Tuesday, December 13, 2016

De Palma Eco Resort: Part 3

Cukupla satu malam dok hotel. Anak2 pun dah puas mandi kolam petang semalam. Pagi ni after breakfast plan nak terus check out.

Breakfast buffet include dalam harga bilik untuk 2 pax. Kids breakfast kena tambah rm6 per pax.

Sementara tunggu semua orang siap, mama dah hafiy jalan2 sekitar chalet. Berpeluh ketiak mama mengejar si hafiy.


Tempat breakfast kat bangunan lobi. Moh ler kita menapak pagi2 yeop. Kasi bakar lemak dulu sebelum tambah lemak lain.

Sebelah kaunter reception ada rumbia coffee house. Kat sini la kami makan breakfast.

Tapi menu so so aje. Ade ke nasi kerabu warna biru dimatchingkan dengan gulai ikan tongkol. Sungguh tak kena pasangan ni. 


Tapi makan la jugak kan wat alas perut. Karang dah check out menggelupur cari restoran.

Pastu menu lain yang ada cuma kuih muih 2,3 jenis, roti canai, roti, cornflakes. Itupun asyik habis n takes time untuk top up.

Nasib baik bubur nasi ada. Ada la makanan untuk hafiy. 


Kalau tidak, mau sehari meragam kalau tak dapat makan.


Mama rasa patut tambah lagi satu menu berat contohnya mee goreng ke, mihun goreng ke. Coz pilihan makanan memang mendukacitakan.

Pas breakfast terus balik bilik kemas beg segala dan terus check out. Nanti kami nak ke bukit malawati pula. Nak tengok monyet kat sana. 

Walaupun dah dekat 10 tahun menetap di daerah kuala selangor ni, mama tak pernah jejak kaki lagi kat bukit malawati.

Monday, December 12, 2016

De Palma Eco Resort: Part 2

Budak2 dah tunjuk muka monyok sebab after check in hujan selebat lebatnya. Niat nak berendam dalam kolam terbantut.

After asar barulah mentari muncul lagi. Dah terkinja2 semua nak tukar baju mandi. Lama sangat kot tak bawa diorang mandi2 kolam.

Dapat anak tiga2 suka main air. Kolam bahagian budak2 ni ada gelongsor simen. Rayyans panggil gelongsor kembar.

Berulang kali si kembar dok menggelongsor. Masa kami turun kolam orang tak ramai lagi. Rayyans boleh conquered slide.

Depa dua orang berlawan sapa paling awal sampai dalam air. Kenmain seronok lagi abang2. Adik ketap bibir xleh main sama.


Kids pool ada dua bahagian. Belah gelongsor sesuai untuk budak2 baya rayyans. Belah satu lagi sesuai untuk budak baya hafiy sebab air takat buku lali mama.


Mama boleh lepas hafiy main sendiri. Kenmain seronok dia berenang keliling kolam. Tapi kejap jer pastu mulala nak menyeberang ke sebelah sana. Belah sini tak mencabar ye dik.

Teringin nak main gelongsor jugak si kecik ni. Papa nak pegang tangan pun tak bagi. Tertonggeng dalam kolam tu baru tau.

Puas 4 beranak mandi kolam. Mama jer tak join. Setakat celup2 kaki jer. Harap2 malam ni diorang tido lena sebab dah penat mandi kolam.

De Palma Eco Resort: Part 1

Tahun ni sekali lagi kerajaan selangor bagi cuti umum sempena hari anniversary kami yang kelapan (Walhal cuti umum sebab bday sultan selangor).

Sempena anniversary, kami bercuti dekat2 dengan rumah jer. Malas nak drive bila cuti sederet. Kat Malaysia ni confirm semua jalan jem.

Kali ni dekat betul bercuti. Drive tak sampai pun sejam. Kami ke hotel de palma eco resort kuala selangor.

Reason mama pilih de palma selain dari sebab dekat, adalah kerana swimming pool. Budak2 ni kalau dok hotel takde swimming pool macam tak bermaya rasanya.

Nasib baik dapat bilik kosong. Almaklumlah, mama suka wat kerja last minute booking. Tapi bilik yang available cuma superior twin. Xpe kita boleh bentang toto bagi anak2 tidur.

Konsep bilik2 kat sini adalah chalet. Kami dok bilik yang cantum dua rumah. Kalau family ramai bolehla book dua bilik terus sebab ada connecting door.

Harga untuk semalam rm210. Bilik triple sharing harga lebih murah, rm200. Bilik superior lebih mahal sebab dekat dengan kolam renang.

Tv lcd ada disediakan tapi channel cuma yang asas jer. Astro takde. Malam quite boring sikit la after budak2 tidur.

Bilik air bersih. Ada hot shower jugak. Air laju. Mama perasan lantai dan bilik air tiles macam baru. Agaknya diorang baru lepas renovate bilik ni.

So far, ok la dok sini. Xleh nak aspect tinggi la sebab dia lebih kepada eco resort. Sapa pencinta alam sekitar sure suka. Monyet memang banyak kat sini.