Friday, April 17, 2020

Covid-19 Dan MCO

Genap sebulan dah kita semua melalui perintah kawalan pergerakan. Mama dah sebulan jugak la kaki tak jejak tanah. Memang tak keluar rumah langsung. 

Lagi seminggu plak kita nak menyambut puasa. Tak dapat nak bayangkan macam mana kita berpuasa tahun ni. Tiada terawikh di masjid, tiada bazar ramadhan. Feel bulan ramadhan yang kita lalui setiap tahun betul2 berbeza pada tahun ni. 

Hati tetiba rasa sayu sangat bila mengenangkan kemungkinan besar kita semua tak boleh nalik kampung raya nanti. Rindu dekat mek kat kampung. Macam mana lah raya ni mek kat kampung berdua jer dengan psu mat.

Tahun 2020 ni... kalau tak dapat beraya sakan pun tak apa... ❤️

Tahun ni... kalau tak ada baju raya pun tak apa... ❤️

Tahun ni... kalau tak ada bazar ramadhan pun tak apa... ❤️

Asalkan satu dunia kembali pulih... ❤️❤️❤️

Asalkan kita dah boleh bebas berjalan ke sana sini... ❤️

Asalkan semua selamat dan sihat... ❤️❤️

Asalkan kita dah boleh kembali berkerja dan belajar dengan senang hati... ❤️❤️

Asalkan dapat berkumpul dan berjumpa dengan yang tersayang... ❤️❤️❤️❤️

Dah bersyukur sangat dah 🙏🏻❤️

Tenang, semua akan kembali pulih. Mungkin lambat sikit kan? Dah mula rindu semua aktiviti² luar, sama²lah kita berdoa semoga Covid-19 ni lenyap dari mukabumi ini selama²nya... Àamiin 🤲🏻❤️

Ya Allah  ampunkan dosa² kami Ya Allah. Angkatlah penyakit yg Kau turunkan ini dan temukanlah penawarnya Ya Allah. ❤️

Lindungilah hamba²Mu Ya Allah dari kesakitan yang menyesakkan ini. Ya Allah kami mengharapkan belas kasih sayangMu dan pengampunan Mu ❤️

Semoga Allah makbulkan doa² kita semuanya.. Aaamiin ❤️

Copy n paste di wall masing² supaya ramai lagi akan "Aamiin" kan 🤲

#stayathome
#staysafe
#hapuscovid19
#kitajagakita

Thursday, April 2, 2020

MCO Menu: Day 16

Bila dok rumah lama sangat, hari pun dah lupa. Ingatkan hari ni baru khamis, rupanya dah hari jumaat. Rasa lain macam sebab papa tak pergi solat jumaat. Cepatlah pupus covid19 supaya kita dapat menjalani hidup seperti biasa.

Setiap hari masak sampaikan rasa dah habis idea dah nak masak apa. Tekak teringin nak makan makanan raya. So malam tadi mama rebus nasi impit 30 paket kecik. Mama gandingkan dengan lauk daging dendeng feveret anak2.



Untuk mama plak mama buat sambal ikan kelapa. Kat kelantan kami makan nasi impit dengan sambal ni dan kuah kacang. 

Kelapa parut kena goreng sampai garing dan sedikit perang. Then tumbuk dengan ikan rebus, serai, bawang merah, gula dan garam. Mama malas nak tumbuk. Guna blender kering jer. 


Mama malas nak buat kuah kacang sebab nanti mama sorang jer makan. Kalau takde kuah kacang, makan dengan sambal pun dah cukup membuka selera.


Nasi impit banyak lagi, jadi untuk lunch mama masak kuah lontong dan sambal ikan bilis.


Selalunya mama akan masak lontong dengan sambal udang. Memandangkan kita dalam mco, susah nak keluar jadi mama buatkan sambal bilis jer. 


Minum petang mama masak puding karamel tanpa telur.

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk
1 liter air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Campurkan susu cair, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau hingga tidak berketul.

2. Masukkan pula agar2, air, susu pekat manis dan gula ke dalam periuk tadi. Masak di atas dapur.

3. Kacau sehingga bahan2 masak dan mendidih. Kemudian tuang ke dalam loyang yang sesuai. 

4. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Menu malam kami burger daging. Siap double beef burger. 

Wednesday, April 1, 2020

MCO Menu: Day 15

Sepatutnya hari ni dah mula berkerja setelah tamat MCO Fasa 1. Tapi apakan daya, kita hanya merancang. Kuasa Allah jua yang menentukan. Wabak covid19 nampaknya semakin teruk. Sama2 kita doakan semoga wabak ni akan berakhir menjelang ramadhan. Amin.

Menu sarapan kami pagi ni adalah makaroni bakar. Dah lama gilaaa rasanya mama tak masak menu ni. Walhal anak2 suka sangat makan makaroni bakar. Almaklumlah mama sibuk menyelamatkan dunia.

Untuk lunch pula buat ayam percik merah dan sayur bak choy goreng. Sekarang ni kena praktis masak untuk bersedia menyambut ramadhan. Ramadhan nanti tak ada bazar. Nak tak nak memang kena masak sendiri la. 

Tea time pula masak agar-agar pandan. Ni makanan yang memang mama akan cari setiap kali ramadhan. Bila berbuka makan agar2 sejuknya mengalir kat tekak.

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk (clear)
1 ketul gula batu
1800 ml air
200 ml santan (1 kotak kecil)
1 biji telur
180 g gula
Pewarna hijau

Cara-cara:
1. Larutkan agar2, air, gula dan gula batu sehingga mendidih. Masukkan pewarna hijau.

2. Kacau telur dengan santan. Kemudian masukkan dalam adunan agar2.

3. Kacau sekejap sahaja dan biarkan agar2 betul2 mendidih untuk dapatkan layer yang cantik.

4. Tuang dalam loyang yang sesuai. Sejukkan sebelum potong.