Wednesday, April 1, 2020

MCO Menu: Day 15

Sepatutnya hari ni dah mula berkerja setelah tamat MCO Fasa 1. Tapi apakan daya, kita hanya merancang. Kuasa Allah jua yang menentukan. Wabak covid19 nampaknya semakin teruk. Sama2 kita doakan semoga wabak ni akan berakhir menjelang ramadhan. Amin.

Menu sarapan kami pagi ni adalah makaroni bakar. Dah lama gilaaa rasanya mama tak masak menu ni. Walhal anak2 suka sangat makan makaroni bakar. Almaklumlah mama sibuk menyelamatkan dunia.

Untuk lunch pula buat ayam percik merah dan sayur bak choy goreng. Sekarang ni kena praktis masak untuk bersedia menyambut ramadhan. Ramadhan nanti tak ada bazar. Nak tak nak memang kena masak sendiri la. 

Tea time pula masak agar-agar pandan. Ni makanan yang memang mama akan cari setiap kali ramadhan. Bila berbuka makan agar2 sejuknya mengalir kat tekak.

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk (clear)
1 ketul gula batu
1800 ml air
200 ml santan (1 kotak kecil)
1 biji telur
180 g gula
Pewarna hijau

Cara-cara:
1. Larutkan agar2, air, gula dan gula batu sehingga mendidih. Masukkan pewarna hijau.

2. Kacau telur dengan santan. Kemudian masukkan dalam adunan agar2.

3. Kacau sekejap sahaja dan biarkan agar2 betul2 mendidih untuk dapatkan layer yang cantik.

4. Tuang dalam loyang yang sesuai. Sejukkan sebelum potong.

No comments:

Post a Comment