Friday, September 30, 2016

Ayam Kampung A Hassan

Its friday again. Geng makan ajak lunch kat ayam kampung a hassan kat cheras. Mama suka sangat la kalau dapat makan sedap. Jauh macam mana pun sanggup meredah kesesakan jalanraya.

Lama betul mama tak makan ayam kampung. Masa kerja kat ttdi jaya dulu selalu la makan. Sebab kat situ ada branch dia. Ayam kampung cicah sambal belacan berdesing sampa meleleh air hidung.

Hari ni dejah yang bawa kami makan kat sini. Kat sini meja sentiasa penuh jer. Nasib baik kami tak perlu tunggu lama untuk dapatkan meja. Maklumlah kaum adam rushing nak g solat jumaat. Pas makan tak sempat nak lepak lama2 sembang.

Penuh pinggan semua lauk pauk sesorang amik. Sampaikan budak cashier 2,3 kali tanya kami boleh habiskan ke. Sebab geng2 semua badan kecik except mama. See the leg la bang. Badan jer kecik tapi napsu makan besor.

Ayam kampung wajib amik 2 ketul sorang. Seketul macam tak cukup. Lagipun ayam dia kecik jer. Masih nak mendeny tu dasar buruk lantak.

Tambah sorang geng hari ni. Kebetulan ida ada kat ofis jadi dia join kami lunch. Alhamdulillah licin kami makan. Again, budak cashier masih tak percaya kami boleh habiskan makanan.

Thursday, September 29, 2016

Nick's Gastro

Lately tekak cam mengidam nak makan western food jer. Papa pun naik pelik. Jangan kata peknen dah. Masa peknenkan hafiy pun sama, asyik makan western food jer.

Pastu, kalau teringin nak makan tuh jam2 tu jugak naknya. Tak boleh nak tunggu wiken ke apa. Uish.. pembawakan ke apa ni.

Nasib la restoran buka pukul 6 petang. Terpaksa tunggu restoran buka dulu baru leh gi terjah. Kami jadi pelanggan pertama hari ni.

Kebetulan minggu ni rayyans dicutikan sekolah agama sebab budak2 darjah 6 exam psra. So bolehla kami siap2 gerak awal skit.

Yang kecik ni pun sentiasa excited kalau tengok mama pakai tudung. Belum apa2 dia dah gi tunggu kat pintu. Pastu wat2 angkat tangan sebut kung..kung (suh dukung la tu).

Kat restoran ada disediakan mainan untuk budak2 cam hafiy. Leka sikit hafiy main. So bolehla mak pak makan dengan tenang.

Air oder yang senang2 jer confirm bebudak minum. Kalau oder ais blended ke yang pelik2 ni diorang tak minum.

Inila yang buat mama tak senang duduk. Macam memanggil manggil jer grilled salmon ni. Puas hati dah dapat makan.

Kalau betul peknen ni confirm baby tak berair mulut dah. Seketul salmon tu besar gak. Memang kenyangla makan.

Eh papa tumpang pose dengan salmon mama. Pose takpe, jangan curi makan sudah. Karang ada yang batu belah batu bertangkup nanti.

Ni baru betul food papa, fish n chips. Besar2 dua ketul fish tuh. Puas makan. Mama bleh tumpang sekaki.

Rayyans plak dua2 nak makan burger. So mama oderkan junior burger untuk diorang. Memang licin anak mama makan. Confirm sedap la gamaknya.

Alhamdulillah hari ni dapat enjoy the food. Hafiy behave jer so mama dapat menikmati makanan dengan jayanya. Next time kita cuba menu lain pula.

Wednesday, September 28, 2016

KFC

Dominos dah, kali ni kita try kfc plak. Next nak try shell out. Tapi shell out cam susah skit nak makan sebab nak kena kontrol hafiy. Kalau makan gilir2 ngan papa cam tak best. Kena cari masa untu kami dating berdua jer. 

Kami datang waktu lunch. Boleh tahan ramai gak orang. Maklumlah benda baru kan. Ramai la yang excited nak mencuba. So far, suasana dalam kfc selesa dan luas. Tak sesesak cam kat dominos.

Tengoklah si kecik ni dapat ayam tak pandang kiri kanan dah. Mama panggil suh pandang kamera dia buat donno jer. Dah big boy dia sekarang. Makan nak kena ada pinggan sendiri dan nak suap sendiri.

Abang hazim yang semakin kurus pilih nak makan burger. Hazim memang suka burger. Sekarang nak order food dah kena ikut selera diorang. Dah tau decide nak makan apa. Huhuhuhu... why so fast everybody membesar.

Mama sebenarnya nak try menu baru kfc, cheezy onion crunch. Ketul yang pertama ok lagi. Masuk ketul yang kedua mama dah rasa muak. Nak kena makan cicah sos cili gak baru boleh jalan.

Friday, September 23, 2016

Dominos

Kat puncak alam banyak gak kedai makan yang baru buka. Antaranya dominos, kfc dan shell out. 

Cuma kami jer yang tak sempat nak terjah. Bizi nau nau dengan kehidupan seharian.

Atas permintaan anak teruna nak makan pizza, maka sampailah kami kat dominos pizza.

Padahal baru jer beberapa hari lepas diorang makan kat sini. Pakcik nasir belanja diorang makan sempena birthday cikla.

Sementara paksu mat ada kat rumah kami ni, moh la kita bawa paksu makan pizza.

Plan asal nak makan kat sini jer, tapi tak sangka plak orang ramai sangat. Hinggar binggar kat dalam ni. Meja yang kami duduk tu sampai kesudah takde staf yang kemaskan.

This is what we ordered. Ada diskaun sempena promosi pembukaan. Menunggu order dapat pun boleh tahan lama gak. Mungkin sebab baru buka, kelancaran proses tu belum ada lagi.

Sudahnya kami tapau bawa balik makan kat umah jer. Lagi havoc makan sambil tengok perlawanan bola sepak.

Thursday, September 22, 2016

Tree Steak House

Wiken ni paksu mat dah nak balik kampung. So malam ni mama bawa paksu makan western food kat tree steak house paya jaras. Pasni entah bila plak paksu nak datang umah kami.

Rayyans dah mula nak bersedih bila dengar paksu dah nak balik kampung. Ye la kan dah 2 minggu bersama dengan paksu sedikit sebanyak diorang akan mula berasa rindu.

Huru hara sikit malam ni dengan hafiy. Tak dapat nak amik gambar food. Bila letak kat baby chair dia menjerit satu restoran pandang. Terpaksa mama dukung bawa jalan2 tengok kolam yang ada kat dalam restoran.

Sempat snap lamb chop mama ni jer. Twin n papa makan chicken chop. Buat masa ni papa tak berani nak makan daging. Raya haji aritu demam teruk sebab makan daging banyak sangat.

Mama makan pun bila diorang dah habis makan. Terpaksa gilir ngan papa sebab malam ni hafiy takmo diam langsung. Dugaan bila ada anak kecik camni la. Nasib baik sorang, kalau kembar langsung tak dapat makan. Takde orang nak gilir2 pegang.

Cendol Bakar

Last month mama datang makan cendol dengan papa. This month mama datang lagi. 

Kali ni mama datang bawa paksu mat, cikla n arissa pula. Papa and the boys tinggal kat rumah sebab semua orang tak sihat.

Beli pisang goreng cheese tapi sedikit upset sebab pisang tu dah sejuk. Mama pernah makan sebelum ni sedap sebab pisang panas dan cheese tu melted.

Keropok lekor crispy. Kosong jer keropok ni takde isi tapi bolehlah setakat nak kudap kudap tu.

Paksu mat mula tu order cendol biasa jer. Bila dah rasa baru tau sedap. Pastu gi order sendiri lagi satu mangkuk. 

Tak cukup dua mangkuk cendol, beli lagi teh o ais. See, pisang goreng cheese tak habis makan pun. Tu tandanya tak sedap.

Wednesday, September 21, 2016

McD

Pas amik rayyans dari sekolah agama, terus melencong ke mcd. Papa n hafiy tak ikut sebab hafiy masih ada chicken pox. Tak sesuai nak bawa kat tempat public macam ni.

Buat masa seminggu ni paksu mat datang dok kat umah kami. Ganti papa jadi driver hantar amik kami. Papa tak boleh nak gerak ke mana selagi hafiy tak baik demam.

Now mama dah addicted dengan sundae mangga ni. Sedapnya lahai. Kadang tu drive thru semata mata nak beli aiskrim jer.

Monday, September 19, 2016

Warung Kita

Sepanjang minggu ni paksu mat akan jadi driver mama. Papa perlu bercuti untuk menjaga hafiy yang masih belum baik dari chicken pox.

Selepas inspection mama bawa paksu ke warung kita, sg buloh. Dah dua kali mama bawa paksu makan sini. So ini kali ketiga la.

Itupun atas permintaan paksu. Paksu pun dah jatuh cinta dengan nasi mmanggey n air kelapa baldi. Senyum meleret tertunai hajat mengidam. Masa kat kampung lagi paksu cakap nak makan kat sini. 

Mama plan nak bawa paksu makan kat branch bukit raja pula. Tapi tak sempat sebab paksu dok seminggu jer kat sini. Insyaallah next time paksu datang puncak alam mama bawa ke bukit raja.

Sunday, September 18, 2016

Dominos

Semalam kami gerak dari kampung jam 5 petang dan tiba kat puncak alam jam 4 pagi. Fuhh lama betul perjalanan. Nasib baik paksu mat ada boleh hantar kami balik puncak alam. Papa masih demam tak larat nak drive.

Tengahari tadi cikla ajak makan dominos. Pakcik nasir belanja sempena birthday cikla yang ke 33. Happy birthday cikla semoga semua apa yang diimpikan termakbul.

Paksu n twin jer ikut. Mama, papa n hafiy stay kat umah jer. Hafiy belum baik dari chicken pox lagi. Twin suka sangatla bila tau nak makan pizza. Feveret food diorang la katakan.

Muka monyok jer sebab tunggu pizza tak dapat2. Orang ramai sangat. Member tengah lapar. Memang hangin la bila kena tunggu lama.

Bila pizza sampai barulah muka ada senyum. Tercapai hajat si kembar nak makan pizza. 

Actually masa kat kampung lagi diorang dok berajak makan pizza. Disebabkan mama, papa n hafiy demam, tak gigih nak gi makan kat kedai.

Side dish chicken wing. Mama kalau dapat yang ni pun dah cukup. Ratah ayam sampai ke tulang.

Monday, September 5, 2016

Cendol Bakar

Hari ni mama gi inspection kat kuala selangor. On da way balik, singgah kat cendol bakar. Basahkan tekak selepas berpanas kat site.

Wah flawlessnya muka ai. Sila jangan percaya. Sebenarnya muka tengah berminyak2. Kata baru balik inspection. Flawless hasil selfie dengan oppo find 7.

Musykil petang ni tak ramai orang. Kebiasaannya beratur panjang nak order cendol. Maybe sebab weekday, so tak ramai orang. Meja pun banyak yang kosong.

Mine cendol durian. Kalau datang sini tak sah kalau tak makan soto. Dulu mama tak tau pun soto ni apa. Hasil dari dok serumah dengan budak jawa batu pahat selama 3 tahun masa kat utm, barulah kenal dan tersuka dengan soto.

Eh eh papa ni tiru menu mama pula. Orang makan soto, dia pun nak makan soto gak. Nasib baik u laki ai. Lau tak ai suruh u makan kat meja lain.

Tapi papa ada side dish. Lempeng pisang bakar. Sedap ni minum petang duetkan dengan teh o panas. Makan plak time hujan turun. Nikmat mana lagi yang boleh didustakan.