi genting highlands..dah lama mama x jalan2 kat sini..sejak mengandung n sejak Rayyans lahir tak pernah jejak kaki kat ats bukit ni. Malam td mama dah prepare bhn2 untuk wat sandwich..sebagai bekal kat ats nun. Ye la..nak benti makan kat restoran payah bila ade si kembar ni. Daripada perut berbunyi kelaparan, baikla mama bawa something untuk alas perut.

Lepas breakfast n setelkan suap makan minum kat Rayyans, jam 9 kami bertolak ke genting. Sampai kat atas tu orang dah ramai..parking pun dh fully loaded. Pusing 2, 3 kali barula dapat parking kosong. 
Kat ats ni sejuk sgt tp pemandangan agak silau..sampai susah nak buka mata. 
apek mama ni xleh nak buka mata luas2..berangin n silau

Dari parking lot kami mencari2 indoor theme park. Dah lama sangat x dtg sini, berpusing2 jugakla baru jumpa jalan masuknya. Sambil2 mencari2 tu sempatla kami berposing kat mana yang patut dulu...mama ada byk gambar yg nak dikongsikan...sila2 la yer...
Hazim yang selalu tersenyum..yg mencairkan hati mama
Berlatarbelakangkan hotel first world yang berwarna warni...salah satu impian mama yang masih belum kesampaian adalah untuk stay kat hotel ni with Hubby & Rayyans.
pantang jumpa sudut yang menarik, pasti kami bergambar bersama
kebetulan masa ni tengah musim krismas, jadi kat sini penuhla dengan decoration2 krismas. Apa yg menariknya, decorations tu adalah dari botol2 recycle yg majoritinya bewarna putih..seakan akan musim salji...memang salute dengan management genting yang mengambil pendekatan untuk menyelamatkan alam sekitar.
Mama buat peace..Hazim pun try buat jugak..tp peace terbalik. OK lorr
Masa mama kecil2, mama tak pernah ada peluang untuk bersukaria main games2 ni semua. Mama bukanla dari keluarga yg senang, yang boleh bercuti ke sana sini setiap musim cuti sekolah. Jadi, mama tak nak Rayyans melalui cara hidup seperti mama. Mama nak Rayyans merasai pengalaman main2 ngan indoor games dulu. Nak gi yg outdoor games amatla tidak sesuai untuk baby. pusing2 tengok senarai games, mencari2 games yang boleh Rayyans main...terpandangla merry go round..hmm yg ni confirm Rayyans boleh main coz mak bapak kanak2 boleh naik sekali. 
Dengan sabar kami beratur tunggu giliran untuk naik. Nasib baikla orang tak ramai sangat. Round kedua kami dah boleh naik. 
Hazim memang excited sangat..siap tak bagi mama pegang dia. Tiang tu dia pegang sendiri jer.
Lain plak ceritanya dengan Hadif. Bila merry go round tu stat pusing, dia pun stat la menyanyi. Sampai sudah taknak duduk kat atas kuda tu..las2 papa terpaksa dukung jer Hadif. Si bulat mama ni nampak jer ganas...tp penakut.
Masa naik kuda tu tadi pekerja yg jaga pintu tu tak koyak tiket kami. Maybe sbb Rayyans dikira bawah umur sangat kot. Jd tiket tu still valid lg. Mama amik peluang untuk naik bot ala2 kat venice. Papa taknak ikut...so mama ajakla angah join. Papa kenala jaga Rayyans sorang2 dulu sementara mama n angah berboating.
Setia sungguh 'pakcik' ni mengayuh sampan tak berhenti2...orang nak naik pun tak berhenti gak. Terpaksala naik cpt2 kalau tak nak jatuh dalam air tu.
Angah yang kebetulan tengah menghabiskan cuti semester kat umah kami ikut sekali. Dapatla gilir2 dukung & jaga Rayyans.
tu dia berterabur duit yg org2 baling n wish kat dalam ni. kalau la mama keje kat sini, dah lama mama kutip duit2 ni..byk tu.
After mama round2 kat 'venice' tu mama tengok papa dah tak keruan mengejar si Rayyans. Dua2 dh takmo duduk dalam stroller. Taknak mama & papa pegang..nk jln sindri..konon dh besar la tu.
Sesekali bila terlepas cmni kenmain happy lagi Rayyans. Ye la..kat umah asyik kene kurung ngan mama jer..sekali bila kuar jalan2 ni nak bebas la diorang. Berkejar ke sana kemari.
Nak cuba main video game..tp ketinggian tak cukup la plak. Pakat dok berebut dua beradik sampai nak tercabut dah kotak tu.
Bila dah penat pusing2 kat indoor park, kami keluar ke outdoor park untuk cuci2 mata jer. Rayyans pun dah lama x minum susu, jd kami berehat sekejap untuk alas perut n Rayyans minum susu. Hazim dah penat sangat agaknya, diam jer kat dalam stroller tu. Hadif plak yang aktif berjalan.
Main 'ku cak aaa' ngn papa
suka sangat main kat pintu automatik ni..berkali2 dok keluar masuk
ok kwn2..sebelum masuk kite kene ukur tinggi dulu yer
Dah penat pusing2, hari pun dh nak petang baru la kami balik. On da way balik kami x ikut karak, tp ikut jalan batang kali..saja je nk try jalan yg x pernah lalu. Best sangat bila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Walaupun sibuk dengan kerja & urusan harian, kita perlu ada masa untuk meneliti perasaan mereka, untuk berlibur bersama kerana itu adalah kunci kebahagiaan.

Sunday, December 5, 2010

Lumut

Harini papa hantar ayein ke mrsm pasir salak untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke mrsm.  Exam tu stat kul 8 pg n habis kul 1 tengahari, jadi papa kene gerak awl2 pg. Mama & Rayyans ikut sekali..teman papa.
Kami gerak dari puncak alam seawal 5 pg...coz tak nak ayein terlambat sampai untuk exam yang akan menentukan masa depan ayein ni...plus nak mencari mrsm pasir salak yang tak diketahui lokasi sebenarnya kat mana. 
Jam 7 pg kami sampai kat pasir salak, keadaan sekeliling masih gelap. Kebetulan ada kedai makan yang dah buka, jd kami singgah untuk breakfast sementara tunggu hari siang...awal betul kami breakfast harini...1st customer kat kedai makan tu. Kami breakfast with roti canai, nasi lemak & teh tarik.
Selepas breakfast, mama tukarkan pampers & baju Rayyans (x mandi pun..jus basuh muka). Hari pun dh makin cerah...pasni nak antar ayein terus ke mrsm pasir salak..then plan kami selepas tu adalah untuk makan angin kat lumut.
taraaa mama..Hadif dah tukar baju..dah boleh gi jalan2

Perjalanan ke lumut dari pasir salak makan masa hampir sejam. Boleh dikira agak awal la kami sampai sana coz banyak kedai yang masih tutup. Kami amik peluang untuk jalan2 sekitar lumut. Seronok jugak pergi time orang tak ramai..bleh jalan2 dengan senang hati coz kereta tak banyak.
Mama amik peluang untuk beli macam2 produk hasil laut..rambang mata dibuatnya. Semuanya nak dibeli..semuanya nampak sedap. Feveret mama adalah satay ikan..satu plastik tu sekali makan jer boleh habis. Mama ada beli extra untuk souvenier kat pengasuh Rayyans & kawan2 ofis mama.
pusing2 cari tshirt untuk Rayyans
beli ikan masin buat stok..papa suka makan gulai ikan masin & sambal ikan masin. Beli banyak2 pun takpe..leh simpan lama
sotong kering bergula..3 peket RM10
mama sibuk memilih dia pun sibuk gak la nk memilih sama
Lepas beli segala stok makanan kering tu kami pusing2 sekitar jeti. Banyak gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua..
tu dia hasil tangkapan mama..penuh satu plastik besar
Hadif dah mula buat hal..takmo duduk dalam stroller
jom kta pusing2 kat jeti mama
papa with Rayyans
jeti ke pulau pangkor..tp kami tak pergi pulau..cuma jalan2 sekitar jeti sahaja. Rayyans dah pernah sampai ke pulau pangkor masa umur 4 bulan...maybe tak mengerti lagi time tu
bila nampak air dua2 dah takmo duduk dalam stroller
suka sangat dapat tengok air..tp mama tak boleh nak lepaskan Rayyans berlari sana sini, takut terjatuh dalam laut. 
Hadif marah bila papa dukung..dia nak jalan sindri. Anak mama ni masih belum faham erti bahaya. Kalau terjatuh dalam laut tu mama jugak yang tak keruan nnt. Sori yer sayang...mama lagi rela tengok Rayyans menangis dari tengok Rayyans lemas kat dalam laut tu. 

Bila matahari makin naik, cuaca pun makin panas, kami amik keputusan untuk bertolak balik ke pasir salak untuk jemput ayein after habis exam tu. Dari pasir salak kami terus balik ke puncak alam.