Wednesday, December 12, 2018

Gunung Kinabalu From Pekan Kundasang

Tempat pertama yang mama nak pergi hari ni adalah desa dairy farm atau lebih dikenali sebagai new zealand malaysia. Kat sini adalah ladang ternakan lembu susu.

Untuk ke desa dairy farm kena melalui pekan kundasang. Masa kami lalu tu lebih kurang pukul 8 pagi. Cuaca memang tengah elok terang benderang.

Tetiba mama ternampak macam kelibat gunung. Teruslah menjerit dekat uncle suh benti. Confirm itulah gunung kinabalu yang kami tercari2 semalam. 

Rupanya dia ada depan mata tapi tak nampak. Dia dekat tapi jauh. Macam mimpi jer nampak gunung kinabalu dengan jelas. 

Gunung kinabalu ni berbeza dengan bukit2 yang ada kat sini. Sebab puncak dia batu semata2. Takde pokok. Nampak hitam jer.

Kiranya timing kami sedang elok la. Lalu kat sini masa gunung kinabalu muncul. Kalau terawal atau terlewat mungkin kami tak nampak.

Betapa mahalnya gunung kinabalu ni. Kita kena mengejar masa untuk melihat dia. Kalau tak esok pagi la baru muncul balik. 

Mama bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk menghayati keindahan gunung kinabalu. Betapa agungnya ciptaan Allah.

Semakin lama sedikit demi sedikit awan mula bergerak melitupi gunung kinabalu. 

Seakan tidak mengizinkan gunung kinabalu menjadi tatapan umum. Betapa istimewanya gunung nan satu ini.

By 8.30 am, gunung kinabalu completely hilang dari pandangan. Mama kira2 gunung kinabalu hanya muncul dalam tempoh 30 minit sahaja.

No comments:

Post a Comment