Untuk kesekian kalinya, sampai la ke tarikh mama n papa dilahirkan kat dunia ni. Tiada apa-apa perubahan, yang beza cuma pertambahan usia kami sahaja. Umur makin bertambah, tapi hati sentiasa feeling mudo.
Selari
dengan usia yang makin bertambah ni, mama berdoa semoga kami dikurniakan
kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, keluarga yang bahagia dan
sebagai seorang ummat Muhammad yang beriman.
Tiada
majlis yang besar-besaran untuk meraikan hari lahir kami. Bila hari dah
hampir petang, baru papa cakap nak keluar beli kek. Kek peach cream dari Secret Recipe.
Hari ni disambut dengan sederhana. Mama dan papa diraikan oleh dua orang yang paling berharga dalam hidup kami. Permata hati kami, Hadif Rayyan dan Hazim Rayyan.
Jumlah lilin tidak menunjukkan bilangan umur ya. Yang over excited nak tiup lilin si kenit berdua ni la. Diorang memang suka sangat tang tiup lilin tu.
Bila mama suh nyanyi happy birthday....diorang nyanyi happy birthday to Hazim Rayyannn....huh ni birthday sapa sebenarnya ni?
Cuma keesokkan hari, kakak-kakak Rayyans sms papa tanya tak buat majlis makan-makan ke. Kebetulan hari ni plak hari ibu, so mama just masak yang simple jemput diorang datang rumah.
Mama masak nasi minyak lauk ayam masak merah, sambal udang petai dan acar kubis dan nenas.
Sebelah petangya pula kami bakar kerang depan rumah. Seronok bila makan ramai-ramai. Orang yang paling bahagia tentulah papa, dapat mengumpulkan hampir kesemua anak di bawah satu bumbung. Semoga keluarga kami dikurniakan kebahagiaan untuk selama-lamanya.